RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 18 November 2014

BERI PELUANG KEPADA AZMIN, TIDAK PERLU PANDANG NEGATIF

SEJAK awal lagi aku pernah sebut, aku bukanlah penyokong tegar Azmin Ali terutamanya sewaktu di dalam pemilihan parti baru-baru ini.  Sudah menjadi amalan biasa, setiap kali ada pemilihan tentulah calon-calon yang bertanding akan mempunyai penyokong masing-masing dan aku percaya jika Anwar bertanding sebagai Presiden pun satu hari nanti, pasti ada ahli-ahli yang menyokong calon lain selain dari Anwar.

Azmin berjaya mendapat mandat parti
 Apabila pemilihan di dalam parti selesai meskipun terdapat beberapa isu yang masih belum selesai terutamanya berkaitan beberapa laporan terhadap calon-calon yang bertanding, parti setakat ini mengiktiraf Azmin adalah pemenang jawatan Timbalan Presiden, manakala TSKI pula dipecat atas sebab disiplin yang beliau sendiri gagal membela dirinya.  Kita jangan lupa, aduan yang dikemukakan kepada JPP dan Jawatankuasa Displin parti bukan saja terhadap Azmin, tetapi terdapat juga aduan terhadap TSKI.  Soal pemilihan ini pun aku telah tulis sebelum ini bahawa JPP dan Jawatankuasa wajib menyiasatnya secara adil dan berani dan umumkan secara terbuka hasil siasatan samada ada kes atau tidak.  Selagi tidak diumum, selagi itulah persepsi tetap bermain dan ini menjejaskan imej parti.


Begitu juga, apabila parti mencalonkan Azizah, Presiden PKR sebagai calon MB Selangor dan turut disokong oleh rakan kita DAP, maka sebagai ahli aku rasa wajar beri sokongan kepada calon pilihan parti bukan calon pilihan Anwar.  Sepanjang tempoh krisis MB Selangor, tentunya sebagai ahli kita komited untuk menentukan Azizah diterima sebagai MB Selangor.  Kita sokong Azizah bukan kerana Anwar atau Azizah secara peribadi tetapi kerana itu keputusan parti.  Kita sedar tidak semua yang setuju dengan Azizah sebagai calon MB Selangor, tetapi itu keputusan parti secara konsensus.

Takdir menentukan bukan Azizah sebagai MB Selangor.  Ini di luar bidangkuasa parti.  Sikap tanggungjawab parti yang tidak terperangkap dengan percaturan untuk melagakan parti dengan pihak Istana, maka parti bertindak bijak dengan akur terhadap pilihan Tuanku.  Azizah dan Anwar serta pimpinan faham benar perangkap ini, maka parti membuat keputusan memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin.   Tidak mungkin Anwar dan para penyokong parti akan berguling-guling di jalanraya seperti beberapa lebai di Perak dahulu sewaktu ingin mempertahankan Nizar.  Parti bertindak bijak mengalah dengan Istana kerana Azmin juga salah seorang pemimpin besar di dalam parti.  Azmin adalah Timbalan Presiden PKR dan beliau juga adalah Pengerusi PKR Negeri Selangor.  


Sekali lagi, suka atau tidak, setuju atau tidak, sebagai ahli parti aku akur dengan keputusan parti secara jemaah ini.  Bukan kehendak Azmin, bukan kehendak Anwar atau Azizah, tetapi itu kehendak parti yang berikan mandat setelah Istana mahukan Azmin sebagai MB Selangor.  Ada yang mendakwa Azmin telah melobi untuk jawatan ini, namun bagi aku tidak perlu kita memperlekehkan kuasa Tuanku.  Jika Tuanku tidak terima Azmin, lobi lah sekuat mana pun.  Jika benar Azmin punyai kuasa atau pengaruh besar untuk melobi, aku rasa selepas PRU 13 yang lalu TSKI bukan lagi MB Selangor.  Lojiknya tentulah Azmin.  Terdapat juga cerita bahawa lebih kurang 5 Adun yang menyokong Azizah awalnya telah mengubah sokongan terhadap Azmin dan ini menyebabkan Tuanku memilih Azmin.  Namun cerita tinggal cerita.  Setakat ini tiada seorang pun boleh membuktikannya dan Tuanku juga tidak pernah menyatakan sedemikian.  



