RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 13 Oktober 2014

DUA ADUN PAS DIGANTUNG, PKR ATAU DAP JANGAN TIRU PERANGAI ANGKUH UNTUK CAMPURTANGAN

TAHNIAH aku ucapkan kepada PAS kerana telah menunaikan disiplin parti terhadap ahli-ahlinya. Apabila dua Adun PAS iaitu YB Saari Sungip dan YB Hasnul yang telah menyokong DS Wan Azizah sebagai MB Selangor telah dikenakan tindakan tatatertib iaitu digantung keahlian selama setahun.  Kesalahan kedua-dua Adun ini adalah mendahului keputusan parti.  Ertikata lain, mereka tidak mematuhi arahan parti.

Aku ucapkan tahniah bukan kerana aku gembira dua Wira PR ini digantung, tetapi aku merasa bahawa sekarang baru PAS faham bahawa adalah menjadi satu kesalahan seseorang ahli itu tidak patuh kepada parti, walaupun mereka tidak disabitkan dengan mahkamah atau SPRM.  Sebelum ini, Presiden PAS selalu sebut pemecatan TS Khalid Ibrahim, mantan MB Selangor dari PKR adalah sesuatu yang zalim dan tidak Syarie kerana TSKI tidak disabitkan dengan mahkamah atau salah laku seperti rasuah mahupun penyelewengan.

Adakah YB Saari Sungip dan YB Hasnul terlibat di dalam salah laku mahu pun disabitkan dengan mahkamah?  Jawapannya, tiada.  Mengapa digantung?  Jawapannya kerana melanggar disiplin parti.  Ini bermakna secara tidak langsung PAS akhirnya akui bahawa PKR  telah melaksanakan tanggungjawab parti seperti yang telah PAS lakukan itu.  Begitu pantas Allah memberi pertunjuk kepada PAS yang mungkin selama ini hanya tahu bahawa kesalahan di dalam parti itu adalah semata-mata melakukan penyelewengan.  Hakikatnya, engkar arahan parti dan tidak hormat kepada pimpinan parti juga merupakan satu kesalahan.

Tentu ada ahli-ahli PAS yang masih mahu pertahankan bahawa apa yang PAS buat terhadap kedua-dua Adun mereka itu betul dan Syarie, tetapi tindakan PKR pecat TSKI itu tetap salah dan tidak Syarie.  Terpulangkan kepada para penyokong PAS yang taksub dan fanatik sedemikian rupa.  Mereka boleh fikir sendiri apa beza tindakan PAS dan tindakan PKR itu.  Bezanya hanya dari segi hukuman saja.  PAS hanya gantung keahlian, tetapi PKR telah mengambil tindakan lebih keras iaitu memecat TSKI.

Kedua-dua Adun berkenaan digantung kerana menyokong Presiden PKR yang mana PAS masih belum buat keputusan samada sokong atau tidak.  PAS hanya buat keputusan pantas iaitu mengarahkan 4 Exco PAS yang ada untuk terus menyokong TSKI iaitu MB yang tiada parti.  Kononnya untuk selamatkan Kerajaan PR sedangkan TSKI sendiri kata PR tidak wujud kerana tidak berdaftar.  Namun 4 Exco itu terus berada di bawah TSKI ketika itu walaupun DS Wan Azizah telah pun membuktikan bahawa beliau punyai majoriti iaitu 30 Adun termasuk dua Adun PAS.  Lojiknya 4 Exco berkenaan menghentikan sokongan mereka kepada TSKI sebaik sahaja DS Wan Azizah mempunyai sokongan majoriti.  Ini tidak berlaku samasekali.

Kini, dua Adun berkenaan tiada parti sehingga berakhirnya tempuh penggantungan.  Aku harap PKR atau DAP jangan campor urusan dan pentadbiran PAS di dalam menangani soal disiplin parti mereka. Kita jangan jadi bodoh dengan mempertikaikan undang-undang dan peraturan parti rakan kita. Cukuplah PKR merasa bagaimana hal ehwal dan pengurusan parti sendiri ada pihak lain yang mempertikaikannya.   Kita jangan tiru kerja bongkak dan angkuh itu.

21 ulasan:

  1. Allahuakbar. Kasar penulis artikel ni. Sayang, tiada tawadduk dalam berjuang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Podahhh...bila kena batang hidung pemimpin kesayangan tuan terus dianggap kasar dan tidak tawadduk la....

      Pemimpin tuan cakap berbelit macam lidah biawak tak apa ya....kena wala menbabi buta. Pemimpin awak xakap barua kepada wakil rakyat dari parti sendiri itu tawadduk ka PODAHHHH...HIPOKRIT

      Padam
  2. berbeza, PKR tidak mengikut mesyuarat pertama antara parti ttp 2 adun ni telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kpd parti.

    BalasPadam
  3. apa bezanya bila pemuda pkr menyokong tindakan 2 adun tsb? pas sokong klahdi wlp dia tlh dipecat. siap nak rasuah azmin jadi mb jika join dgn umno bentuk kerajaan.

    BalasPadam
  4. Ulasan yg tepat terus terkena btg hidung Pas. Itulah kerana perasan sgt diri kita maksom. Geng tu sokong TSKI kerana udang dlm mee. Kpd YB Saari dan YB Hasnul harap tidak membuat rayuan, tak guna dah berada dlm parti yg berperangai spt ni.

    BalasPadam
  5. Hukuman terpilih dari PAS. Jangan lupa ada pemimpin PAS memperburukan PAS dan Pakatan Rakyat semasa PRU13 di dalam tv, namun sehingga kini tak ada apa-apa tindakan.

    Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa susah sangat nak ambil tindakan disiplin terhadap Nasaruddin Mat Isa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana nasarudin ular dalam semak...susah nak tangkap...

      Padam
  6. buatlah rayuan..tengok apa jadi...

    BalasPadam
  7. Engkar TSKI dgn 2 ekor Ahli PAS ini kalau suruh buat paper work berlainan sekali dari kenyataan.Cakap penulis itu cakap lawyer buruk untuk hujjah bagi betul PKR.Kalau tanya 28 juta rakyat belum tentu betul.Kalau berani kenapa pilih ganti MB dari pilihanraya.PAS tahu kalau pilihanraya habis kerusi melayu di sapu UMNO.Keputusa PAS betul bukan PKR betul tetapi bagi huru hara politik PR di Selangor ada gaham ker penulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong hujjah anda. sebab Pkr dgn umno tiada bezanya. berlagak sangat. lps ni pkr kalau nak bertanding guna jentera sendiri aset sendiri. baru tahu langit tu tinggi atau rendah

      Padam
  8. betul pkr jangan sibok hal ni serah kepada pas,parti ada disiplin masing-masing sekaran tumpukan kepada fokus jatuhkan Bn.Jangan balah sam,a sendiri seperti di muktamar dulu.biar cerdik politik sikit

    BalasPadam
  9. ini dia penyibuk saperti tajuknya.

    BalasPadam
  10. kebanyakkan berhujah tak ikut rasional..

    Hukuman Sekadar Menjaga Air Muka Presiden, Buang Masa Saja Buat Rayuan

    Segala dakwaan Haji Hadi itu tidak pernah dibuktikan sehingga ini dan Shaari sendiri, selain menafikannya, turut mencabar agar tuduhan itu disertakan bukti jika benar beliau telah dibeli untuk memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah.

    Seiring dengan itu, pelbagai pihak dalam Pas yang menyokong Haji Hadi juga turut menyerang kedua-dua Adun berkenaan dengan pelbagai hujah dan gelaran walaupun hakikatnya Shaari dan Hasnul bertindak atas semangat PR yang mana Pas masih lagi bersama dan merupakan sebahagian gabungan itu.

    Dengan yang demikian, memanglah agak mustahil kedua-dua Adun itu akan dilepaskan begitu saja. Kalau dilepaskan begitu saja, tentulah memalu dan menjatuhkan air muka Presiden Pas yang telah membuat serangan terbuka itu. Hukuman gantung keahlian setahun ini tidak lebih untuk menutup malu dan menjaga air muka Haji Hadi saja.

    Oleh kerana hanya untuk menutup malu dan menjaga air muka saja, itulah sebabnya hukuman gantung untuk tempoh yang lebih lama seperti sehingga pilihanraya umum akan datang atau pecat keahlian terus tidak diambil.

    Kiranya benar dakwaan bahawa kedua-dua Adun berkenaan sudah dibeli untuk menyokong Dr Wan Azizah, sudah tentulah ia merupakan kesalahan yang serius dari segi perjuangan Islam dan sewajarnya hukuman pecat keahlian diambil.

    Hukumah pecat keahlian bukan saja dianggap terlalu berat tetapi juga akan menyebabkan kerugian berterusan kepada Pas kerana menyebabkan kehilangan dua wakilnya dalam DUN Selangor.

    Memandangkan hukuman gantung keahlian selama setahun ini hanyalah untuk menutup malu dan menjaga air muka Haji Hadi saja, tidak perlulah juga bagi Shaari dan Hasnul untuk mengemukakan sebarang rayuan kepada Majlis Syura bagi meringankan hukuman itu.

    Bukan saja Majlis Syura dipercayai tidak akan melayan sebarang rayuan kerana kecondongannya yang jelas kepada kumpulan tertentu dalam parti itu, tidak mengemukakan rayuan juga membuktikan Shaari dan Hasnul tetap berpegang teguh kepada prinsip perjuangan yang dipegang sebelum ini.

    Tindakan mereka memberi sokongan terbuka bukan saja menyebabkan Khalid Ibrahim segera berundur dan sedar dirinya sudah kehilangan majoriti, malah memastikan kerajaan negeri kekal dibawah PR walaupun yang terpilih akhirnya sebagai Menteri Besar ialah Azmin Ali dan bukannya Dr Wan Azizah.

    Lagi pula, tempoh setahun bukannya lama. Tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak terjejas apa-apa pun dalam tempoh penggantungan itu, cuma tidak boleh mewakili parti saja.

    Bagaimanapun, jika dua Adun ini dianggap melanggar disiplin parti, elok juga Pas mengambil tindakan segera terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini begitu rapat dan kerap mengikuti rombongan Perdana Menteri, Najib Razak ke luar negara.

    Selain menunjukkan keakrabannya dengan Najib dan UMNO secara terbuka yang seolah-olah mencabar Pas, Nasharuddin juga beberapa kali menyarankan agar Pas keluar daripada PR serta meninggalkan PKR dan DAP.

    Begitu juga dengan beberapa pemimpin Pas yang bertanding secara bertindih dalam PRU 13 lalu yang mana perbuatan itu secara jelas bertentangan dengan semangat PR yang didokong oleh Pas sendiri.

    Kalau Shaari dan Hasnul yang ingin mempertahankan PR segera diambil tindakan, apakah pula istimewanya mereka yang melanggar semangat kebersamaan dan berkali-kali meminta Pas keluar daripada PR?

    BalasPadam
  11. PKR DAP tidak masuk campur hal dalaman PAS.

    tapi presiden PAS tuduh 2 adun jadi barua dan dibeli broker.

    walaupun tk dinyatakan siapa broker tp jgnlah bodoh sgt, takkanlah dituduh umno beli 2 adun PAS. sudah tentu sindirian itu kpd PKR dan DAP.

    tak tau lah kalau nik beduh anggap 2 adun tu dibeli 'agen internasional'.

    PKR menyatakan pandangan saja, memang tkde hak masuk campur pun dan tk minat nk masuk campur kerana nanti dituduh lagi barua dan membeli adun.

    yg pentingnya isu tuduhan pil kuda masih berjalan. sedia je lah duit utk bayar saman.

    kerana mulut santan binasa
    kerana mulut ulamak dicela
    salah siapa?
    mulut tu di remote control umno ke
    atau nafsu sudah menguasai iman

    kenapa umno susah nk menyusup dlm PKR?
    sebab mereka yg menyusup takkan tahan akhirnya melompat keluar.

    kenapa umno boleh menyusup dlm PAS? sebab PAS ada sikiitttt kureng lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda pasti agen umno tiada dalam pkr?

      Padam
  12. bayangkanlah kalu semua ahli sokong wan azizah ? kah kah kah mau habis semua ahli pas nanti ,tinggal la yang berwala & beberapa yang diatas saja kah kah kah ,ABU ! dan lawan geng pro'UG' sampai kiamat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawan juga lujnah pkr dalam pas ye.

      Padam
  13. isu barua pun tak paham2 lg ke,letih berpolitik dgn org main politik tp x tahu berpolitik....

    bapak sendiri kata sabar dulu sebelum buat keputusan tp degil,sebaliknya ikut bapak org punya suruhan....gila ke hape?anak derhaka

    nasib baik kena gantung,kalau bapak doa masuk neraka sbb derhaka...baru berakai

    BalasPadam
  14. Haji hadi kemaruk nak masuk umnuuuuu..mu dok pahe lagi ke wei..

    BalasPadam
  15. Apabila Imam tertinggal salah satu rukun sembahyang, makmum kena peringat Imam dengan mengungkapkan Subhanallah! Kalau Imam tak ikut teguran makmum juga maka makmum wajib mufarakah dan meneruskan solat secara sendiri.....ini yg diajarkan oleh Rasul SAW.......... fikir2 kan lah agar solat sah dan mendapat keredhaan SAW.

    BalasPadam