RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 21 November 2014

SOKONG AZIZAH BUKAN SATU ARAHAN?

BENARKAH Surat Akuan Sumpah yang ditandatangani oleh 13 Adun dari PKR untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor dulu merupakan satu "arahan' dari parti?  Apakah juga Akuan Sumpah dari 15 Adun DAP untuk menyokong Wan Azizah juga merupakan satu 'arahan' dari DAP?  Manakala dua lagi Adun dari PAS yang turut sama menyokong Azizah hanyalah secara sekarela?

Aku timbulkan isu ini kerana ada dakwaan bahawa beberapa Adun telah melanggar "arahan" parti apabila menarik balik Akuan Sumpah kepada Azizah dan menyokong Azmin.  Aku dari awal lagi yakin apa yang berlaku adalah Mesyuarat MPP dan Biro Politik PKR sendiri buat keputusan untuk hanya mencalonkan Azizah sebagai MB Selangor.  Di dalam mesyuarat tersebut, Azmin juga turut hadir dan mungkin lebih faham samada pencalonan Azizah itu dibuat secara "paksa" dan sokongan juga di"paksa" kepada semua Adun PKR.  Ertikata lain, semua yang hadir di dalam mesyuarat berkenaan tentu tahu samada menyokong Azizah itu merupakan satu arahan parti atau sekadar parti membuat keputusan mencalonkan beliau tanpa mengarahkan mana-mana Adun untuk menyokong atau tidak.

Tentu Minit Mesyuarat ada rekod samada ianya merupakan satu arahan atau tidak.  Aku lebih berpegang kepada pendapat bahawa 13 Adun PKR itu menyokong Azizah dan menandatangani Aku Sumpah itu atas dasar bersetuju dan bersolidariti dengan pencalonan oleh parti.  Mereka hanya mahu tunjukkan bahawa PKR termasuk semua Adun sebulat suara menyokong Azizah, iaitu Presiden mereka untuk menjadi MB Selangor.  Ertikata lain, aku percaya tiada arahan resmi dari parti untuk menyokong Azizah.

Tentang sokongan kesemua Adun DAP juga begitu di mana aku yakin tiada arahan resmi dari PR agar kesemua Adun PR mesti menyokong Azizah dan menandatangani Akuan Sumpah.  Apa yang terjadi adalah sokongan jitu atas dasar bekerjasama untuk memberikan sokongan.  Sebab itu lah PAS waktu itu masih tidak membuat sebarang keputusan kerana tiada arahan resmi dari PR untuk menyokong Azizah.  Dua Adun PAS yang menyokong Azizah dan menandatangani Akuan Sumpah itu hanya bertindak secara peribadi sejajar dengan konsep Tahalluf Siyasi yang diperjuangkan oleh PAS iaitu mengutamakan rakan sendiri dari calon Bebas.

Jika tidak berlaku arahan, maka tidak benarlah dakwaan bahawa Dr Xavier dan beberapa Adun itu telah melanggar arahan, jika benar cerita itu.  Khabarnya ada lima Adun yang beralih sokongan kepada Azmin, tetapi setakat hari ini aku hanya dapat melihat satu bukti berkaitan Dr Xavier.  Bukti yang ditunjukkan dan kini hangat dibahaskan di dalam FB dan blog adalah surat yang kononnya ditandatangani oleh Dr Xavier itu, betul atau palsu?  Terdapat bukti yang dipamirkan di media sosial bahawa adanya keraguan terhadap tandatangan Dr Xavier.  
 
Dua tandatangan yang berbeza

Aku tidak mahu ulas mana satu tandatangan Dr Xavier yang betul dan palsu.  Aku cuma ingin katakan andainya memang benar Dr Xavier dan beberapa Adun PKR itu mengalih sokongan dari Azizah kepada Azmin, adakah itu melanggar arahan parti?  Jika tiada arahan ertinya Dr Xavier dan beberapa Adun itu tidak bersalah.  

Oleh itu, sebelum pergi lebih jauh, kena buktikan dulu bahawa terdapat "arahan" sokong Azizah samada secara bertulis mahupun di dalam Minit Mesyuarat.  Jika benar ada, maka wajarlah tindakan diambil kepada yang melanggar asrahan parti walaupun aku tidak setuju dengan kaedah paksaan untuk menyokong seseorang.  Harap-harap tidak begitu.

6 ulasan:

  1. putar din jgn tak putar. kalau kena kat geng mcm2 cara kau putar.............mmg putar alam !

    BalasPadam
  2. Ini la kerja puak2 PKR. Tak abis2 nk timbulkan isu. Keje nya tidak....

    BalasPadam
  3. Blog ni lemau la...takde isu lain ke.

    BalasPadam
  4. Oiii DIN, AKU NAK MINTAK TOLONG BOLE KE?

    TOLONG KIRAKAN JAWAPAN SOALAN MATEMATIK DARJAH 3 ANAK AKU NIH.....

    HARGA MINYAK DUNIA TERKINI 1 BARREL = $75.58 ATAU RM253.44. 1 BARREL = 159 LITER

    SOALANNYA, BERAPAKAH HARGA MINYAK DUNIA YANG SEPATUTNYA DIBAYAR OLEH ORANG RAMAI JIKA MEREKA MEMBELI 1 LITER MINYAK? [5 MARKAH]

    A. RM 2.55
    B. RM 2.30
    C. RM 1.56
    D. RM 1.39

    JAWAPAN: ...................

    BalasPadam
  5. 3:18 jwpannya..kepala hotak engkau.. 8:14 .8:18 & smua komen bodoh kat atas ni dari satu mahluk macai umnu yg mmg tak der krje lain..kejenya komen bodoh..yg kunun nya ramai sgt lah penyokongnys..ckup lah macai..meluat dgn komen bangang kau...jgn mimpi lah nak slngor

    BalasPadam