RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 24 September 2014

KAJANG MOVE - LANGKAH AWAL AZMIN POSITIF

"KAJANG MOVE"  gagal?  Tentunya tidak gagal kerana aku boleh gariskan faktor-faktor mengapa aku sebut Langkah Kajang ini masih releven dan amat penting diteruskan walaupun tanpa Anwar mahu pun Azizah.  Azmin mampu membawa hasrat besar kita agar dapat merealisasikan objektif "Kajang Move".

Objektif paling penting, keluarkan dulu 'ejen amno' di dalam teraju utama Kerajaan PR Selangor.  Maka, Kajang Move berjaya nyahkan TSKI dari Kerusi MB Selangor setelah beliau gagal membela dirinya dari tuduhan yang dihadapkan kepadanya.  

Gagal meletakkan Anwar dan Azizah sebagai MB Selangor untuk terus menekan amno Selangor, tidak bermakna kita berhenti di situ.  Anak didik Anwar dijadikan pemain simpanan tampil menerajui MB Selangor menggantikan TSKI.  Langkah pertama beliau, kaji semula Perjanjian Konsesi Air dan Langat 2 yang ditandatangani oleh TSKI secara kelamkabut dahulu.  Azmin akan semak semula perjanjian ini samada ianya 'ada udang di sebalik batu". 

Bukan itu saja, Azmin akan mengkaji semula projek Lebuhraya Kidex yang telah mendapat bantahan ribuan penduduk sekitar.  Siapa kontraktor yang bakal memperolehi projek lumayan itu?  Benarkah orang itu adalah kroni Tun Daim yang telah menjadi perantara penyelesaian hutang TSKI?  Ini yang Azmin akan teliti dan ini juga merupakan salah satu objektif Kajang Move.  Dan, banyak lagi projek yang dirancang oleh TSKI sebelum ini bakal disemak semula oleh Azmin selaku MB Selangor yang baru.  Tentunya ini akan menggelisahkan beberapa orang yang selama ini cari makan dengan TSKI.

Apakah anda fikir tanpa Kajang Move semua ini boleh dilakukan?  Mustahil, bahkan TSKI terkenal dengan sifat suka berahsia dengan partinya sendiri.  Kali ini kita akan tahu kebenarannya sejauh mana kehebatan TSKI selama ini untuk memenuhkan poket-poket kroni amno.  Tanpa Kajang Move ianya tidak akan boleh berlaku.  

Adanya Kajang Move, kita kenal siapa kawan kita yang paling setia sewaktu kita susah.  Kajang Move juga mendedahkan kepada kita bagaimana rupanya yang dikatakan Sistem Raja Berperlembagaan.  Itu baru sedikit yang dapat dihuraikan.  Selebihnya kita sendiri akan tahu nanti mengapa Anwar mencipta Kajang Move walaupun sekarang ini mereka memperlekehkan Kajang Move. 

17 ulasan:

  1. satu pandangan sisi yg menarik walaupun mungkin ada yg tak bersetuju.. kita lihat gerak kerja seterusnya. Matlamat tetap ialah Putrajaya.

    BalasPadam
  2. tahniah Azmin..from old buddy

    BalasPadam
  3. kajang move haya diperlekehkan oleh umno dan gang UG juga yg sewaktu dengannya....

    ehhhh..hasan jati pun dok sebok mengampu jugakk...kah kah kah kah

    BalasPadam
  4. Baiki ukuwah Pakatan dan semarakkan nilai agama di Selangor.Jadikan Selangor contoh terbaik Kerajaan Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, masih ada yang menghargai penat lelah dan kebolehan DSAI. Tanpa semangat yang ditiupkan DSAI dah lama kita jadi mangsa yang diperhambakan !!!

    BalasPadam
  6. Cukup-cukup laa,...terimalah hakikat bahawa langkah kajang telah gagal. Strategi dah jadi tragedi !

