RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 13 Ogos 2014

INSAFLAH TSKI, JANGAN TINGGALKAN NAMA BURUK DI AKHIR POLITIK KAMU

JIKA ada lagi perasaan saling menghormati sesama rakan, sewajarnya 4 Exco Pas itu tidak bersama TSKI sebaik sahaja PKR pecat beliau dari parti.  Usah bicaralah apa pun alasannya, tetapi prinsip yang lebih utama adalah adakah wajar rakan di dalam Pakatan menyokong Bebas di dalam situasi ini?

Aku tidak percaya Pas sebagai Parti Islam akan bersetuju dengan kaedah melanggar persefahaman yang dimenterai bersama.  Memang benar, perkara yang menyalahi hukum tidak wajar Pas sokong.  Tetapi Pas kena buktikan dulu adakah tindakan PKR memecat TSKI atas sebab-sebab disiplin dan enggan mematuhi arahan parti itu menyalahi hukum?  

Apabila PKR diamkan saja alasan untuk memecat TSKI, ramai yang tertanya-tanya dan mencabar PKR agar dedahkan kenapa perlu pecat TSKI.  Apabila didedahkan, mereka salahkan PKR kerana aibkan TSKI.  

Bagi aku mudah.  Aku tidak melihat apa hujah Rafizi mahupun Saifuddin yang memberi fakta tentang mengapa TSKI ini dipecat.  Pada aku, biarlah mereka yang ada pengetahuan dan bukti selesaikan perkara itu samada benar atau tidak.  TSKI boleh saja jawab bila-bila masa walaupun diketahui beliau kerap kali diberi ruang untuk menjawabnya sebelum ini, tetapi beliau tidak gunakan ruang itu.  Beliau dikatakan tidak pernah berminat untuk hadir mesyuarat parti samada di peringkat MPN mahupun di Pusat.  Bagaimana parti boleh selesaikan masalah beliau jika beliau sendiri enggan menyelesaikannya?  Bagi aku, meskipun TSKI ini sebersih dan seputih salju, tetapi beliau harus hormat dan patuh kehendak parti jika parti merasakan beliau patut berundur.  Susahkah ingin berbuat demikian?

Jika anda boleh duduk di Kerusi MB, apakah tiada orang lain boleh diberi peluang untuk berada di tempat yang sama?  Apakah kerana Kak Wan menjadi masalah besar?  Apakah jika diletak Azmin maka TSKI sanggup berundur?  Aku rasa tidak.  Sesiapa pun yang dinamakan oleh parti untuk menggantikannya, beliau tetap akan berkeras juga.  Mengapa jadi begitu?  Kemudian dituduhnya orang lain yang gila kuasa.

Gila kuasakah Kak Wan yang pernah menjadi isteri seorang TPM selama bertahun-tahun?  Suaminya 7 tahun pegang kunci perbendaharaan negara selaku Menteri Kewangan, apa yang Kak Wan dapat?  Berapa banyak harta keluarga ini?  Lojikkah Kak Wan tamak wang Selangor sebanyak 2-3 bilion itu?

Insaflah TSKI.  Sampai bila mahu bergantung bawah ketiak beberapa kerat Adun Pas dan juga Istana?  Sayangilah Selangor.  Dulu parti beri kamu peluang dan sokong kamu, apakah ini balasan kamu?  Sepatutnya beliau letak jawatan dan mengukir nama sebagai pemimpin yang terbaik.  Malangnya, belum berakhir kerjaya politik beliau namanya sudah sebusuk bangkai angkara sifat ego dan bongkaknya.


49 ulasan:

  1. Terima kasih Wfauzdin kerana menulis dengan ikhlas.Kita perlu sabar dan kita lihat karenah PAS dalam menangani isu ini.Apakah Pas benar-benar mneraju berpandukan islam atau berpura-pura setiakawan .Kita biarkan mereka berfikir samada bergabung dengan BN atau terus bersama PR.Kalau mereka bergabung Penulis perlu tanyakan mereka tetntang dosa yang di tanggung bersama Bn dalam perkara Harga minyak.Tol.GST dan lain-lain,biar rakyat menghukum Pas

    BalasPadam
  2. palastin menderita sbb oic dn liga arab lmbat brtindak..begitulah di selangor..pkr,dap dn rakyat selangor mnderita sbb pas lmbt membuat keputusan..mementing diri sendiri,memalukan umat islam..sedar lah wahai saudaraku pemimpin2 pas..jgn malu mengaku kesilapan..

    BalasPadam
  3. Khalid Ibrahim naik sebagai MB Selangor adalah atas pencalonan PKR. Sekiranya PKR yang memecat Khalid mengapa pula PAS yang lebih berasa miangnya? Kenapa sewaktu Hassan Akidah kena pecat dari PAS, maka PKR tidak berkata apa-apa dan mengikut sahaja keputusan PAS?
    Sekiranya 4 ADUN PAS hadir juga dalam mesyuarat Exco pada pagi ini, maka boleh dikatakan keputusan mesyuarat PAS pada 17 Ogos ini sudah kita ketahui bahawa mereka pastinya berpihak kepada Khalid. Maka dengan itu bolehlah dirumuskan bahawa musuh dalam selimut PR selama ini adalah golongan UG yang sering berselindung di sebalik kulit UlarMak. Buat apa PKR dan DAP tunggu lagi kerana kredit besar telah diberikan kepada mereka oleh PAS (menunjukkan PAS begitu Munafik dengan bergabung bersama UMNO), maka di PRU 14 kelak tak susah untuk berkempen melawan gabungan UG (UMNO + PAS) kerana semua isu mendapat kredit dari "bola tanggung" yang PAS sambut dari UMNO. Akhir sekali PAS kembali sebagai sebuah Parti Sekular dan UMNO adalah rakan karib mereka di bawah UG - maka berbanggalah ahli dan Musyidul Am PAS TGNA kerana kejatuhan PAS adalah kerana bersama Presideng Hj Hadi + Manantu Din Ayam + Geng UlarMak (UG) di PRU14 kelak. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS lebih sudu dari kuah

      Padam
    2. Menuduh tanpa bokti adalah sejahat-jahat fitnah. Kenapa bokti dikeluarkan berjela-jela setelah Tan Sri Khalid dipecat ?.Siapa pun akan marah dipecat tanpa bokti. Anwar juga marah dituduh melewat Saiful kerana tanpa bokti kan ?. Muhasabahlah....Apa yang menimpa kamu adalah berpunca dari diri kamu sendiri !

      Padam
    3. Anwar dituduh dan disabitkan kesalahan DENGAN BUKTI YANG SOHIH LAGI NYATA. ..FAHAM TAK???

      Padam
    4. Tanpa bukti pun anwar tetap masuk penjara juga. Tanpa bukti pun Hassan Akidah kena pecat juga. Dipendekkan cerita.....Sekarang ini aku nak kamu buktikan bahawa kamu mempunyai 2 biji telor di celah kangkang kamu.....Sila buktikan sekarang!

      Padam
    5. Telur dorang kt atas tu xde sebab tertinggal. Cuba selak kain bini kamu.

      Padam
  4. Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.

    Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.

    Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak macam anti sangat kat Cina. Adakah tekanan hidup dan ekonomi kamu sekarang kerana orang Cina (DAP) atau Anwar yang menaikkan segala cukai termasuk GST yang akan datang ini? Sudahlah kalau kamu malas membaca....Cakap berbuih pun tak guna. Kalau pampers bini kamu pun beli kat kedai/pasaraya Cina maka tak payahlah nak anti lebih-lebih kat bangsa Cina, kerana agama Islam tak suruh dan tak ajar kamu begitu...Kecualilah kamu agama Melayu!

      Padam
    2. Nampak mcm liberal sgt kat org bkn islam. Ikut cara islam kamu ni, bolehle kita ajak org2 islam malaysiaberamai2 cium yahudi kat israel tu. Sebab internet, FB dll pon dorang yg cipta...

      Padam
  5. bagi aku mudah saja ...pas sokong khalid yg dah tak berparti...umno sokong khalid yg tidak berparti...maka inni bukti sahaih takda syak dan waham PAS = UMNO...maka kerajaan UG idaman hadi dan din ayam telah tercapai....jika ini benar..pas layak dipecat dari pakatan rakyat...i've no further questioan my loard..i rest my case...kah kah kah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah. ...KAHAK LU LA SI GAY MOSABIT....APAHAL PULAK GABUNG PAS DGN UMNO...

