RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 28 September 2014

JANGAN LAGI ADA "FAEKAH KEDUA" DI DALAM PEJABAT MB SELANGOR

DR HALIMAH ALI, mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Negeri Selangor memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja sepanjang beliau menjawat jawatan Exco di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
 
Beliau adalah di antara Adun dari PAS yang tidak terpilih untuk menjadi Exco di bawah MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali.  Tidak terpilihnya beliau bukan kerana beliau tidak bagus tetapi adalah kerana ingin memberikan peluang kepada Adun-Adun lain untuk memikul amanah yang amat berat itu.  Begitu juga dengan Adun dari PKR, YB Rodziah yang juga tidak terpilih semula untuk jawatan tersebut.  
 
Kepada Exco-Exco baru yang dilantik, adalah menjadi harapan rakyat untuk mereka melaksanakan amanah berpandukan kepada janji-janji PR dan manifesto PR bukannya untuk menyokong peribadi MB yang baru.  Seandainya mereka gagal, termasuk MB sendiri sudah tentunya rakyat akan menghukum mereka atau parti juga berhak menghukumnya sebelum rakyat bertindak.  
 
MB dan semua Exco mestilah sanggup bekerja keras untuk meningkatkan prestasi Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja molek di atas kertas dengan duit yang terkumpul tetapi mestilah dibelanjakan secara total untuk kepentingan rakyat.  Rakyat berhak bertanya ke mana duit Kerajaan Negeri digunakan dan rakyat tidak lagi mahu tahu berapa banyak yang kamu simpan.  Lupakan cara TSKI.
 
Selangor mesti ditadbir dengan merealisasikan semangat merakyatkan Selangor bukan sekadar ritorik dengan kemegahan menabung.  Azmin Ali adalah harapan rakyat untuk melihat perubahan jauh lebih baik dari MB sebelumnya.  Jika Azmin gagal, walaupun beliau bukan pilihan parti pada asalnya tetapi parti tetap bertanggungjawab untuk menjawab kepada rakyat.  Ada yang berpendapat PKR terutamanya boleh berlepas tangan jika Azmin gagal kerana Azmin bukan pilihan utama parti untuk menjadi MB.  Bagi aku, mahu tidak mahu kita terpaksa yakin Azmin boleh membuktikan pilihan Sultan yang kemudiannya diberi mandat oleh parti dan PR ini mampu untuk melakukan yang terbaik.
 
Azmin dan para Exconya diharapkan boleh berganding bahu untuk menjaga nama baik Tuanku yang memilihnya di samping tidak mencemarkan imej parti yang turut memberi kepercayan ke atasnya.  Kepada parti terutamanya PKR perlulah memantau lebih dekat hasil kerja Azmin dan para Exconya dan dapat membantu beliau untuk berkhidmat dengan lebih baik.
 
Rakyat akan menyokong kepimpinan beliau selagi rakyat tidak melihat kepincangan pentadbirannya.  Jauhi diri anda dari sesiapa pun yang dilihat mengampu dan membodek anda sekarang.  Kita tidak mahu lagi ada orang seperti Faekah di Pejabat MB Selangor.  
 

21 ulasan:

  1. Fekah jugak yg ko salahkan. Macam ko saja yg hebat sangat

    BalasPadam
  2. Apa Halimah dah bagi kat ko? Kalu TKI ada jugak bg air free RM11 hinggit sebulan kat ko.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamat bingai..rm11 bkn duit mak pok tski...tu duit rakyat...janji menifesto...suka x suka tski kena ikut...lembu

      Padam
  3. Najib ado jugak bagi brim. Azmin ado?

    BalasPadam
  4. TKI bg bonus rayo 1 bulan kat kakitgn Selangor ngan 1 bulan lagi pd akhir tahun. Azmin ado?

    BalasPadam
  5. Kenapa dap beria2 sangat nak pas kuar dari PR?

