AKHIRNYA kita telah berjaya membuktikan bahawa PKR bukan parti yang derhaka kepada Tuanku. Awalnya ramai yang beranggapan sedemikian apabila PKR terus istiqomah dan konsisten dengan calon MB Selangor, Azizah yang telah pun mempunyai majoriti untuk dilantik sebagai MB Selangor yang baru.
Azizah terus menjadi pilihan daripada 1,057 pengundi, namun Istana tidak memilih beliau
(Poll blog ini)
Meskipun dua kali rasanya pihak Istana telah mengeluarkan surat kepada PKR tentang kaedah parti yang hanya menamakan satu calon di mana Istana tetap mahukan lebih senarai calon. Adakah tindakan PKR itu derhaka? Anwar telah menjawabnya iaitu PKR meneruskan kaedah yang lazim digunakan sebelum ini, dan PKR juga ingin tunjukkan bahawa tiada rebutan jawatan MB di kalangan PKR untuk menjadi MB Selangor. Azizah disokong oleh 30 Adun dari PKR, DAP dan dua Adun PAS untuk menduduki Kerusi MB Selangor.
Lazimnya tiada masalah, namun Istana juga punyai hak untuk berbuat apa yang Tuanku ingini. Rakyat mungkin keliru dengan konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan, jauh bezanya dari apa yang diamalkan di Perak sewaktu kejatuhan Kerajaan PAS di bawah Nizar. Namun, Anwar tetap bertegas selagi Tuanku tidak menitahkan bahawa Azizah ditolak. Ramai yang beranggapan Anwar degil kerana tidak menggugurkan Azizah sebagai calon. Anwar bertindak betul kerana Tuanku tidak pernah secara resminya menolak Azizah. Maka, usaha terus dibuat agar Istana melaksanakan tugasnya seperti kelaziman iaitu memilih calon MB dari kalangan majoriti.
Malangnya, apabila Tuanku menamakan Azmin sebagai MB Selangor, secara tidak langsung membawa erti Azizah ditolak Istana walaupun Azizah memiliki majoriti. Apabila ini berlaku, sekali lagi Anwar dan Azizah berjiwa besar dan berkorban untuk mengalah dengan kehendak istana. Azmin, walaupun tiada parti yang mencalonkannya namun Anwar dan Azizah merasakan Azmin juga layak untuk jawatan itu kerana Azmin adalah Timbalan Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Selangor. Mungkin Anwar beranggapan jika PKR terus berkeras, mungkin calon lain yang langsung tidak layak akan terpilih.
Tentunya PKR boleh menentang atau mencabar keputusan Istana itu secara baik, tetapi mengambil tindakan memberi laluan kepada Azmin lebih berhemah lagi dan bak kata Azizah, beliau sendiri tidak mahu rakyat Selangor terus dibebankan dengan kemelut MB Selangor. Di Perak, kes dibawa ke mahkamah. Anwar lebih lembut dari itu. Terbukti Anwar tegas tetapi tidak serakus yang mereka fikirkan.
Ada yang mendakwa PKR buat "U-Turn". Jauh sekali anggapan mereka. PKR tidak pernah "U-Turn", sebab itulah nama Azizah terus kekal seorang sehingga Tuanku buat keputusan. Apabila keputusan telah dibuat, pilihan hanya ada dua kepada PKR samada mencabar kesahihan perkenan Tuanku atau menerimanya sebagai tanda hormat. Anwar memilih pilihan kedua. Itu pun masih ada yang menuduh naiknya Azmin sebagai MB Selangor memang dirancang oleh Anwar. Begitulah jahatnya perangai puak-puak ini yang tidak pernah akui apa yang Anwar lakukan.
"Kajang Move" amat berjaya. TSKI berjaya turun daripada menjadi ejen musuh. Kajang Move juga buat kita kenal erti persahabatan dan pengorbanan. Kajang Move yang asalnya ingin menjadikan Anwar sebagai "killer' Umno di Selangor akhirnya dibebankan kepada anak didiknya Azmin. Ada hikmahnya ini berlaku. Rakyat lebih kenal dan faham erti dan konsep "Raja Berperlembagaan" itu. Mungkin kes di Selangor ini akan dijadikan contoh atau rujukan di dalam mana-mana kes selepas ini. Tetapi harus diingat, kes di Perak dahulu tidak membantu kita di Selangor.
