RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 22 Ogos 2015

APA ITU DEIG ? AZMIN BETUL ATAU SALAH?

BANYAK perbahasan pro dan kontranya di dalam isu DEIG yang cuba diwujudkan oleh Kerajaan PR Selangor di bawah MB. Azmin Ali.  Isu ini masih hangat diperbahaskan di dalam Dun Selangor.  Aku tabik dengan beberapa Adun dari PR yang mampu berdiri dan berhujah secara kritikal di dalam Dun bagi mendapatkan penjelasan dari MB.

Ertinya, di Dun Selangor kesemua Adun berhak mengeluarkan suara termasuk mantan MB Selangor, TSKI.  Adun-adun dari Dap juga lantang bersuara.  Tabik juga buat MB yang tidak lari dari menjawab persoalan. 

Di bawah ini, boleh kita kongsikan serba sedikit berkaitan isu ini;  (Untuk ikuti lebih lanjut, klik saja sini --->  http://tv.selangorku.com/79504/rakaman-penuh-jawapan-mb-berhubung-isu-deig/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP BERHAD (DEIG)

DEIG adalah milikan penuh (100%) oleh MBI dan mempunyai modal berbayar sejumlah RM10 juta. Carian terkini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuktikan fakta ini.

Dari segi operasi,DEIG akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI serta disokong oleh golongan professional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik.

Asas Penubuhan

MBI tidak pernah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri melalui dividen.

Ini disebabkan 12 kumpulan anak syarikat milik MBI menguruskan sendiri portfolio bisnes mereka serta dibebani dengan legasi masing- masing.

Justeru itu, aset-aset milik MBI harus dirasionalisasi dan konsolidasi untuk mengelakkan pertindihan serta untuk mendapat pulangan hasil yang baik.

Sebelum ini, MBI bertindak sebagai pentadbir dan pengurus pelaburan untuk membuat keuntungan serta melaksanakan aktiviti CSR.

Sehubungan dengan itu, aktiviti anak syarikat harus mempunyai pengkhususan (core business).
Contoh : Yayasan Selangor bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan bagi anak-anak Selangor. Tetapi ia juga menjalankan aktiviti bisnes pelaburan hartanah untuk menanggung kos bagi melaksanakan objektif utama untuk menyediakan pendidikan. Ini menyebabkan Yayasan Selangor telah lari daripada tujuan asal penubuhan.

Inilah yang berlaku di dalam MBI di mana pertindihan core business berlaku di antara anak syarikat. Ada anak syarikat melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan dan tanggungjawab sosial mengakibatkan fokus yang tidak tetap.

Tahap Akauntabiliti Tinggi

PAC dan Jawatankuasa Pilihan ABAS (Anak Syarikat Kerajaan Negeri) mempunyai akses untuk meneliti pengurusan dan kewangan DEIG sepertimana anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain.

Laporan kewangan DEIG akan dikonsolidasikan diperingkat MBI. Maksudnya segala perincian kewangan di peringkat DEIG akan direkod doperingkat MBI melalui kaedah ‘Consolidated Account’.
Contoh : Sekiranya DEIG mempunyai 1,000 ekar tanah, ia akan direkod di Consolidated Account MBI.

10. DEIG didaftarakan mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 169, Sub Seksyen 1 Akta berkenaan mewajibkan penyata kewangan DEIG diaudit dan dibentangkan kepada pemegang saham serta dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat setiap tahun. Orang awam boleh melihat perincian laporan kewangan berkenaan menerusi laman web SSM.

11.Diperingkat MBI, Enakmen No. 3 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 1994 akan ditambah baik untuk memastikan segala laporan kewangan termasuk DEIG yang telah dikonsolidasikan di peringkat MBI akan dibentang di Dewan.

12.Demi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban, segala keputusan komersil dan pelaburan DEIG akan ditentukan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemilihan, Tender, Audit dan Pelaburan.

13.DEIG akan mempunyai struktur tatakelola dan “check and balance” yang menurut best practice industri korporat.

14.Kerajaan Negeri akan memastikan DEIG ditadbir menurut ketelusan, tatakelola korporat, akauntabiliti dan kawalan dalaman yang ketat. Pengurusan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor akan subscribe to the highest form of governance.

Falsafah Kerajaan

15.Falsafah yang menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam bisnes tidak boleh digunapakai sepenuhnya. Kerajaan harus juga melibatkan diri dalam bidang-bidang strategik seperti perumahan mampu milik, kesihatan awam, pembekalan air bersih dan sebagainya.

16.Kerajaan Negeri akan fokus untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk bisnes.