Azmin kini adalah MB Selangor.  Samada dia mampu setanding dengan TSKI atau lebih dari beliau, biarlah masa menentukannya.  Rakyat Selangor sebenarnya tidak memilih siapa MB Selangor atau dari parti mana asalkan rakyat terbela di Selangor.  Jika Azmin gagal memenuhi impian mereka, bukan bererti itu hanya kegagalan Azmin seorang tetapi itu adalah juga kegagalan parti.  Jika Azmin berjaya menarik perhatian dan sokongan rakyat Selangor, itu juga akan membantu menaikkan imej parti.  Ertikata lain, selaku MB tidak boleh lari dari membawa imej parti.  Sebab itulah TSKI sering ditegur oleh Anwar sejak awal beliau menyambung tugas sebagai MB Selangor dulu.  Anwar mahu TSKI menjadi MB yang baik, komited dan berdisplin bukan sahaja sebagai pentadbir negeri tetapi juga sebagai pemimpin di dalam parti.  TSKI gagal sebagai pemimpin parti atau menjadi ahli parti yang komited.

Setakat ini, Alhamdulillah, Azmin cuba menjiwai sebagai seorang pentadbir dan ahli politik yang baik.  Maka, peluang ini harus kita berikan kepada Azmin untuk buktikan bahawa untuk menjadi MB yang baik tidak perlu kita lupakan parti kita yang menaikkan kita.  Komited terhadap tanggungjawab kepada rakyat dan negeri, komitmen juga perlu kuat kepada parti.  

Aku lihat ada banyak juga yang mempersendakan Azmin yang kerap turun ke padang merentasi sawah, belukar, longkang dan sebagainya.  Memang itu bukan tugas resmi atau tugas harian beliau sebagai MB.  Tetapi sebagai amaran atau sindiran kepada kakitangan majlis bandaran dan juga kepada Exco-Exco yang berkaitan, maka tindakan Azmin itu patut kita lihat secara positif.  Aku pun tidak setuju cara Azmin itu dikekalkan berterusan kerana ini akan menjatuhkan imej pegawai-pegawai bawahannya yang seolah-olah tidak tahu bekerja.  Azmin perlu mulakan di peringkat awal, selepas itu azmin harus memantau prestasi para Exconya dan pegawai-pegawai yang berkenaan agar terus bekerja demi rakyat.

Berilah peluang kepada Azmin untuk menunjukkan prestasinya samada Selangor boleh dibangunkan sejajar dengan dasar Pakatan Rakyat.  Jika Azmin gagal, maka gagallah parti dan lebih kita bimbang pihak Istana akan dituduh sebagai salah memilih calon.  Semoga ini tidak berlaku demi rakyat Selangor.

23 ulasan:

  1. Aku pun sama mcm ko. Bkn penyokong azmin. Tpi bagi dia peluang utk buktikan dia layak jadi mb. Takan dlm sebln kita harap dia dpt selesai semua masaalah?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Punca kejatuhan sgor kpd UMNO dlm pru14 nanti adalah sbb MB baru ini tidak berwibawa. Dia hanya gila glamer

      Padam
  2. Org baru masuk kerja pun ada probation 3-6 bulan inikan pulak MB. Kita tengok jelah sejauh mana prestasi dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu kerja cuma tau terjah, mengecat dan menyembur, lepas 6 bulan pun tak boleh confirm jawatan. Kerja MB bukan masuk tong sampah sampai 80% drp tugas

      Padam
  3. Tak apa lah anggap ni sebagai hukuman jadi mb baru kerana tendang keluar Khalid Ibrahim dari mb slgor oleh gang anwar, fizi & co. lpas ni msuk lubang jamban pulak ye min.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samada dia masuk lubang jamban atau Anwar. Tp rasa nya yg no 2 tu.

