RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 27 Ogos 2015

KEADILAN TERLALU 'COOL' SEHINGGA AHLI NAIK MELUAT

MEMILIH kawan yang betul adalah dengan memilih kawan yang sanggup susah dan senang bersama.  Pilihlah kawan yang sanggup berkongsi masalah bersama, sanggup berbincang jika berlaku perselisihan.  

Begitu juga jika mahu memilih rakan di dalam parti politik.  Seandainya KEADILAN terpaksa memilih antara satu samada GHB atau Pas, atau terpaksa memilih samada Pas atau Dap, maka itulah ukurannya untuk KEADILAN membuat pilihan.  Siapa yang terbukti sanggup susah dan senang bersama?  Siapa di antara rakan itu sering menunjukkan keras kepala, ego dan bongkak, elok tinggalkan saja.

Tidak guna KEADILAN terus berbaik sangka sehingga kaduk naik junjung.  Cuba tengok orang lain, mereka pantang kalau 'ayah' mereka dilekehkan sehingga sanggup berputus arang.  Tapi KEADILAN 'cool' bila 'ibu' nya dilekehkan.  Bahkan, 'anak-anak' dituduh sebagai pengedar pil kuda pun KEADILAN boleh cool.  Mana bukti dan saksi?  Sampai sekarang tiada, tapi imej KEADILAN sudah terjejas akibat tuduhan ini.  KEADILAN masih 'cool'.

KEADILAN kena tahu, ada kawan kita yang telah merasa dia kuat. Mereka mahu 'buli' KEADILAN semahu-mahunya.  Kita memang tidak sekuat mereka tapi kita ada maruah.  Jangan berlembut sehingga ahli-ahli naik bosan dan jijik dengan cara kita.

13 ulasan:

  1. semua kerana bila ulamak bukan ulamak
    bila ustaz bukan ustaz

    BalasPadam
  2. Klu nak menang kena berani berubah.
    Sekarang semua sudah berubah.
    Berubah menuju kebaikan.

    BalasPadam
  3. Jangan ikut pas
    Pas dah kaya-raya
    Dah ada range rover
    Dah ada banglo2
    Sbb tu tak nak pergi bersih 4.00
    Geli dah duduk atas rumput dataran merdeka

    BalasPadam
  4. aku rasa GHB saja harapan Islam dan boleh dipercayai. pkr terlalu banyak isu dalaman. azmin pun dah jadi spt kahlid.

    knp ahli pas masih lg dlm pentadbiran?

    pas parti khianat munafiq. dah letak calon dikerusi pkr pru lepas, la ni minta pkr jgn letak calon bertindih.

    pkr jgn percaya pas skrg. pas parti penipu.

    BalasPadam
  5. Tunggulah bila dkt pilihanraya nnti..bila pas buat perangai bodoh lg..pasti mereka akan d tendang dr pakatan ini..

    BalasPadam
  6. Memang betul ahli-ahli bawah pkr daah meluat dgn pemimpin2 keadilan, di wilayah dan selangor ramai ahli2 dah merungut, jangan terkejut ahli2 PKR dah isi borang GHB /PAR..Pemimpin2 GHB menunjukkan mesra ahli/rakyat bekerja kuat tak macam pemimpin keadalan hanya memikirkan Jawatan terutama di Selangor takut nak bertindak...jgn terkejut PR14 PKR jadi parti melukut di tepi gantang...PR2.0 hanya Parti amanah rakyat dan DAP sahaja pilihan rakyat..Ini serious...tak percaya pergi check banyak DUN2 pkr/dan parlimen di wilayah...tanya ahli2 semuanya dah meluat sangat...ahli-ahli biasa tak dihirau langsung mana ada activity2 utk ahli2..

    BalasPadam
  7. Putus dgn pas sekarang juga !!!!

    Naikkan pondok pakatan 2.0 di semua kawasan pas !!!

    Apa yg kami kata sebelum ini semua benar

    BalasPadam
  8. Keadilan cool pasal keadilan masih belum ada peluru untuk dijadikan fitnah, pilih kawan yang suka tikam kawan itu adalah prinsip keadilan, buat fitnah bila kena saman mintak maaf, itula prinsip keadilan.

    Keadilan merasakan mereka difitnah dengan pil kuda, entah siapa yang dimaksudkan tiba-tiba muncul susuk tubuh yang kurang cool terasa pedas dan marah,apabila seseorang itu terasa pedas apakah tandanya?

    Saman dulu, mana tahu ada untung nanti, tiba-tiba je mamat ni mengaku difitnah pil kuda. Apabila dibicarakan dimahkamah berlaku sebaliknya, ingatkan yang dituduh membuat fitnah terpaksa membayar saman malu kepada mamat yang mengaku difitnah, rupa-rupanya mamat ni pulak yang terpaksa bayar kos guaman kepada pembuat fitnah.

    Apakah ini kesilapan mahkamah atau keadilan yang terlalu cool sehingga terpaksa membayar kos guaman kepada pemfitnah?

    BalasPadam
  9. Hahaha politik kalau tidak berasaskan Rukun Islam dan Rukun Islam inilah padahnya hancur kerana mereka nampak dunia sahaja dan tidak nampah akhirat. wahai orang beriman berpegang teguhlah kamu kepada perkara ghaib kerana itu itulah dasar Isalm. Syabar PAS kerana masih bertahan dengan Islam

    BalasPadam
  10. Keadilan perlu lebih bijaksana kalau mahu terus bertahan dan tidak dimamah usia tetapi kalau melihat kesungguhan yang ada pada ahli dan kepimpinan keadialn boleh bertahan lama.

    BalasPadam