TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Jumaat, 26 September 2014

PRK PENGKALAN KUBUR - MUKTAMAR SEHINGGA LUPA DIRI AKIBAT KITA TEWAS?

KEPUTUSAN tidak resmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi.  Mengikut keputusannya, BN yg diwakili oleh Mat Razi mendapat 9,960 undi manakala PAS melalui calonnya Wan Rosdi mendapat 7,335 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary hanya mendapat 37 undi dan hilang deposit.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.   Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.  Ertikata lain, PAS lebih teruk tewas berbanding PKR walaupun aku meramalkan PAS mampu menang dengan majoriti kecil dan samasekali tidak menjangkakan PAS tewas seteruk ini.

Khabarnya, undian daripada masyarakat Non Muslim dan anak-anak muda juga terlalu jauh merosot.  Tambahan pula bak kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengarah PRK ini bahawa di antara faktor kekalahan PAS adalah kerana ramai pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.  Persoalannya, adakah sekiranya mereka balik mereka akan mengundi PAS kerana kebanyakan perantau-perantau terutamanya yang bekerja di kawasan-kawasan bandar mereka celik maklumat dan mereka tahu selama ini apa yang sering diperkatakan orang tentang PAS.

Sewajarnya anak-anak perantau ini akan lebih bersemangat untuk pulang mengundi kerana mereka tahu PAS teramat ingin merampas Kerusi tersebut setelah PKR gagal sebanyak dua kali.  Tetapi mengapa mereka tidak pulang?  Benar, hari mengundi hari bekerja tetapi jika semangat itu tinggi untuk memenangkan PAS aku rasa mereka tetap akan pulang walaupun sanggup membeli "MC" untuk satu hari.  Aku rasa ada sesuatu yang tidak kena kali ini.  Ustaz Tuan Ibrahim pun ada menyebut, ada sesuatu yang tidak kena mengapa anak-anak muda tempatan pun tidak seperti dulu.  

Sedikitpun aku tidak merasakan ketiadaan kempen oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim ke sana menjadi faktor tewasnya PAS.  Anwar bukan hebat lagi di Kelantan, dan Kelantan adalah kubu PAS di Malaysia dan mempunyai berbagai jentera yang teramat kuat.  Bukankah jentera PAS sering dilaung-laungkan sebagai terhebat berbanding PKR?  Sepatutnya selepas Muktamar PAS di Batu Pahat baru-baru ini semangat pemimpin dan para penyokong PAS tentu membuak-buak, apatah lagi di dalam hubungan yang agak kontroversi dengan PKR, tentunya PAS ingin tunjukkan bahawa PAS memang hebat sebenarnya.

Boleh dikatakan kesemua kepimpinan PAS, dari Presiden, Mursyidul Am, ahli-ahli Majlis Syura dan Dewan Ulamak, Pro Ulamak dan Profesional, kesemuanya turun berkempen.  Habis kekuatan PAS turun kali ini.  PKR juga turun membantu dan sewaktu PAS sibuk bermuktamar, jentera PKR mengambil tugas berkempen di beberapa kawasan,  Jentera PKR juga berkampong di Pengkalan Kubur.  Ertikata lain, segala usaha telah kita lakukan demi untuk melihat Umno berkubur di Pengkalan Kubur.  Malangnya, Pengkalan Kubur itu kuburnya milik kita.

Aku melihat kebijaksanaan amat kurang sepanjang kempen.  Bayangkan, sewaktu Muktamar PAS berlangsung yang diketahui menjadi bahan berita media termasuk TV3, pemimpin dan para perwakilan tidak sedarkan diri berpidato menunjukkan kehebatan membelasah rakan-rakan sendiri samada dari PKR mahu pun DAP.  Tidak cukup dengan itu, sesama mereka pun menjadi bahan cemuhan sehingga ucapan menjadi doa laknat, dan tercatat dalam sejarah mulut Tuan Presiden sendiri perkataan "broker dan Barua".  Ini semua adalah bahan makanan yang dihidangkan percuma kepada media-media berlidah syaitan ini.  

