RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 12 Oktober 2014

TAHNIAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN MBPJ - PESTA ARAK TERPAKSA DIBUAT DI TEMPAT TERTUTUP



ARAK adalah minuman yang diharamkan kepada umat Islam samada di tempat tertutup mahupun di tempat terbuka. Bagi umat Islam arak meminum arak berdosa besar sama juga seperti melakukan rasuah samada rasuah berlaku secara terbuka mahupun tertutup.

Kepada ugama lain, mungkin arak dihalalkan oleh mereka dengan syarat-syarat tertentu tetapi aku yakin semua agama menerima bahawa meminum arak merupakan satu perbutan yang amat tidak baik. Banyak keburukan dari kebaikannya, sebab itulah ugama lain juga tidak menggalakkan penganutnya meminum arak.

Isu "Pesta Minum Arak" (OktoberFest) yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini mendapat tentangan dari banyak pihak terutamanya kepada umat Islam. Kita sedar bagi ugama lain bukan baru di negara kita mereka minum arak. Apa yang kita bantah adalah mengapa perlunya berpesta meminum arak di tempat terbuka? 

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor amat peka di atas aktiviti yang tidak sihat ini. Atas arahan MB Selangor, YAB Azmin Ali dan juga dari MBPJ, aktiviti ini hendaklah dilakukan di tempat tertutup, terkawal dan dilarang keras kepada penganut berugama Islam menyertainya. Akhirnya, penganjurnya Carlsberg Malaysia terpaksa memindahkan acara tiga hari tu ke kawasan letak kereta bertingkat, selari dengan arahan Menteri Besar. Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengarahkan acara berkenaan dijalankan di lokasi tertutup. Penganjur turut menegaskan bahawa acara berkenaan "khusus untuk pengguna bukan Islam berusia 18 tahun ke atas".

Sebenarnya gejala ini elok dihentikan di masa-masa akan datang. Tidak perlulah arah diminum secara beramai-ramai dan dijadikan sebagai acara tahunan. Lebih-lebih lagi yang menyedihkan para pemimpin politik atau Wakil Rakyat juga seolah-olah merestui gejala tidak sihat ini. Sepatutnya mereka berkempen untuk menyeru masyarakat agar menjauhi arak. Jadikan larangan itu sebagai larangan kegiatan yang merosakkan moral atau menjejaskan kesihatan sepertimana kegiatan merokok. 

Bagi kita umat Islam, jangan pula menjadikan isu ini untuk menutup punca besar tentang arak di negara kita. Jangan lupa siapa yang merasmikan kilang arak terbesar di Shah Alam dan mengeluarkan lesen arak ini? Kita juga jangan lupa bahawa kita ada masalah yang lebih hebat dari minum arak ini iaitu masalah rasuah di mana umat Islam sendiri banyak yang terlibat bahkan dilakukan oleh pemimpin Melayu Islam di negara kita. Jangan lupa, terdapat dua orang Melayu Islam dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Apakah tiada bantahan dari mana-mana kumpulan atau parti politik tentang ini? 

Bukan kita setuju dengan aktiviti meminum arak, tetapi kita juga patut peka dengan masalah terbesar yang boleh meruntuhkan negara ini iaitu masalah rasuah. Kita mesti lawan aktiviti pesta arak, kita juga mesti aktif menentang perasuah bukan bersekongkol atau cuba berbaik dengan parti yang terkenal dengan amalan rasuah ini.

12 ulasan:

  1. Kerajaan Selangor perlu meneliti peribadi setiap ADUN yang bakal dilantik sebagai Exco kerajaan negeri agar tidak ada yang sedang mabuk atau pening arak dalam membuat keputusan.
    Hak hendak minum arak atau tidak itu hak peribadi tetapi menggalakkan orang lain sama minum tidak boleh diterima sebab dia dipilih oleh rakyat. Rakyat perlu pemimpin yang waras dan berakhlak......

    BalasPadam
  2. pecat aje exco tu.
    Pemimpin tak patut ajak / promosi org minum arak.

    Azmin jgn jadi bodoh nak ikut cakap dap kapir

    BalasPadam
  3. PAS sepatutnya keluar PR kerana beberapa pemimpin PKR dan DAP mempromosi arak di tempat terbuka

    BalasPadam
  4. Semlm pesta arak harini sgor ditimpa musibah. Sungai dicemari minyak tumpah. Pam air ditutup serta merta. Shah alam PJ dll tiada air skrg.

    BalasPadam
  5. Blogger. ..aku proBN n now u hv my respect. Begini la yg kami mahu kalau pemimpin kamu tak betul, jgn takut hentam dan kritik. Jgn jadi mcm pecacai taik kucing angguk saja apa pemimpin kamu katakan.

    BalasPadam
  6. UMNO PERKASA pergi bantah pesta yg sama di negeri BN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aloooooooo pas...bila mau kasi hantam itu kilang arak besar wohhh. Bukan satu..ada 2 besar punya woooohhh..itu kilang punya cukai pintu sama cukai tanah kasi byr lu olang punya gaji wohhhh

      Padam
  7. Nampak sangat pemilik blog ini ahli totok PKR hinggakan tak nampak yang betul dan salah. Pertama,. exco Selangor sendiri jadi juara pesta arak; mereka sewenang2 dan secara terbuka mencabar kuasa MB sendiri. Kedua, tempat letak kereta itu bukan tempat tertutp seperti didakwa. Hanya kerana mahu sokongan bukan-melayu dan bukan-islam kerajaan PKR Selangor tidak kisah langsung sensitiviti orang Melayu dan Islam. Mana dia suara2 pemimpin2 Melayu PKR seperti Zuraidah, Saifuddin dan Rafizi? Atau mereka pun sama2 Yamseng?

    BalasPadam
  8. Tahniah...PKR dan DAP terpilih jadi Duta Carlsberg.

    BalasPadam
  9. Rasanya exco-exco dan adun-adun tu bukan kali pertama langgah arak di khalayak ramai... cuma ini jadi sensasi sebab mahu bikin Selangor panas.

    Cuma aku pelik ada pemimpin PAS dok bising-bising di Selangor... kenapa masa mereka perintah Kedah depa tak buat sesuatu untuk mengawal penjualan bir dan arak di pasaraya-pasaraya di sana. Kenapa tak disarankan agar dibuat kaunter khas jualan minuman keras agar pekerja Islam tidak terlibat langsung dalam proses jualan minuman itu?

    Jadi wajarnya semua diam sahaja.... itu lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangang lu lohh....jual di pasaraya ngak sama dgn pesta minum bir. Lagi gmbr minum bir kasi sebar dlm FB kasi org tgk. Bangang lu 10 13

      Padam
  10. menteri pelancong dan anaknya nedim gelak je tgk korang bergaduh,diorang makan komisen arak x abis2....

    kes pengarah kastam kantoi krn rekod arak masuk x peduli....alih brg kes dijual semula pd pesta tu

    cerdikkan nedim...korang jgk bodoh berguni2

    BalasPadam