      SI BANGANG MOSABIT NI EJA QUESTION PUN TERABOR

      Padam
  6. Sokong PAS + UMNO tubuh parti Baru melayu islam. Lepas itu kita tenggok puak-puak perasit & dajal menggelupor.

    BalasPadam
  7. Kenapa PKR + PAS + DAP tak buat undi tak percaya pada TSKI pada awal2 dulu?
    Adakah ini semua "perangkap"?
    Bijak2....

    BalasPadam
  8. manusia tak bernama (penakut ker) 8.08...

    kau pun satu hal..khalid joint pas + umno pun takkan dapat majority punya..kecuali pas beli adun dap atau pkr....nak dengar komen hadi pil kuda dan din ayam gak nii..kih kih kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blaaa laaa Mosabit si muka gay

      Padam
  9. Tapi entah dari mana datang laduninya, Anwar Ibrahim memberitahu para penyokongnya bahawa SEJAK 50 JANUARI YANG LALU UNTUK BERRRR... MMMMRRRR.... MENGADAKAN PERALIHAN PIMPINAN...

    Punyalah dah jadi tabiat berbohong, Allah Taala akhirnya menggerakkan bibir, lidah dan peti suara Anwar Ibrahim untuk menzahirkan perangainya yang kuat berbohong.Punyalah pusing sana sini, salahkan orang itu orang ini, tetapi akhirnya Allah Taala sendiri yang membuktikan Anwar Ibrahim adalah bapa penipu dan kuat mengada-ngadakan benda palsu.

    BalasPadam
  10. Semua bala ni Rafizi siKuda Trojan umno punya angkara. Lps tu dia serang PAS kasi hangit gabungan PR....dah terang lg bersuluh

    BalasPadam
  11. jalan terbaik selesaikan masalah di selangor dgn bubarkan dan ada kan pilihanraya sekali lagi..biar rakyat selangor yang tentukan

    BalasPadam
  12. Sebaik-baik sahaja menerima perkenan DYMM Sultan Selangor, Pejabat Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan surat pemecatan kepada Exco-Exco berkaitan. Menurut seorang peguam Syariah dan Perlembagaan, Nizam Bashir, Artikel 53(7) Undang-Undang Tubuh Selangor menyatakan anggota Majlis Eksekutif Negeri memegang jawatan atas perkenan Sultan. Ini bermakna, Khalid telah bertindak di dalam lingkungan kuasanya seandainya dia benar-benar mendapatkan perkenan Tuanku untuk memecat keenam-enam Exco DAP dan PKR, kata peguam.Alasan kepada pemecatan adalah seperti berikut selain telah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, menjadikan pemecatan tersebut adalah sah dan keenam-enam

    Exco yang telah dipecat tidak dibenarkan lagi memasuki pejabat (bekas) mereka.- Mereka telah mengangkat sumpah 10 Aku Janji antaranya taat setia kepada Negeri dan Sultan.

    Bila mereka kata mereka hanya akan menjawab dan mendengar arahan parti berbanding arahan Negeri dan Sultan, bermakna mereka telah melanggar Aku Janji dan Sumpah Taat Setia serta Kerahsiaan. - Kita boleh menjangkakan 'bunyi bising' hari ini yang tindakan ke atas mereka tidak adil, haram, tidak sah, rekod dunia dan sebagainya.

    Dan tidak mustahil juga keenam-enam daripada mereka akan mencari pokok di luar bangunan SUK untuk bekerja sepertimana yang dilakukan oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009 yang bersidang di bawah pokok!WE ARE NOT MALAYSIAN ZOMBIES

    BalasPadam
  13. t/q atas perkara yg berlaku krn telah menjelaskan betapa buruk nya pandangan org2 pkr keatas tuan guru presiden kami, komen2 yg penuh dgn dendam kesumat he3, semernya diungkit bagai menanti masa je nk meledak selama nie, tuk admin , perkah sikap hormat kpd tuan guru selami nie hanya lakonan, mcm nie kah kwn sejati, bab tu lah tk heran jka korang tk abis2 berperang sesama sdri he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat orang PKR, ahli PAS yang bijaksana dan mempunyai pendirian pun amat meluat kat Presideng Ganu mereka. Kamu ni macam Dubuk yang memaksa Dubuk lain makan bangkai dan nak pula nak paksa orang lain wala" kat Presideng Ganu kamu tu? Memang kamu ni tak banyak membaca dan hidup masih di tahun 1990 lagi (otak kemetot). Lama dah tindak tanduk Presideng Ganu kamu tu diperhati dan amat dibenci oleh segenap lapisan yang ada pencerahan. Kamu boleh lihat hasilnya apabila TGNA sudah kembali ke rahmatullah kelak, apa akan terjadi kepada PAS kamu tu......