Telah dijangka kesemua ucapan negatif sepanjang Muktamar telah dijadikan modal kempen Umno/Bn bahkan dijadikan cogan kata dan ayat-ayat disusun indah di dalam Banner-banner mereka.  Imej PAS sepanjang kempen teruk terjejas angkara Muktamar yang lupa bahawa PAS sedang bertarung di Pengkalan Kubur.  PAS tanpa disedari memberikan peluru kepada musuh.  

Amat sedih sekali ini berlaku.  Ini lah yang selalu aku sebut tidak semua Ulamak itu tahu berpolitik walaupun ugama dan politik itu tidak terpisah.  Politik perlu kepada kebijaksanaan dan strategi yang baik serta tersusun.  Menyerang rakan-rakan di dalam PR, menyerang rakan-rakan seperjuangan di dalam parti ketika Muktamar di mana waktu kempen berlangsung di Pengkalan Kubur bukan satu tindakan bijak malahan teramat songsang sekali. 

PRK memang kita sering kalah.  Kita akui mereka punyai jentera kerajaan yang hebat beserta dengan berbagai umpan yang diberi.  Itu kita akui dan itu juga bukan asing bagi kita dan sepatutnya kita telah bersedia untuk hadapi semua itu.  Malangnya, kita menambah beban lagi dengan masalah dan isu yang kita cipta sendiri.  Muhasabah lah bersama.


31 ulasan:

  1. Memang tepat sekali,saya telah jangkakan bahawa sewaktu mutmar boleh lihat betapa tidak cerdiknya pemimpin Pas melontarkan idea bahkan lebih banyak serang rakan daripada memperkenalkan gagasan baru yang lebih berfeadah untuk memperkukuhkan pakatan.kalau ngundi di Selangor saya yakin Pas akan kalah kerusinya.Pas tidak kuat tanpa pakatan ini perlu diakui.Saya sungguh sedih melihat gelagat anggota Pas sewaktu muktamar yang kurang tarbiah disiplin berjemaah.Imej Umno semakin meningkat.Lepas ni Pemimpin Pas usah salahkan rakan lain dalam kekalahan di Pkln Kubur kerana Umno telah berjaya kuburkan Pas.Insaflah jangan terlalu angkuh dengan title Ustaz tetapi dalam strategi politik bodoh.Maaf kerana ulasan agak keras sedikit.Tahniah Azmi jaga molek Selangor jangan ujudkan krisis dalam Pakatan deh

    BalasPadam
  2. Pengundi luar ta balik, PAS kaki klentong lah.Yg pengundi luar orang PAS saja kah? Pengundi UMNO ta duduk di luar, ramai ta blk krn simpan cuti utk Aidiladha dan yakin UMNO akan menang

    BalasPadam
  3. PR masih dgn PAs...PRU 14...UmNo pukul habis 2/3.

    BalasPadam
  4. Satu pengajaran & tamparan yg hebat buat PAS, setiap perkara jika diusahakan bersama pasti menempa kejayaan.

    Muktamar PAS menyerlahkan kepincangannya bukan dijadikan tempat memperkasakan parti tapi lebih kpd serangan peribadi & mengampu pemimpin yg terus lena diulit kata-kata indah sama seperti Persidangan UMNO

    BalasPadam
  5. Dari segi calon pun Pas awal-awal dah kalah. Calon Pas tak dibenarkan bebas bercakap semasa sidang media. Jadi macam tunggul !,....piirah !!

    Siapa nak undi calon tak berwibawa macam tu ?

    BalasPadam
  6. Saya pengikut setia blog ini yg proBN ucapkn tahniah pd blogger ini Fauzdin. Penulidan anda kali ini baik dan mantap...very professional.

    BalasPadam
    Balasan





    1. yeke..cam lain ye realitinye...andai pkr bertanding..undibpopular akan merosot..lg teruk..kalu geram dgn 'pas gereja' 20 ..marah dgn pkr rasa2 40..

      pasal.pkr la pas marah pde pas gereja

      korang2 pas xkan sbotaj pas sendiri kalu adapun 1% saja la.kot

      kalu pkr yg btanding mahu 'geramm' pd pkr jadi 5-10%

      itu yg ahli..

      yg atah pagat lg la meluat dgn pkr(mb isu..)

