RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 9 September 2015

POLL - 48 % DARI 1, 024 PEMILIH MAHU PARTI BARU GANTI PAS

Poll berakhir 09 Sept 15 Jam 09.30 AM
ADA di antara kita sedia maklum, apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat iaitu perpecahan terutamanya di antara Pas dan Dap bukan kerana isu Hudud pun.  Perpecahan juga bukan bermula dari "Kajang Move".  Kalau ada hujah yang menyatakan sedemikian, tentulah mereka sengaja untuk melindungi kelemahan pihak mereka dengan menyalahkan pihak lain.

Apakah tertubuhnya kumpulan serpihan Pas iaitu dari G18, kemudiannya GHB dan akhirnya menjadi Parti Amanah Negara itu juga berpunca dari Hudud atau Kajang Move?  

Banyak pandangan berkaitan perkara ini.   Ada yang berkata, Hudud asdalah salah satu agenda Pas semenjak Pas ditubuhkan tahun 1951.  Dap sudah kenali Pas lama semenjak Dap tertubuh dan Dap bukan tidak tahu Pas mempunyai agenda Hudud.  Pas juga kenal Dap bukan sebelum muktamar baru-baru ini, tetapi begitu lama dan Pas tahu benar Dap memang tidak setuju dengan Hudud.  Waktu itu, berkali-kali pemimpin Pas menyatakan tidak salah pemimpin Dap tidak bersetuju dengan Hudud.

Sejarah pernah dicipta di mana parti yang mempunyai agenda Hudud ini boleh berganding bahu dengan parti yang sering dilabel sebagai parti kaum Cina yang rasis bahkan ada yang mengelarnya parti komunis, iaitu Dap.  Mereka bersatu bersama KEADILAN demi untuk melawan regim pemerintah yang zalim.  Siapa boleh nafikan ini semua atas kebijaksanaan Anwar Ibrahim yang kini terpenjara?  Siapa juga boleh sangkal ini semua kerana rahmat dan berkat serta berhikmahnya kepimpinan Mursyidul Am Pas waktu itu, Almarhum Tok Guru Nik Aziz?  Warisan kepimpinan Almarhum Ustaz Fafzil Noor, Presiden Pas sebelum Hj Hadi juga banyak memainkan peranan penyatuan ini.  Ertinya, waktu itu Pas tetap mahu Hudud dan Dap tetap tidak bersetuju dengan Hudud, namun kedua-duanya boleh bersatu.  Ajaib bukan?  

Tidak kurang juga yang menyalahkan "Kajang Move" sebagai punca perbalahan sekarang.  Kajang Move adalah strategi yang di luar jangkaan dengan misinya untuk menukar MB Selangor, TSKI yang sejak sepenggal selepas pemerintahannya mula menunjukkan besar kepala terhadap partinya sendiri dan tidak lagi menghormati rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.  Beliau cuba mengkorporatkan Selangor dan beliau lupa beliau naik sebagai MB adalah melalui parti dengan mudah tanpa bersusah payah seperti rakan-rakan pejuang reformasi dahulu.

Menjadi seorang MB Selangor bukan saja perlu telus atau cekap mentadbir, tetapi mesti berdisiplin terhadap partinya.  Banyak kali beliau ditegur oleh Anwar secara terbuka mahupun tertutup, bahkan beliau sering dikritik setiap kali kongres KEADILAN kerana ahli-ahli parti melihat TSKI seolah-olah menjadi MB Selangor 'syok sendiri".  Mungkin ini adalah kerana terlalu banyak pujian diberikan kepadanya oleh Anwar sebagai MB yang cekap sehingga teguran Anwar terhadap mutu disiplinnya kepada parti tidak dihiraukannya.

Menukar MB Selangor adalah misi Kajang Move.  Kerusi MB Selangor dipersetujui sebagai Kerusi milik KEADILAN.  Majoriti Adun juga telah memahami mengapa TSKI patut diganti.  Kecuali Pas yang cuba bermain-main atau "Yoya Yola", bak kata Nik Amar.  Lupakan puncanya Pas bersikap begitu.  Cuma, kita mahu sebut perpecahan di dalam Pakatan Rakyat telah mula dihidu sebelum Kajang Move lagi iaitu sebelum PRU 13 lagi.  Betapa banyak Kerusi Pilihanraya yang telah dipersetujui untuk ditandingi hanya satu lawan satu, akhirnya berlaku juga pertandingan tiga penjuru.  Fitnah edar pil kuda dan berfahaman komunis terhadap calon-calon KEADILAN dan rakan dari PSM ditiup begitu hebat sehingga membusukkan imej KEADILAN menjelang Pilihanraya.