    Hancur !,....disebabkan langkah kajang komponen pr bergaduh besar sesama sendiri. Kredibiliti anwar berkecai ! Perpecahan dalam Pas tak dapat dibendung lagi. Muktamar di Johor menjadi bukti.

    Akuilah hakikat ini walaupun pahit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa bergaduh sesama sendiri?... PKR dan DAP bersetuju dengan pencalunan DSWA (wakil rakyat kajang dari kajang move) dan mereka ada 30 SD.. cuma rumah tangga PAS sahaja yang bergolak dgn ada yg menyokong DSWA dan ada sebaliknya... ayat anta memang popular dijaja untuk menyokongTSKI dalam semua blog dan youtube.. malah lebih malang PAS sendiri ada hasrat untuk bergabung dengan UMNO bersama2 TSKI (bebas) utk mentadbir kerajaan negeri. siapa yang gagal? PAS + UMNO + TSKI... macam2 dituduhnya 2 ADUN PAS oleh parti mereka... PKR dan DAP masih istiqamah dan cool serta tetap hingga akhirnya mencalunkan DSWA mengikut perlembagaan dan undang2 negeri.

      Padam
  7. itu saje hujah anda... tak konkrit langsung.. macam kecewa je bunyinye..

    BalasPadam
  8. Tahniah YB Azmin. PR akan menjadi lebih kuat sekiranya:
    a. Geng-geng UG dalam Pas disingkirkan.
    b. Keputusan yg dibuat oleh YAB MB ( Azmin ) adalah hasil dari keputusan yg telah dipersetujui oleh semua pimpinan tertinggi PR ( jgn bertindak spt TSKI ).

    BalasPadam
  9. Projek Datum Jelatek pun kena tengok..

    BalasPadam
  10. semuga lepas ni Pakatan akan lebih nampak sebagai satu muafakat yang jitu. mengatur langkah seterusnya ke Putra Jaya.

    BalasPadam
  11. butoh lah luuu blogger syok sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...
      relaks.la.. bukan sinang nak wat damage control..atleast aku bg 2.5 bintang(artikel ni)...ok la tu..good job fauzudin..

      cuma benda ni byk yg tersirat bak kata khalid..''drama lawak jenaka la..''..dia mmg dah tau kwn tu ngidam 'mb' dah lama.. dah siap sedia ganti last year kan 'ketua pkr selangor ..kan'..alasan..pasal tau khalid 'sibuk' jd mb kikiki..


      ..punya frust TSKI...tgk muka dia pun tau..air muka dia pun. baik..(byg la aku pun xtergamak nak lanyak dia walau aku geng umngok jugak )








      .

      Padam
  12. pss..pada yg tak.tau...xda '30' adun sokong dia..nipu ja.. rpk ada wat analisis detail...paling kuat pun '25' ja.. yg lagi 5 tu menipu jaaa..
    cuba pikiq betui2 '1' dah tentu kelentong '1' tu azmin la.. (nama dah submit kat pas kan..so dah tinggai 29..pi baca blog rpk la...)

    tak ingat '30' ka dulu tu..mp sabah sarawak..dulu nk lompat masa '16sep move'.. otak2 anwar ja tu..(otak2kan sedap dimakan..)..bila reporter tanya.. we have the number... increasingg... citttt podahhh la..

    BalasPadam
  13. Kau nak suruh rujuj tulusan RPK nacam orang yang cuba minta nasihat rosmah mansur tentang caracara nak kuruskan badan......RPK tu kaki putar belit nombor satu dan sering beruvah pendirian....xontoh karakter beliau umpama: hari ini dia tolong awak yang sedang dupukul orang selaku seorang penegak keadilan...tapi esok mungkin dia belasah awak kerana sebab tertentu....

    BalasPadam
  14. Langkah Kajang memang tragedi yang merugikan Sekangor dalam apa jua situasi menang mahupun kalah.

    BalasPadam