RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 16 Jun 2014

JAWAB ISU CHEGU BARD, BETUL ATAU SALAH? ITU SAJA

APAKAH setiap orang yang pernah berjuang atau berkorban untuk parti menjamin orang itu tidak akan memusnahkan parti atau menjadi pembelot kepada parti?  Jika tidak benar begitu, mengapa perlu ada rasa sombong dan angkuh kononnya "aku banyak berkorban untuk parti"?

Siapa tidak tahu Ezam sesumpah, Zahid Md Arip, Roslan Kassim, Lokman Noor Adam, Zulkifli Noordin atau Zul Kulum dan ramai lagi, mereka banyak berkorban dan berjuang untuk parti.  Tetapi, ke mana akhirnya mereka?  Oleh kerana itu, bila ada yang menegur kita apatah lagi menuduh kita terlibat di dalam perkara yang merosakkan parti, kita wajib jawab dengan hujah dan fakta atau bersedia untuk disiasat oleh parti.  Bukan hanya dengan menjawab, "Aku telah lama berjuang di dalam parti, aku berbelas tahun menjadi mangsa fitnah...bla..bla..bla...." dan isunya masih tidak berjawab.

Di dalam pemilihan PKR baru-baru ini, Chegu Bard ada melaporkan satu kes berkaitan cerita kononnya ada wang dilemparkan kepada Malik Hussin, Timbalan Pengerusi JPP yang menguruskan pemilihan di dalam PKR.  Ramai yang tahu kisah ini, cumanya kita hanya perlu jawapan rengkas dari pihak atasan sana samada benar atau tidak laporan Chegu Bard itu?

Sehingga kini tiada jawapan.  Mungkin masih di dalam siasatan.  Tapi, sampai bila?  Apakah sampai pemilihan akan datang?  Jika tidak benar, katakan tidak benar.  Jika benar, katakan memang benar dan parti sedang siasat.  Susah benarkah mahu redakan isu ini?

Bukan mahu kata Chegu Bard betul kerana Chegu Bard juga tidak tahu betul atau tidak, sebab itu beliau lapor agar dapat dijawab isu berkenaan.  Peliknya, mengapa ada yang sudah melatah sampai ugut mahu saman Chegu Bard?  Mengapa ada yang sekadar menjawab, "Aku seorang pejuang reformasi berbelas tahun"?  Itu bukan isu.  Jika itu sebagai bukti anda betul, maka Ezam Sesumpah dan Zahid Md Arip juga boleh dianggap betul.  

Jika kes yang dilaporkan oleh Chegu Bard ini terbukti tiada asas, jangan pula hukum Chegu Bard kerana beliau ingin tahu samada betul atau tidak kerana kes baling duit atas meja oleh Malik Hussin ini bukan cerita rahsia lagi.  Aku faham mengapa Chegu Bard sering mendesak parti agar menjawab isu ini kerana beliau ada pengalaman menghadapi suasana di mana kes dibekukan.  

PKR masih terbaik berbanding Umno.  Tetapi tidak cukup setakat apa yang kita telah lakukan sekarang.  Kita masih perlukan keberanian untuk berdepan dengan sesiapa saja.  Hatta, jika ada yang menuduh Anwar mahu pun Azizah yang melakukan sesuatu yang tidak betul, kita juga mahu ianya disiasat dan beri jawapan atas tuduhan itu.  Jika perlu bertindak, parti wajib bertindak sekiranya cukup bukti.  Itu saja yang kita mahu.

Ahli-ahli PKR sekarang mahukan parti ini berganda-ganda lebih baik dari Umno.  Untuk menjadi parti yang lebih baik, kita perlu pimpinan dan ahli-ahli yang baik.  Biarlah kecuh seketika untuk pemilihan ini asalkan kita boleh tapis pimpinan untuk mencari yang terbaik.

1 ulasan:

  1. PKR sampai bila2 pun takkan jd terbaik sbb ramai sgt kurap kurapan...
    Lebih baik sokong PAS je... Buang je PKR tu... Biar Pas dgn DAP je dlm PR....

    BalasPadam