Tahniah Anwar dan Azizah, tahniah kepada semua yang terus bersabar sepanjang kemelut ini. Tahniah kepada Azmin yang terpaksa naik atas kehendak Istana bukannya membelakangkan parti.
Tulis jer...pkr u turn lg...
BalasPadamtak janggal dan tak salah pun buat u turn di tempat di mana ada signboard u turn...
Padamhadi buat u turn ikut suka2 dia...haaa.. kan dah eksiden...keisannnn..
pas u turn atas kehendak sendiri sbb drebar kelindan pemeriksa tiket kt depan rupanya kejer sykt lain
Padampkr u turn sbb dah kene halau roadblock kt depan
org ajak u turn dari awal xnak ikut...
Mmg mosibat si mosabit nie kahkahkah
Padamstupid komen...:-) biarkan sultan menentukannya.. jika MB itu kemudian membuat 'hal' maka jangan disalahkan PKR atau DAP kelak sebab sultan yang memilih..jika berjaya maka ianya tidak mengurangkan 'keburukan' PKR dan DAP kerana pemimpin kedua2 parti tidak menyerang azmin..
PadamKajang move jgk membolehkan pas kenal lajnah pkr...
BalasPadamKajang move membolehkan rakyat kenal Parti Pas yang sebenarnya.Sipa presieden,siapa Timbalan Presiden siapa Naib Presiden .Rakyat dengan mudah dapat menilai siap peminpin jumud dan mana peminpin untuk rakyat..dan biarkan PKR buat U turn kerana kalau jalan lurus ada road blok oleh Pas .Kah.kah.kah.Penyu menangis siapa yang tahu.
Padamrakyat cam kau jer bengap...yg lain2 elok jer
Padambelum memerintah lagi dh tak taat ketua...dah memerintah igt dia nak taat agong...hbs rahsia negara bocor...
Padamsama cam nuar...krn nk selamatkan msia amik pkg imf...x igt?
PadamAzmin adalah calun paling layak sebab dia pejuang sebenarnya dalam PKR.kalau dia nak kaya dah lama dia buat U Turn dan bergabung dengan musuh2 Anwar menghentam Anwar.Mungkin dah lama azmin jadi menteri.
BalasPadamkajang move jugak membolehkan rakyat kenal apa itu majlis surau alamamak pas...
BalasPadamelok la dari ikut gereja mosabit
Padamorg kristian kata 3 dlm 1 dlm gereja mosabit kata 6 dalam 1:
Padam1. wan azizah wan ibrahim
2. datin azizah
3. jijah
4. wawi
5. presiden pkr
6. bini ketum
6 kalimah syahadah tu
Kalu dh bengap tu elok duduk diam2 la wahai Mosibat...ko ni memalukan kaum gay ko je.
PadamMosibat Mosabit....eluk la tu nama pun mcm sial haram jadah
Syabas PKR, Daulat Tuanku, selamatlah duit rakyat Selangor.
BalasPadamMaka tepatlah sebagaimana titah DYMM Sultan Selangor bahawa baginda dan Selangor tidak memerlukan seorang Menteri Besar yang dikawal dari jauh.Bila masanya dia dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sehingga membuatkan dia nak tarik diri daripada jawatan tersebut?Bila pula ada pertandingan untuk jawatan Menteri Besar Selangor sehingga si SEPAT KERING BERKIPAS CINA DAN BERSARUNG TANGAN nak berlakon jadi baik dengan menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor?Mengapa pula 'PENARIKAN DIRI' hanya dibuat selepas Watikah Istana Selangor untuk Azmin Ali disebarkan? Mengapatidak sebelum? Mengapa perlu menunggu sehingga keputusan tidak akan berpihak kepadanya?Drama-drama bangang seperti ini benar-benarmelucukan. Bukan kerana jalan ceritanya lucu, tetapi kerana perangai pelakon-pelakonnya yang sudah boleh diramal.
BalasPadam...MARI KITA TENGOK....SIAPA YG KENAAAA...
BalasPadamkata hantar 1 nama azizah jer tp nama lain yg naik..
BalasPadamkata x setuju azmin tapi lpas tu sepakat pulak...
ini bukan u turn tp pembohong...
tp kalau nk syok sendiri stetmen mcm tu ok laa...
Tahniah utuk Azmin Ali dan rapatkan semula saf pakatan rakyat.Pas harus sedar Pas tidak kuat di selangor tanpa pakatan Rakyat.Syabas
BalasPadamSekarang masa untuk berkerja bukan untuk berbalah
BalasPadamTiada guna berbalah dalam media sosial Azmin mesti rapatkan semula pimpinan Pakatan Rakyat.
apa tanpa nama 9:27 tu meracau. mesti umno tu kecewa sgt2.