      ..punyelah teruk.pikirmcmana nk naikkan azmin ikut pintu belakang

      (sapa ajatu..bos la)

      andaian aku betul tak jk pkr yg bertanding akan lebih teruk sbb current isu tu..

      .




      yeke..cam lain ye realitinye...andai pkr bertanding..undibpopular akan merosot..lg teruk..kalu geram dgn 'pas gereja' 20 ..marah dgn pkr rasa2 40..

      pasal.pkr la pas marah pde pas gereja

      korang2 pas xkan sbotaj pas sendiri kalu adapun 1% saja la.kot

      kalu pkr yg btanding mahu 'geramm' pd pkr jadi 5-10%

      itu yg ahli..

      yg atah pagat lg la meluat dgn pkr(mb isu..)

      ..punyelah teruk.pikirmcmana nk naikkan azmin ikut pintu belakang

      (sapa ajatu..bos la)

      andaian aku betul tak jk pkr yg bertanding akan lebih teruk sbb current isu tu..

      .

      Padam
  7. Walaupun PAs tua dlm hayat politik, tapi kurang cerdik utk politik di abad ini. Alasan2 yg berbunga untuk menutup kelemahan bila kalah. Tapi sombong untuk mengaku kekalahan yg tak sepatutnya adalah berpunca pemimpin PAs yg sombong, bongkak tak sepadan dgn jubah dan serban yg berbelit.
    Kajang move ialah gerak politik yg terbaik utk pemimpin PAs belajar memahami politik abad ini.
    Rakyat marhein akan luahkan rasa benci pada PAs dipeti undi...mau faham itu..!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk maklumat PAs...PRU14 PAs akan hilang Kelantan...PAs bole bri brbagai alasan yg brbunga2..utk mempertshankan fakta...hakikat srlagi pemimpin seperti MB serta TMB trus neberajui Kelantan...tungu rakyat marhein akan ajar PAs d peti undi PRU14...ini kali !!@

      Padam
  8. Bhai Wfauzdin...

    Tepat skali.... hahaha... itupon kalo pimpinan PAS masih ader akal la... tapi rasanyer tak lama aaa... PRU14 ... babai la Kelantan.....

    BalasPadam
  9. Sepatutnya SS Ustaz Dr. Azahar Yaacob Alhafiz baca doa laknat di Perngalan Kubur tentu boleh menang besar.

    BalasPadam
  10. Bagi sedikit kuasa dah lupa diri, rasa diri hebat sebab tu berpuluh tahun bertanding tak pernah menang banyak.

    BalasPadam
  11. Jangan lupa keputusan PRK ini...

    Balingian

    Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti 6,911 undi.

    Calonnya Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.

    Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.

    Teluk Intan

    Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan selepas calonnya, Datuk Mah Siew Keong menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu dengan majoriti 238 undi.

    Mah yang juga bekas Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) dan PRU-11 memperoleh 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi.

    Pada PRU-13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila meraih 27,399 undi berbanding calon BN, Mah yang memperoleh 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan 279 undi.

    BalasPadam
  12. Juga jangan lupa PRK Kajang 2014 walaupun PR menang

    Jumlah undi calon BN pada PRU 2013 : 12,747
    Jumlah undi calon BN pada PRK 2014 : 11,362

    Jumlah undi calon PR pada PRU 2013: 19,571
    Jumlah undi calon PR pada PRK 2104: 16,741

    Majoriti 2013 : 6,824
    Majoriti 2014 : 5,379

    BalasPadam
  13. As salam..WFauzdin,
    Semasa PRK pengkalan Kubur..DSAI tidak ke sana kerana tiada jemputan dr pimpinan tertinggi PAS. Munkin mereka merasakan PAS sudah cukup hebat...setahu saya PAS cukup hebat dalam memberi segala macam alasan unutk melepaskan diri. dan TIDAK AKAN mengakui kesilapan yg telah dilakukan..