      Padam
  4. Azmin byk buat kerja setaraf ketua kampong aja. Dia bukan pentadbir negeri yg baik. Sy tak nampak ciri2 pmpn azmin dpt majukan ekonomi Selangor. Nasib baik Khalid tinggalkan 3 billion, klu tak, tak tau mana dia nak cekau duit majukan sgor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duit rakyat Rm3 billion tu pun tak lama lg abis la. Nk byr lawyer Anwar dgn kos tadbir operasi jentera dan pejabat PKR seluruh negara. Kalau Anwar lps bebas nnt lg terok laa. ..nk byr kos dia keluar negara burukkan Malaysia.

      Padam
  5. Org2 yg komen negatif kat azmin ni..dengki dan bukan warga slangor pun...kami tinggal di kajang nampak bnyk perubahan sejak azmin jadi mb...jln2 kat kg sg. Balak..jln besar ke saujana prima yg brtahun2 dulu brlubang..semua telah di turap baru..bagus yb azmin..mudah2an. Allah melindungi yb & kluarga dari org2 yg brhasad dengki semua..saya nampak perubahan ke arah kebaikan di selangor di dpn mata sendiri..oleh tu jgn lah kamu semua suka buat fitnah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jln ditar semula bkn sbb Azmin jd MB...ianya ditar semula sbb dah smpai masa. Sbb org komplen kat MPKj. Jln dah teruk sgt. Ni nk tgk mcm mana Azmin nk selesai masalah banjir pulak.

      Padam
  6. 7;33..jgn dengki lah..masa tski..simpan duit sampai 3 bilion pun buat apa..mpkj pun tak dpt duit nak baiki jalan..bagus azmin..jgn di layan manusia macai umnu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh betul 8.26. Aku ckp yg betul..turun naik MPKj aku komplen. Dana kewangan majlis mmg ada tp asyik nk tangguh kerja. Bodoh 8.26 aku mmg undi Zizah tau tak. Ni tak ada kena mengena dgn umnogok.

      Bodoh betul 8.26

      Padam
  7. 9:18 hanya org bodoh yg suka maki org bodoh...makna nya kamu lah yg bodoh..tu lah tak pasal2 dah jadi org bodoh..kesian 9:18

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9.52 hang bilang 9.18 bodoh makna nya hang la bodoh. .mmg bodoh hang ni. Aku taknak kesian kat hang. ..mmg padan muka hang bodoh

      Padam
    2. 10:09 awak pun dah jadi sama bodoh mcm 9:52 & 9:18 sebab padan kat depa bodoh...at last 10:09 yg trbodoh diantara yg bodoh...haha...kelakar lah..si bodoh membodohkn si bodoh

      Padam
    3. Kpd 10.29 PTG. Kamu tu sebenarnya adalah org yg sama dhn 9.52PTG. Ingat kami taktau. Maknanya kamu mengaku diri kamu bodoh lah ya.

      Padam
  8. SAMA2 PUAK DIA PUN NAK BERGADUH...NI MACAI PKR LOW CLASS TAHAP COW DUNG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyer lah 10:20 selalu nengok puak umngok mcm tu..kan dah terikut2 gak.

      Padam
    2. Salahl tu TN 10.48ptg. Bkn terikut tp mmg sikap semula jadi spesis aljuburi yg suka salahkan dan fitnah org lain..

      Padam
  9. YG LAIN JGN MASOK CAMPOR. KITA TGK JE PUAK PKR BERGULING GADUH SAMA2 DIA ORG. KAH KAH KAH. ...

    BalasPadam
  10. Tak nampak pun mcm pkr yg brgaduh brguling kat sini..tapi yg nyata puak umnu yg meroyan..menyamar sesama sendiri komen kunun nya org pkr..dah masak sgt cybertroopers macai umnu berbayar nih..low class cari mkn cara ni..syabas azmin..syabas pr..umnu jgn mimpi dpt balik slngor

    BalasPadam
  11. Sudah-sudah la kamu caci maki sesama kamu. Manusia memang dianugerahkan sifat kebodohan dan kecerdikan. Tiada manusia yang cerdik dan bodoh seratus peratus. Biarkan Azmin buat kerja dia jangan diganggu. Kita tak rugi apa-apa pun. Kalau nak berposting biar la perkara yang membina jangan la diumumkan sifat-sifat kita disini.

    BalasPadam