Tiada siapa boleh mempertahankan diri dari tuduhan mengedar pil kuda atau tuduhan berfahaman komunis kerana tuduhan dibuat tanpa nama, tanpa saksi dan tanpa bukti.  Malang sekali, yang membuat tuduhan itu bukan calang-calang orang.  Beliau seorang Presiden dan seorang yang digelar Ulamak.  Tidak terfikir oleh kita seorang ulamak boleh membuat fitnah umum sedemikian rupa.  Di dalam mahkamah sewaktu berjalan kes saman malu oleh salah seorang calon KEADILAN di Terengganu, Hakim jelas menyebut bahawa Hj Hadi tidak menfitnah si pengadu (Shamsul) kerana Hj Hadi tidak pernah sebut nama Shamsul sebagai pengedar pil kuda.  Penghujahan Hakim, "WALAUPUN TERDAPAT UNSUR-UNSUR FITNAH".  Itu point kita yang perlu kita faham mengapa sekarang ini berlaku perpecahan.

Itu belum lagi kita bicara tentang bagaimana Presiden KEADILAN dihina dan diaibkan di merata-rata tempat oleh Hj Hadi dengan menyebut Kak Wan 'tidak layak' untuk menjadi MB Selangor.  Mengapa pula sekarang layak sebagai Ketua Pembangkang yang memimpin semua Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Hj Hadi?  Apabila Dap tidak setuju dan putus hubungan dengan Hj Hadi, bukannya dengan Pas, maka Pas terasa amat terhina lantas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Dap, walaupun sampai sekarang tidak mengumumkannya secara resmi selepas MSU dan AJK Pas Pusat bermesyuarat. 

Jika Pas terhina apabila Presiden mereka tidak diterima oleh Dap, sepatutnya ahli-ahli KEADILAN lebih terhina dengan apa yang Hj Hadi anggap kepada Kak Wan.  Tapi, KEADILAN tidak seperti Pas yang lebih sayangkan Hj Hadi sehingga sanggup hilang kawan.

Ertinya, perpecahan berlaku lebih awal sebelum Kajang Move.  Kajang Move hanya 'kambing hitam' mereka saja untuk menghalalkan perpecahan ini.  Kemuncaknya, Muktamar Pas telah membongkar sikap beberapa pimpinan dan agenda sebenar mereka.  Tidak hairanlah ramai yang mahu parti Islam yang baru diwujudkan agar Pakatan Rakyat tidak lagi menanggung biawak hidup selepas ini.

33 ulasan:

  1. Din.. tak payah lar lu nak tutup taik yang nuar berak...parti lu dgn ketua lu tu idup atas ehsan ulama...parti lu serpihan umno..igt tu..perangai pn sama..kalu lu berani suruh lar ketua lu tendang pas keluar...berani ke din..jgn jd munafik lar din

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke? kenapa perlu meminta pkr tendang pas pis pus keluar dari pr sedangkan pas pis pus tahu dap dan parti amanah akan menyertai pr 2.0? kenapa pas pis pus tak boleh umum sendiri yang mereka tidak akan menyertai pr 2.0? sebab pas pis pus parti tak ada maruah kot?

      Padam
    2. gua rasa lu bukan keturan pas la,cara lu cakap sebijik ameno hampehh...hahahah eloklah ko nasihat najib tuu..boleh juga tumpang semangkok 2.6 billion tu!!

      Padam
    3. "PAS juga pernah bersendiri. Pernah pada 1982 semua ahli Parlimen PAS dalam kerajaan Kelantan tiada. Hanya tinggal Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tapi kini sudah 20 tahun lebih kita perintah Kelantan. DAP baru satu penggal saja menjajah," katanya

      ulamak kata dap menjajah sepenggal? ni nak ajak bersau dalam Pakatan 2.0

      Padam
    4. Habis la pas...
      48% ahli sokong parti baru.

      Padam
    5. BARU MASUK.....
      US 1.4 BILION PULAK HILANG ENTAH PERGI MANA.

      -Wsj.....

      Padam
    6. Hahahahahahaha...aku pernah tgk blogger joker...but u din...the best licker aku pernah jumpa...do u do ball clean? Nyup nyup nyup...tisu i provide

      Padam
    7. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. DANA DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

      Padam
  2. pas akan bertambah kuat bila ulamak2 nya mula bercakap kotor2 dan membaruakan ahli sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaundgn ahmadnbin maslan sedara ke?

      Padam
    2. Stopla baca meloyasaves dan themacaikini...rosak otak kau

      Padam
  3. Parti PAS dah nak karam....bakal hilang Kelantan dalam PRU14....aku tak akan undi PAS lagi di Kelantan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahli nujung pok belang..tgk amoi kuning geram

      Padam
  4. bukan ko je taknak undi pas di kelantan. ramai lagi yang dah serik. selagi MB dan TMB adalah orang sama, dan cara pemerintahan yang loklak masih diteruskan, makanya peratusan untuk PAS lingkup di Kelantan makin tinggi.

    BalasPadam
  5. Aku setuju 100% pendapat ko Din, aku orng pkr, memang betul tak tergamak nak putuskan dgn PAS bila presideng PAS mengutuk dan merendah-rendahkan pemimpin kita. Aku mula-mula pandang baik jerr.Tapi bila tuang presideng mengunakkan sistem "CAI" macam umno,masa itulah aku bertambah meluat dgn dia,dan bila PAS support dia,menyebabkan ramai grass-root pkr bye-bye pada pas.Yg ini azmin kena bijak,jika azmin tak mengenal kawan dan lawan,silap-silap dia pun bungkus di dun b.antarabangsa.MP gombak.Tapi si iskandar tu action sangat,dia dicempaka dulu kami geng2 pkr banyak tolong dia menang,ahli pas bukan ramai sgt,sebelum tu kubu kuat ameno/ismail kijo.Aku rasa si azmin tu ada terhutang budi dgn tok-tok lebai dikawasannya.Cuba selidik sikit azmin dgn ustaz salehuddin tu!!!dengar cerita pada PR13 dulu ,siketua pemuda PAS meracau nak bertanding di gombak setia dimana ustaz salehhudin ketuanya, tapi ada kekecuhan sedikit masa tu..azmin dah kawtim dgn ustaz salehhudin...tak-tahulah kawtim apa.Bermakna sama2 geng ug bergaduh nak bertanding di gombak setia....fuluss oohh fulusss punya pasal.

    BalasPadam
  6. PKR mana Ada kerusi...mimpi ke???

    BalasPadam
  7. Din.. kau dah tahu belum berapa peratus org melayu sertai Bersih 4? Kalau x tahu lagi aku tak salahkan kau tulis artikel macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan,Tajuk cerita Din bukan mengenai orng2 melayu sertai bersih.ceritanya bacalah kat atas.Kalau dah totok pas tu nak buat macamana.oklah nak sedapkan citer ko,orng melayu yg hadir tu tak sampaipun 1000orng.sebab melayu pas tak hadir.Gumbira..gumbira kan...pas dah boleh hidup sendiri..

      Padam
    2. Melayu dlm bersih 4
      40% X 500 000 = 200 000 orang sahaja.

      Padam
  8. PAS ni doh hilang hala tuju. Mudah je nok jadi molek. Buang hok atas dua tiga ekor tu. Hok jenis pala tok kena matahari. Tuan Berahim ambil aleh pon ok. Pahtu kerjasamalah dengan PKR, DAP, AMANAH.

    BalasPadam
  9. Hari kedua BERSIH berajaya mendapat sokongan 75% orang Melayu. Syabas. Hari pertama hanya 65%.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Racial divide in bersih rallies -

      Bersih 1.0 = Melayu 80% – Cina 20%
      .
      Bersih 2.0 = Melayu 60% – Cina 40%
      .
      Bersih 3.0 = Melayu 50% – Cina 50%
      .
      Bersih 4.0 = Melayu 10% – Cina 90%

      Source is from
      http://m.malaysiakini.com/news/310400

      Padam
    2. Pembetulan:
      Barsih 4 - 40% X 500 000 = 200 000 orang

      Padam
    3. Bkn..sumber LGBTkini

      Padam
  10. Kita tunggu Malaysiabaru anjing peliharaan Dap masuk menyalak....here doggy doggy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib pahlawan bugis lari ikut pntu belakang...

      Kena sumpoah dgn mahsuri dpn pwtc

      Padam
  11. Sudah laaa macai sakalian. ..ni sume poll tipu. Takde sapa bole sahkan...ini troll punya poll. Budak2 skolah bole la lu kencing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe jgn kalut.Kita tunggu Malaysiabaru anjing peliharaan Dap masuk menyalak....here doggy doggy

      Padam
    2. Najibul penjahanam ekonomi melayu

      Rekod sejarah asal usul melayu ringgit 3.10 banding singapork dollar.. rekod bugis.. takde pee eem lain boleh lawan...

      Makin naik duit 1mdobi bila pork cecah 4.00... setiap hari jet terbang ke mongol... melayu umno macai mcm ko boleh minum air longkang okay.. najigol sesap minum air mongol

      Padam
    3. Akhirnya Malaysiabaru puppy peliharaan dap masuk jugak menyalak. Tepuk2

      Padam