      Padam
  14. Blogger bangang keldai tua desperado. Ketua peliwat dan nenek kipas jadi pujaan? Ler…. Bodohnyer.

    BalasPadam
  15. Ahli-ahli dlm JKuasa Pas Pusat mesti bertindak dengan betul mengikut penilaian sendiri. Jgn jadi pak turut kepada keputusan Majlis Syura Ulama. Tak salah membantah keputusan Majlis Syura demi memperkukuhkan PAS utk masa hadapan. Ahli Majlis Syura juga ada yang membuat keputusan yg salah. Jgn jadi yes man, berilah hujah anda kenapa TSKI perlu berundur.

    BalasPadam
  16. PKR, anda tersilap langkah kali ini...
    Undian & sokongan anda akan merosot teruk. Maaf..
    Berjuang dari tahun1998, anda tersilap langkah kali ini.. BN xperlu kempen lebih2 utk PRU14.. Rakyat & pengundi muda, menilai..maaf bnyk2

    BalasPadam
  17. Bagi aku PAS memang berhasrat untuk keluar dari PR..tetapi jika mereka sendiri yang keluar sudah tentu mereka akn dihentam dgn teruk malah turut menjejaskan reputasi mereka dimata rakyat..jadi tujuan mereka melengahkan mesyuarat bagi menyatakan pendirian hanyalah helah mereka semata-mata...bertujuan supaya PKR dan DAP yang akan menendang mereka keluar dari PR..apabila mereka ditendang jadi tidaklah nampak buruk parti PAS sebaliknya PAS akan mendapat simpati drpd rakyat/pengundi..jadi matlamat mereka tercapai untuk keluar PR dalam masa yang sama meraih sokongan drpd rakyat/pengundi..akhirnya mereka mengatakan PKR/DAP adalah buruk dan jahat kerana membuang mereka dari gabungan PR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Permainan PAS dah boleh baca. Semua orang tau PAS sengaja melambatkan keputusan. Dah boleh tau apa muslihat. Yg jelas mereka dah tunjuk bahawa mereka tak minat nak bersama

      Padam
  18. yg komen kebnyakan adalah org yg menyokong UMNooo.. so tak yah layan... tak membantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah tu bro...yg lain aku tak tahu, tapi aku bukan puak sokong umno tapi aku pengundi PR sebelum ini yg kini sangat menyampah dgn gelagat kamu PR terutamanya PKR.

      Padam
  19. Pada realitinya harapan untuk UG dah separoh jalan pd mereka yang menyokongnya jika ini trjadi TSKI hnya tahan smpi Disember aje lepas tu Noh Udang lah MB...UG pun bungkus TSKI pun senyap....apa pun itu hnya andaian aje

    BalasPadam
  20. sorry bro anom 4.56. Aku undi PAS tahun 2004 sampai 2013. Dalam hal ne nuar brahim yg salah. Banggang x betempat. Kalau x suka khalid minta geng mereka buat undi x percaya di dewan. ini main cara umno. Org muda skrg ne nak khalid & Pas pegang exco selangor atau bubar kan DUN Selangor utk ajar geng PKR & PigDAP. Aku undi di dun selangor bro. Dun hulu kelang & perlimen Gombak. Kita tengokm sape yg kena. Ada berahi bang nuar brahim.

    BalasPadam
  21. Tak malu,,,TKSI hidung terlalu mancung sehingakn pipi tersorong-sorong...Kalau dah duduk dikerusi atas dah tak nak turun lagi...dah lupa diri sendiri,dia naik kerana parti maka parti ada hak ketasa awak...Sekrang dah nampak tabiat PAS yg sebenarnya sokong TSKI kerana individu bukan kerana parti...Presiden PAS & TGNA dah tersilap umum awal,sokong TSKI tapi kini malu nak tarik balik kata2 selepas nampak sikap TSKI punya perangai sebebarnya iaitu gila kuasa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2013: Ini kali lahhh....