    BalasPadam
  14. Terbaik. Mungkin ada hikmahnya kalau BN tawan Kelantan. Royalti minyak akan dapat

    BalasPadam
  15. Jika Anwar turut berkempen, majoriti BN akan berkurangan. Tidak benar Anwar tiada pengaruh di Kelantan. PAS selepas ini jangan perasan sangat terutama di Selangor. Yang pasti undi saya tidak kpd PAS kali ini. Lain kali sajalah PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun...walau bagaimanapun saya masih sayangkan PAS. Undi saya buat PAS sekiranya geng ustad dan ulamak serban ketat ni berambus dari PAS untuk tubuh PUS (Partahi Ularrmakk !!! Semesia) Ptuii

      Padam
  16. SINAR HARIAN 10 Julai 2012.. ini macamana.. over confident ke..

    "Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.

    "Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya.

    Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain."

    http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-pas-paling-kuat-dalam-pr-1.65096

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa jika PAS menang nanti lantik org umno tengku Li jadi PM. Presideng PAS jadi nelayan. Moh kite ke laut..............PAS parti nelayan kite.

      Padam
    2. Kalau PAS menang, ada jawatan menteri baru bergelar Menteri Ularrmakkk !!! Menteri yang turun temurun milik ulamak dan ustaz dan paling berperangai macam ular dalam semak

      Padam
  17. Kerana isu MB Selangor,Pas menerima tamparan paling hebat..dah la kalah di Pengkalan Kubur, hilang pula 1 exco di Selangor..Muktamar Batu Pahat pula wujud beberapa team.. Apa nk jadi sekarang..?
    Kena muhasabah diri balik/kaji hubungan semula dlm PR?...

    BalasPadam
  18. Blogger Bonggok dengan Isu Boddo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tu yang keluar dari lubang tahi Dewan Ularrrmak PAS...khakk ptuihh

      Padam
  19. PAS parti angkuh sombong.. aku dah tau lama dah sejak tahun 70an lagi..susah nak berkawan dgn puak mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulll....PAS parti ahli syurga walaupun ahlinya tak pernah pergi surau. Wala' pemimpin la konon sebab tak boleh berimam dengan mereka yang munafik haraki. Doa jahanam oleh geng ustaz serban ketat dan ularrmakk tak pe. Khakkk ptuihhh betul MSUlarrmak dan Dewan Ularrmakkk ni

      Padam
  20. pas wajar kalah dalam prk pengkalan kubor bagi menyedarkan dirinya kerana terlalu lama tidor dibuai mimpi-mimpi doa fitnah sesma rakan politiknya dan tuduhan-tuduhan kepada rakan kongsi politik. kecuaiannya dan kelemahan pucuk pimpinan dalam menengani krisis MB selangor membawa pada kepada prk pengkalan kubor.

    BalasPadam
  21. Selagi PAS dipimpin oleh puak2 lama yang berfahaman kuno spt Cikgu Stopa, TGHH, TGHD... selama itulah PAS akan mundur.... macam mana nk pikat orang ramai mengundi PAS sedangkan dalam PAS sendiri pun dok punah ranah berbalah dan berpecah... dengan berbagai label spt Erdogan lah, Anwarist lah... dan puak2 pemimpin yang bangga dengan label Ulamak amat angkuh dan besar kepala.

    BalasPadam
  22. 20 tahun dulu PAs parti lebai kpg...zaman dah canggih masih PAs kekal indentiti Parti lebai kpg yg malang..dah tua kut !! Tapi masih kena kencing dgn Umno..tapi PAs tak sedar2 lgi.....PAS for PAS not for ALL...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk duduk lama lama kat Jordan, Mesir, Yemen bukan sebab tak puas puas menuntut ilmu dan mengaji dengan ramai guru tapi semata sebab mereka ini spesis pemalas dan buang masa dan wang ringgit mak ayah plus dan semual jadi bodoh dan perangai kampung yang tak mahu berubah. Bila dah lulus selepas bertahun tahun balik kampung, terus mengangkat diri sebagai ulamak le konon tapi perangai bebal macam orang biasa. Dah jadi YB....tak sedar diri, ingat orang undi dia sebab dia ulamak macam YB Temerloh tu

      Padam
  23. Sekarang ni PAS dah jadi parti nelayan kite. Presideng PAS layak jadi nelayan aje. Mari kite ke laut...................
    PAS berjuang bukan utk menang tetapi utk menangkan umno/bn.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini