RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 1 Oktober 2014

ISU DUA ADUN "BARUA" - PAS MESTI ADIL DAN DILIHAT ADIL

SETELAH dilabel dengan berbagai ungkapan, "Broker dan Barua" serta pengkhianat kepada parti, sehingga kini kebenaran masih dilihat kepada dua Adun PAS yang menyokong SD terhadap DS Wan Azizah sebagai MB Selangor sebelum Istana membuat keputusan memilih Azmin.

Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin telah pun di 'temuduga' oleh SUA PAS, Mustafa Ali semalam dan hasilnya Mustafa menyatakan kedua-dua Adun tersebut tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.  Kenyataan Mustafa Ali ini merupakan satu kemenangan moral kepada mereka walaupun kes itu tidak ditutup kerana ianya hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

Kata Mustafa, " Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak.   "Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut.
 
DAP terlebih awal mengiktiraf kedua-dua mereka sebagai "Wira Pakatan Rakyat" kerana telah menyelamatkan Dun Selangor dari dibubarkan.  Sokongan mereka menjadikan Pakatan memperolehi majoriti 30 Adun yang menyokong DS Wan Azizah.  Bagi pihak PAS pula mereka menganggap 4 Adun iaitu Exco mereka yang berterusan bersama TSKI walaupun TSKI waktu itu tidak berparti (Bebas) PAS anggap mereka juga hero kononnya untuk mengelakkan Dun Selangor di bubarkan dan mengelakkan TSKI memilih Exco dari Umno.  
 
Alasan 4 Exco untuk terus bersama TSKI seawal MB Selangor itu dipecat dari PKR tentunya boleh kita terima kerana waktu itu tiada hitam putih siapa yang memiliki majoriti.   Tetapi apabila DS Wan Azizah telah mendapat hitam putih melalui Akuan Bersumpah 30 Adun yang menyokongnya, maka tidak releven lagi alasan 4 Exco itu untuk terus bergayut di lengan baju TSKI.  Waktu itu, hakikatnya TSKI bukan MB yang memiliki kerajaan yang majoriti.  Tidak munasabah 4 Exco itu masih bersama beliau.

Apa pun, kedua-adua Adun dari PAS ini sememangnya komited dengan semangat kerjasama Pakatan Rakyat yang mana semangat ini juga menjadi keputusan Muktamar PAS sendiri iaitu tetap akan bekerjasama dengan PR.  Siapa yang jujur sebenarnya?  Dua Adun ini atau 4 Exco yang sampai ke akhir 'hayat" TSKI sebagai MB terus bersama beliau?  Jika kita jujur kita pasti akan menjawab dua Adun ini lah sebenarnya yang bertanggungjawab memelihara kerjasama di dalam PR.  Jika tiada seorang pun Adun dari PAS yang bersama dengan keputusan PKR dan DAP, nescaya PAS tidak lagi dipandang sebagai parti yang sanggup bersama rakan disaat kesukaran.  Sepatutnya PAS menghargai pengorbanan kedua-dua Adun ini.

Kita mengharapkan AJK PAS Pusat akan berbahas tentang isu ini.  Aku yakin, kumpulan yang kepingin untuk bersama Umno pasti akan cuba sedaya upaya untuk mengenakan kedua-dua Adun ini nanti.  Percayalah, di dalam AJK PAS Pusat bukan semuanya kemaruk atau pelahap (pinjam kata Tuang Presideng) untuk bersama Umno.  Jangan pula nanti akhirnya keputusan AJK PAS Pusat dicampakkan lagi dan nasib kedua-dua Adun berkenaan akan diserahkan kepada kuasa 'veto' Tuang Presideng atau Majlis Syura.  Jika ini berlaku, terbukti ketidakadilan atau 'bias' berlaku di dalam PAS kerana semua tahu di dalam Muktamar PAS baru-baru ini Tuang Presideng awal-awal lagi menganggap ' barua' kepada mereka berdua, begitu juga kebanyakan ucapan dari Majlis Syura yang seolah-olah telah menghukum kedua-dua Adun berkenaan terlebih awal.

Mana mungkin keadilan dapat ditegakkan jika nasib kedua-dua Adun ini diserahkan kepada Tuang Presideng mahupun Majlis Syura.  PAS bukan saja perlu bertindak adil mengikut kaedah Islam tetapi mesti memperlihatkan keadilan itu.

13 ulasan:

  1. lawan tetap lawan demi keadilan ,ABU !

    BalasPadam
  2. Waima apa pun..moral PAs dimata rakyat berbilang kaum telah jatuh merudum n rakyat dah hilang keyakinan n kepercayaan pada PAs....dan PAs sekrg cuma bahan tertawa d kedai kopi & cofe house..
    PAS FOR PAS..NOT FOR ALL...!!!

    BalasPadam
  3. pas mesti pulihkan semula kepercayaan orang dan jangan biarkan pemimpin yang cakap tidak bermutu bagi ulasan yang mengeruhkan pakatan.Nasihatkan pemimpin muda pas tak usah banyak cakap lah seperti Nik Abduh orang makin meruat mendengarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pulih celah mananya.... selagi SB2 & UG2 geng dok bersidai dalam parti tu

      Padam
  4. Ambil tindakan kepada yang baca doa dan keluar dewan bila Tim berucap kerana melihatkan tahap disiplin Pas teruk menjejaskan moral Pas tak usah sibuk nak bertindak kepada Dua Adun tersebut.Cari jalan terbaik wahai pemimpin Pakatan kalau mahu Puterajaya

    BalasPadam
  5. kalau 2 adun yg sokong DSWA didapati tak bersalah, bgmn pula dgn 4 adun pas yg sokong khladi tu? kalau 2 pihak bertembung, salah satu mesti salah.

    2 adun mesti didpti bersalah utk membenarkan tindakan 4 adun tsb.

    BalasPadam
  6. Inilah cara berfikir orang2 PKR. Bila Khalid tak ikut PKR, macam nak runtuh kau orang hentam dia. Tapi bila adun Pas tak ikut parti. macam2 pula alasan yang kau orang berikan. Poorah. Inilah yang dikatakan munafik. Lagi teruk dari perangai orang kafir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasala tu bang. ..tgk aje kes Wan Azizah nk jd MB. Bagai nak rak nak jugak Jijah jd MB. bila tersepit tgk takde jln lain terpaksa terima Azmin, tiba2 je berubah nada. Masa ni la kata hormat sultan, bukti perpaduan pakatan, sehingga ada yg kata mmg asal nk naikkan Azmin dll.

      Munafik harem jaddah pecacai2 AlKetum ni semua.

      Padam
    2. Pok mu harem jadah. Sape mula sokong kslid lawan tokey...serban tebal kan..mu ngan mok pok mu munafik

      Padam
    3. Mok pok mu anok beranok mmg harem jadah murtad 9.51

      Padam
  7. Kedua-dua Adun ini telah melanggar keputusan Presiden agar tunggu Pas Pusat bersidang. Nampaknya kedua-dua Adun ni lebih sayangkan PKR dari Parti Pas yang mereka wakili. Sepatutnya keduanya keluar dari Pas dan masuk PKR. PKR ialah Parti Kian Runtuh...

    BalasPadam
  8. hadi perli pkr...'beli' ahli dia..bukan mksud beli direct

    scr politiknya pkr masih xtahu 'malu' (punya la kaki xmalu )

    kalu pas 'beli' ahli pkr..marah tak??

    BalasPadam