      2014: Ini Khalid laaaaaa!!!

      Kikikikih. .kukukukhh

      Esuk pagi Khalid akan pecat Anwar dari jawatan punahsihat Sgor

      Kehkeh keh

      Padam
    2. hahah...abis tu ko nak letak nenek tua dari penang nk jd MB Selangor tu kira tahap jadah paling tinggi la. Mcm jantan selangor ni dayus sgt nk hadap muka nenek tua tu.

      Padam
  22. Hehe esok kito tengk sapo yg konoooo

    BalasPadam
  23. Tengoklah muka Anwar Ibrahim sekarant ini...

    Tidakkah anda berasa sebak?

    Tidakkah anda berasa simpati?

    Tidakkah anda berasa seruh perut dan dada?

    Adakah ini disebabkan tekanan perasaan apabila terlalu kuat PERASAN?

    Adakah ini disebabkan oleh penyakit jiwa yang tidak dapat diubati oleh sesiapa pun, melainkan dengan izin Allah Taala semata-mata?

    Adakah ini disebabkan oleh kemaruk kuasa dan nafsu serakah yang tidak dapat dibendung oleh iman?

     Namun yang pastinya, selepas Tun Dr. Mahathir, Khalid Ibrahim merupakan satu-satunya orang yang membuatkan muka Anwar Ibrahim berkerut-kerut dan rambutnya terlupa dilumur minyak Brylcream atau Code 10.

    Penyakit suka memandang rendah kepada orang lain adalah penyakit paling teruk yang melekat dalam hati Anwar Ibrahim.

    Dan sekarang, KIFARAH dan DOSA-DOSA sedang mengejarnya.

    Ini juga peringatan kepada orang lain dan diri penulis....Ulama Sufi sering mengingatkan kita menerusi ungkapan ini:

    :"KITA DATANG INI HANYA SEBAGAI SEBATANG KARA. BILA PULANG NANTI, KEMBALI KITA KEPADA-NYA."

    BalasPadam
  24. jadi pkr dan dap tidak setiakawan la no,menolak private bill kerajaan negeri Kelantan.pr tak berpecah pun.political will pas dibantah sebantah bantahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas dah lama berdendm dgn pkr dapigs tu...kerna menolak usul undng2 hudud.nah skrg parti cinabng dgn munafiktu baru terheggih nk mntak sokongn pas.

      Padam
  25. dulu madey cukup bengang dgn nuar

    dah la xlayak
    lansung uruskan kewangan negara..

    memandai2 pulak trima imf
    lebih teruk'.xnak dengar plak.cakap pakar ekonomi (madey)

    cara terbaik minta nuar undur diri scr terhormat..

    khalid mcm byngan anuar dulu.. dipecat tp lwn ttp lwn...

    kena batng idung sndighi..


    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain senario bang.anwar dipecat sbb salahlaku dgn komplot dgn IMF dpt komisyen.
      Khalid dipecat sbb tau sgor akn punah jika anwar melalui proxinya iaitu Azizah perintah sgor.
      Yg betulnya dua2 lwn tetap lwn

      Padam
    2. bukan pasai pecat..
      pasai dilihat modoh oleh ketuanya dan harus disingkirkan..

      Padam
    3. rupa2nya si ketua lah yg bengap sekali.

      Padam
  26. Skrg nie viral dlm wazzap dgn blog forum pro PKR. Anwar dgn dap bengang dgn TSKI sbb jadi batu penghalang pemberian projek bebilion rgt kpd kroni Anwar dgn dah . terutamanya projek loji air,splash dll. Tski mau projek tu di tender cara tulus dn transparent. Pas tau hal ini dn sbb tue takstuju tski di tukar.

    BalasPadam
  27. Khalid Ibrahim terus-menerus menyakitkan hati Anwar Ibrahim dan PKR apabila hari ini dia membatalkan tempahan dewan bagi Kongres Tahunan PKR 2014 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 22 Ogos 2014 sehingga 24 Ogos 2014 nanti.