    BalasPadam
  6. Jln raya kat kampong2 dan taman perumahan di selangor byk yg dah rosak. Mintak azmin dan exco dap tolong turun tengok. Mintak exco PKR yg ramai tu dtg jenguk. Jgn dok goyang kerusi kat opis

    BalasPadam
  7. Azmin jgn dok bagi projek kat kroni ajer yek... Gerai2 tepi jalan tolong banyakkan utk org melayu. Mintak majlis bandaran mudahkan bagi lesen terutamanya mpkj dan mpaj. Tengok2 sikit kenapa penguatkuasa asyik kacau gerai org melayu. Gerai org cina makin tambah besor pulak. Tengok2 sikit penguatkuasa kot2 ada yg sapu rasuah. Hang mb, jgn dok politik aje. Hang kurangkan berpolitik. Buat kerja utk rakyat.

    Duit 3 billion yg TKI simpan tu jangan pulak ko rembat utk kegunaan PKR. Itu bukan duit PKR, bukan duit dap. Bukan duit pas. Duit parti ko cari sendiri. Pedulikan apa nuar cakap. Jangan ambik duit rakyat utk parti. Aku sumpah ko jadi tapir kang.

    Ikut macam TSKI. Kali nak bagi duit kat parti, kuar duit poket ko sendiri. Tski boleh derma juta2 kat pkr pakai duit sendri, tak kan ko tak boleh. JGN kedekut sangat nak keluarkan duit dari poket ko tu...

    Jangan cuba nak kelepet duit 3 billion tu utk kekuarga, parti atau kroni ko walaupun 1 sen. Kang aku sumpah ko jadi tapir. Lagi satu, jgn nak susahkan rakyat yg memang dah susah nih....

    BalasPadam
  8. Sampah sarap tu tolong hangkut cepat. Dah tak tahan bau busuk. Tak kan nak tunggu tinggi menara KL baru nak angkut. Tolong turun tengok sendiri kaw sampah area selayang tu, jangan asyik nak duduk dlm opis econd

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi terbaekkk bro...hehe

      Padam
    2. hoo. 9.00..

      yeeeee mmg baguihh
      lg satu jamban2 awam kasi tolong bersih ya..

      Padam
  9. Ingat yer... Waktu kerja rasmi mb dr 8 pg hingga 5 ptg. Ko jgn nak ponteng. Ko jgn nak guna utk kerja parti ko. Ko nak buat kerja parti ko kena ambik cuti tanpa gaji. Ingat tu, rakyat Selangor bayar gaji ko isnin hingga jumaat. 8 pg hgga 5 ptg. Kerja parti ko kena buat malam atau masa cuti. Jgn ponteng kerja hakiki mb utk buat kerja parti. Aku sumpah ko jadi tapir kang....

    BalasPadam
  10. Aku tegur ko ni jgn pulak ko kecik hati. Aku sokong ko jadi mb, tapi aku tak nak ko kena tanya kat kubo nanti sbb tak jlnkan tugas. Jgn ko ingat tugas mb ni senang. Ingat yer, tugas ko ni ibarat satu kaki dah kat neraka nun. Jgn ambik kesempatan nak kayakan diri ko dgn cara salah. Kalu cara betul tak apa, aku sokong. Kalu ko kaya cara tak betul, ikut pintu belakang, walaupun 1 sen, aku sumpah ko jadi tapir kang.

    BalasPadam
  11. Last sekali, ko jangan ingat org yg puji2 ko tu niat ikhlas. Kadang2 puji bodek. Kadang2 puji kipas. Puji ada makna... Tak kira la yg puji tu datuk ker, tansri ke, org biasa ker... Ingat tu, org bodek ni depan manis tapi kat belakang dia jual nama ko.

    Jangan pulak ko benci org yg kritik ko bulat2 walaupun ko rasa pahit. Ubat yg pahit ialah ubat terbaik. Buktinya tongkat Ali.

    Ingat turrr

    BalasPadam
  12. Kalu ikut apa yg lu bebel atas tu...Azmin dah separuh jadi tapir dahh...kikikik

    BalasPadam
  13. Faekah mungkin tak ada dah tapi mak lampir pasti datang. Mak lampir ialah hanturaya belaan AA di MPAJ.

    tapir... Ko tunggu aku datang

    BalasPadam
  14. Apa nk buat. ...dah nasib badan kami rakyat marhaen ng sgor....padan muka kami

    BalasPadam