BalasPadampi tidor lah. PR akan bertaut semula, umno akan terus gigit jari kaki dan kepala lutut bersedia utk episod lucah utk azmin pula.
ingat umno ,jgn derhaka dgn pilihan Sultan Selangor. PR berada di belakang Sultan Selangor.
Paslah yg menbantu pkr.tanpa pas, pkr tak jadi apa2 pun. Setakat jadi ngo boleh le.
BalasPadamKalau tak jadi ngo mungkin jadi ngok kut
BalasPadamSyukur selesai. Harap PR kuatkan saf dan buat kerja seadil-adilnya kepada RAKYAT.
BalasPadamSelagi Anwar I masih wujud di bumi ini selagi itu puak UMNO tak sedap duduk macam cacing kerawit.
Harap kesepakatan dalam PR semain kuat. Kalau seorang cakap itu, seorang cakap ini, ISU inilah yang hari-hari kita lihat dalam TV.
Tunggu pru 14 nanti kita tengok siapa hebat.
BalasPadamTghh dan Tgna dah tahu siapa musuh sebenar pas. Pencuri, penyamun, perompak dan ketua penyamun tetap akan di hukum.
BalasPadamPKR ada Prinsip? Menjahanamkan ISLAM dan MELAYU dan berpuak dianggap berprinsip? Menyokong kalimah ALLAH utk digunakan oleh bukan Muslim itu prinsip yg tinggi akhlaq?
BalasPadamLepas ni khazanah Selangor akan diinfaqkan kpd kroni Azmin spt Suhaimi and the gang dan mungkin ANuwar akan selamburger minta dana infaq utk terus melacurkan negeri Sgor. Kesian sungguh rakyat SElangor....kami mahu Khalid Ibrahim kekal atau MB dari PAS tapi PAS sendiri menolak dan belot kpd kehendak rakyat!
Salam. Anon2:04 mohon baca AlQuran sampai habis dan fahamkannya. Ada beberapa ayat Allah swt yang menyatakan berkaitan perkara ini. Walaubagaimanapun PKR prinsipnya memang kurang baik sehingga berlakunya tragedi MB Selangor.
Padamselamat bertugas yab azmin dan kepada dsai dan dswa teruskan perjuangan mulia mu demi rakyat...!!!
BalasPadamPerjuangan mulia....khak ptiihhh
PadamKemelut MB Selangor:-
BalasPadam1. Nik Nazmi/pemuda PKR menghentam Presiden PAS & supaya menarik balik kenyataan.
2. Sikap gelojoh@tamak@ DSAI teserlah& hubungan dengan Istana dingin. Ribuan pengundi bersimpati dengan TSKI.Cuba melantik isteri sendiri?dari Permatang Pauh ke Kajang..cukup dah la kot
3. Muktamar PAS baru2 ini
Pro Ulama' vs Pasma (apa sudah jadi...?)
sudah nampak team2 masing2..
4. Diawal kemelut,di media bekas Exco dari DAP -Dr Teng,menuduh Dr Halimah sengaja melambatkan bantuan kpd sekolah Cina. Apa sudah jadi DAP?
# PRU14 akan menjadi menarik, kerana landskap/iklim politik di Malaysia berubah akibat Kajang Move/TSKI Ibrahim dipecat. Kepada PKR, berjuanglah sekuat manapun, majoroti persepsi rakyat terhadap kamu menjunam.kpd DAP, org melayu (luar bandar&bandar) tetap menolak kamu!..Maaf, ini kenyataan..t.ksh
soroh bodok2 dap pkr pool banyak2 naik la jijah tu sonang yo..
Padamtp aku tabik anwar..punya skill gila nk letakkan azmin kat atas(mb)..main catur 3 tingkat..cosporox pun kalah ooo
nk.letak terang..nnti puak2 umngok kata main bontot la..main bini la..cinta segitiga la..
nuarrrr... wa tabik sama lu...
TSKI(mb lama)...double degree in economic and business admin.
BalasPadam(mmg tepat dan layak)
for pkr's member info..Org yg pro pas lebih suka TSKI..andai. dibuat pool adil..tski ranking dia akan naik no1 or no.2 atleast di'bawah' jijah tu..
Dah sudah baru nak kata korban?
BalasPadamSebelum apa hal? Asyik buat hal!