    Selama ini, kebanyakan aktiviti PKR di Selangor dibiayai secara peribadi oleh Khalid Ibrahim. Bahkan PRK DUN Kajang turut dibiayai dengan menggunakan wang peribadinya, sehingga mencetuskan kemarahan Anwar Ibrahim apabila Khalid Ibrahim enggan menggunakan wang kerajaan negeri untuk aktiviti politik PKR.

    Khalid Ibrahim sudah banyak kali dikecam oleh para pemimpin PKR kerana bersikap kedekut terhadap parti walaupun Khalid Ibrahim mengambil pendekatan menggunakan wang peribadinya berbanding wang negeri.

    Anehnya, walaupun Khalid Ibrahim membiayai pelbagai kemudahan termasuklah pembelian bas mewah dan treler mewah untuk kempen PKR di seluruh Semenanjung, selain membiayai Kongres Tahunan PKR di Selangor, dia tetap juga dicemuh kerana kedekut.

    Ironinya, kebanyakan yang mencemuh, sekadar menyumbang kepada parti dalam bentuk ceramah dan cakap-cakap dan ampu bodek seperti yang dilakukan oleh Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

    Sumber menyatakan, tindakan Khalid membatalkan tempahan dewan untuk Kongres Tahunan PKR yang berlangsung pada penghujung Ogos di Stadium Melawati dan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam dibuat ekoran pemecatannya dari parti PKR.

    Khalid ketika ditanya tentang kenyataan tersebut ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar Selangor selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, sekadar tersenyum tanpa berkata apa-apa.

    Tindakan terbaru Khalid Ibrahim menambahkan lagi luka Anwar Ibrahim dan PKR yang sekarang ini sedang mencari tapak serta platform yang sesuai untuk membantai Khalid Ibrahim.

    Kalau selama ini mereka hidup senang lenang kerana penyaluran dana yang dibuat oleh Khalid Ibrahim atas kapasitinya selaku ahli parti, nampaknya kali ini, Anwar Ibrahim terpaksa mengerah para pemimpin PKR yang cukup pandai bercakap untuk mencari dana baru buat parti selepas pembiaya-pembiaya Zionis telah menghentikan bantuan kewangan kepada Anwar Ibrahim ekoran kegagalannya dalam pelbagai LANGKAH.

    BalasPadam
  28. Semalam sahaja, satu perintah saman telah dikeluarkan oleh Khalid Ibrahim menerusi Tetuan Edmund Bon ke atas The Malaysian Insider yang memutarbelitkan pelbagai berita dan fakta tentang dirinya serta Kerajaan Negeri Selangor.

    The Malaysian Insider yang selama ini cukup kebal, dikatakan terkejut dengan perintah saman yang dikeluarkan oleh Khalid Ibrahim.

    Bagaimanapun, atas nasihat peguam-peguam PKR dan DAP yang mewakili portal tersebut, The Malaysian Insider sudah bersiap sedia untuk menyatakan permohonan maaf dan menarik kembali artikel-artikel yang menjejaskan reputasi Khalid Ibrahim.

    Go tan sri Khalid go!!! Teach the bastards a lesson they will not forget. ..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 10:24 same 10:35

      Nak tulis dalam blog politik macam guru tadika menceritakan kepada murid-murid mereka tentang serigala yang tidak dapat mencapai anggur lalu dikatakan anggur itu masam - Nak cerita kat orang yang hanya tahu baca Metro, BH dan Utusan serta tonton TV1 dan TV3 maka kamu bolehlah copy and paste aje.......Kamu cerita kat makcik Felda mungkin dia akan sedikit percaya cerita karut kamu tu.........

      Padam
    2. elokla bykakn bacaan
      asyik baca keldaiyan pun xguna jugak

      dr depan sampai belakng..buruk umno je ..dan hebatnya pkr...2 menda ni je kalu baca sasau otak ooo

      bila baca keldaiyan mcm rasa bodoh je(disumbat 2 mende tu)

      Padam
  29. TN 11.02...sekadar tu je jwpan kamu...tonasi layu dan kayu. rakyat mau tau hal sebenar. Bukn setakat dgr n baca fitnah n penipuan puak2 kamu sja.

    BalasPadam