17.Kerajaan Negeri juga akan memastikan keadilan dalam pengagihan menerusi program-program keadilan sosial seperti (perumahan, pendidikan dsb). 18.Kerajaan Negeri akan memastikan tiada lagi perjanjian yang berat sebelah dan tidak memberi keuntungan setimpal untuk anak syarikat milik Kerajaan Negeri.

14 ulasan:

  1. Tinggalkan DAP Kerana Strategi DAP Kuasai PKR/PAS -Shen Yee Aun (SYA)

    Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) (gambar di sebelah) mendedahkan bagaimana strategi licik DAP menguasai PKR dan PAS sebagai modus operandi untuk memecahkan undi Melayu/Islam di Malaysia.
    Menurutnya, dengan perpecahan undi Melayu/Islam kepada UMNO, PAS, PKR dan parti Islam baharu, ia bakal menguntungkan DAP sebagai ‘King Maker’ politik di negara ini.
    SYA adalah bekas Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.

    Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS
    1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan protes membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protes yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
    2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB (Selangor) dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab.
    3. Kekayaan, kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.
    4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang, Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya, Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka.
    5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggulingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya, rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingkirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu.
    6. Namun begitu, LGE dan DAP bukanlah calang – calang orang. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjudian yang mudah. Oleh itu, semasa kempen dan pemilihan PAS, LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan Lim Guan Eng (LGE) dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin – pemimpin tajaan DAP.
    7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang. Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini, DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang.
    8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sembang...skrg melayu berkuasa buat apa? masuk tembolok sendiri..puiiit..

      Padam
    2. Melayu UMNO sokong kroni sahaja.

      Padam
  2. Yannei dei thamby cit cit poooraaah !........... kami dari parti Ameena Curry son of MIC, anak saudara of PPP and kawan punya kawan punya saudara of IPF sanggup menjadi macai dan balaci Dap. Oleh itu restu dpd tuan guru LKS dan LGE sangat kami cari2 dan kami sanggup membuat fitnah dan tohmahan demi survival politik kami dan sekiranya kami disaman kami akan pohon maaf utk selesaikan masalah sbgmana yg dilakukan oleh mentor kami Saifuddin Nasution.......Dusyum ! Dusyum ! PKR Parti Kelentong Rakyat = GHB Geng Hipokrit Barua = sama2 Kaki Auta !

    BalasPadam
  3. SETELAH MEMBACA DIEG DI LAMAN WEB SRLANGORKU, DIEG MESTI DITERUSKAN.

    SYABAS AZMIN.

    BalasPadam
  4. Pencacai macai dan balaci Dap detected ............... kalau dah walaun tetap walaun ............ wala' jgn tak wala' !

    BalasPadam
  5. RM3 billion wsng dan harta rakyat Selangor bakal ghaib...apa nk jadi woiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakal ghaib.... dengan yang sudah ghaib RM2.6 billion.... makna yang amat berbeza.

      Padam
  6. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    2. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    3. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    7. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. kih kih kih...

      kau jugak perlu memerhatikan sama barisan penerima elaun...

      Padam
  7. Mana cadangan drpd dap? Dan pas?

    Tido ker.... atau .. bodoh sembap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pun PRU14 aku tak pangkah dah PAS yang khianat Pakatan Rakyat.

      Padam
  8. Semuanya statement 'akan'... maknanya jika isu deig tak didedah oleh musuh azmin sendiri maka deig akan kekal dgn agenda sebenarnya...
    Apa agenda sebenar?
    Deig wujud sbg tabung utk persediaan azmin menjadi PM... sbb tu dia bergerak sgt under ground sebelum ini hingga lah ia dapat dihidu... 7.65 bil yg lesap juga hari ni dah beranak menjadi aset yg bernilai 30 bil dan semuanya ada dlm deig... cerita di atas sekadar auta pusingan roundabout nk tutup kejahatan azmin... Kalau benar azmin ikhlas, dari awai lg azmin akan letakkan deig di bawah MBI, bukan baru skang... kenapa sebelum ni azmin letakkan ia bukan hanya di atas mbi, tp di luar dari perkaitan kjaan negeri? Bukankah di bawah mbi sendiri sudah ada 74 anak syarikat? Kalau setakat nk urus pelaburan, 1 drpd 74 pun boleh amik peranan... lainlah kalau melabur dlm bidang baru yg langsung x de kaitan dgn mana2 anak syarikat... logik la juga nk buka company baru yg khusus...

    BalasPadam
  9. Kecewa , kecewa dan terus kecewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam