RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 24 April 2014

PARTI TIDAK BOLEH TERUS DENGAN PIMPINAN YANG TIDAK HENTI BERBALAH

MALAM tadi (23/4/14) Azmin datang ke Kuantan.  Lokasinya sama jugalah dengan TS Khalid sebelum ini iaitu di tempat elit, sebuah hotel  Tidak kisah lah di mana mahu berkempen dan di mana mahu menjamu selera sambil mendengar tokoh-tokoh menjual ubat.  

Ertinya, Pahang telah pun dikunjungi oleh semua calon Timbalan Presiden, iaitu Azmin, TS Khalid dan Saifuddin.  Paling awal adalah Saifuddin Nasution yang hadir sewaktu program Reformasi 2.0 Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini.  Cumanya Saifuddin agak sengkek, bertemu dengan ahli-ahli dan penyokongnya di Pejabat Adun Semambu dan minum teh saja.  
 
Perjumpaan di Kuantan malam tadi
Aku tidak pergi kesemua program perjumpaan dan kempen ketiga-tiga tokoh berkenaan.  Bukan benci, tidak juga mahu boikot tetapi aku sengaja tidak mahu pergi kerana aku sudah tahu apa yang mereka mahu nyatakan.  Kesemuanya pasti mahu parti ini bertambah baik lagi.  Itu kompom.

Itulah juga janji Azmin sewaktu bertanding jawatan yang sama sewaktu dicabar oleh Zaid Ibrahim.  Apakah tertunai janji Azmin untuk melihat parti bertambah baik?  Dalam sejarah parti begitu kalut menjelang penamaan calon.  Ada negeri yang masih tidak ada calon muktamad sehingga saat-saat akhir.  Ada calon terpaksa bertanding Bebas, tetapi istihar tarik diri disaat akhir kerana kecelaruan calon manakah yang sebenarnya direstui.

Negeri Sembilan patutnya milik kita sekarang, tetapi terlepas peluang keemasan itu angkara calon.  Campurtangan siapa sehingga terjadi sedemikian?  Sekarang mahu bicara soal ingin reformasikan parti atau me/Raya'kan parti?  TS Khalid tertekan pula dengan soal air di Selangor.  Angkara MOu yang dibuat tergesa-gesa rupa-rupanya tidak menguntungkan rakyat.  Bacaan politik terlalu lemah.

Malam tadi Azmin dikhabarkan diraikan sekitar 50-60 orang di Kuantan.  Jauh bezanya dengan sambutan yang diberikan kepada TS Khalid.  Kedua-duanya diadakan di hotel dengan dijamu makan.  Jangan tanya berapa orang saja yang bersantai dengan Saifuddin.  Apa pun, jumlah di hotel belum tentu ditafsirkan dengan undian.  

Simpati terhadap Saifuddin boleh mengugat Azmin dan Khalid.  Saifuddin benar-benar menunjukkan 'roh' reformasi yang tidak bermula di tempat selesa dan mewah.  Saifuddin tiada ego, tiada musuh dan tidak ada rekod berbalah.  Azmin dan Khalid?  Sama-sama tahu jawapannya.  Parti tidak lagi mahu diseret dengan perbalahan yang sudah bertahun di antara keduanya ini.  Cukuplah....jangan bicara reformasi jika mahu reform diri sendiri pun gagal.


12 ulasan:

  1. Kata blogger:
    "TS Khalid tertekan pula dengan soal air di Selangor.  Angkara MOu yang dibuat tergesa-gesa rupa-rupanya tidak menguntungkan rakyat.  Bacaan politik terlalu lemah."
    Apa saja yg berkait dgn BN dikatakan tidak menguntungkan rakyat.

    Kita rak perlukan Blogger yg berfikiran lemah spt ini. Sekian salam.

    BalasPadam
  2. Bn & kjaan Sgor sign mou nk atasi masalah rakyat. Nk bekal cukup air jgn jadi msalah mcm skrg nie. Tp sbb minda lemah asik nk pikir yg buruk sja.maka keluar stetment sgt tidak cerdik spt dlm rencana nie.

    BalasPadam
  3. ntah makin lama rasanya makin bodoh ko nie,,, dari mana ko tau khalid buat merugikan rakyat,,,fakta atau auta

    BalasPadam
  4. Tu la pasal.orang jadi Blogger awak pun nak jadi Blogger. Tp jika awak ni setakat pass spm main hentam keromo je ni la hasilnya.

    BalasPadam
  5. korang pun satu...dia tak kata MOu itu merugikan rakyat. Dia kata TS Khalid tak bijak berpolitik...tergesa2 tandatangan MOu sehinggakan Anwar tegur...pimpinan PR pun tegur...dan bila dah terdesak, baru skrg nk dedahkan kandungan MOu. Korang yg tak faham apa yg dia tulis...

    BalasPadam
  6. hahaha..ye la..aku baca tak jumpa pun blogger ni tulis MOU tu merugikan rakyat. mmg Khalid tu suka buat kerja sendiri, ikut kepala dia je...setuju dgn pandangan artikel ini..

    BalasPadam
  7. Hi Blogger...sendiri tulis article sendiri komen ke hmmmmmmm....

    BalasPadam
  8. PAS parti yang kuat dan mantap kerana mempunyai pengikut yang setia dan ikhlas. Boleh panjat pokok pasang bendera tanpa upah. Kelemahan PAS ialah terlalu ikut telunjuk ALjuburi. Takut sangat-sangat kat Tokong Penang.

    Aku berani cakap la..tanpa PAS, PR tak kemana, nak harap orang PKR, baham jubor pandai la. Nak harap cina DAP, no money no talk. Bersatulah semula Melayu Islam. Islam akan kembali teguh.

    BalasPadam
  9. macai haramjadah..tak habis habis dengan seruan bersatu lah melayu phuiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lahanat puak PKR...Pas pun kau nak maki.

      Padam
  10. Cerita-cerita tentang korupsi dan salahguna Azmin Ali serta Zuraidah Kamaruddin selain ketamakan mereka, cukup terkenal di kalangan kontraktor di Ampang dan Pandan. Hampir kesemua projek kontrak dan tender MPAJ disapu bersih oleh kedua-dua orang pemimpin PKR ini. Projek-projek tersebut kemudiannya di-sub-kan kepada proksi-proksi mereka dan mereka pula makan komisyen.

    Ini menyebabkan sebahagian besar kontraktor walaupun merupakan penyokong kuat PKR, berputih mata dan terpaksa mencari kerja lain.

    Keadaan ini telah berterusan dari tahun 2008 lagi dan semakin menjadi-jadi selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Selangor, manakala Azmin Ali dan Zuraidah pula berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Ampang.

    BalasPadam
  11. PKR mmg kaki rasuah!!!
    Mak Lampir semakin mengepak!!!
    5 tahun jadi YB mak Lampir yg asal pendatang jual buah tepi jalan dah jadi jutawan!!!
    Podahhhhhh PKR Parti Kaut Rasuah!!!

    BalasPadam