RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 6 Oktober 2015

AZMIN JANGAN LENA SANGAT DENGAN MIMPI

APA pun yang berlaku, Pakatan Harapan (PH) mesti terus mara ke hadapan.  Pertemuan meja bulat melibatkan KEADILAN, Dap dan Amanah yang membuat keputusan ini.  Ini bukan keputusan KEADILAN saja, bahkan KEADILAN khabarnya mahu tiada pengumuman dibuat agar memberi sedikit masa buat Pas untuk bersedia menyertai pakatan baru itu nanti.

Bukan juga kehendak Dap bersendirian atau Amanah.  Semuanya berhujah di meja bulat, pro dan kontra, masing-masing membawa hujah mewakili parti masing-masing atau NGOs masing-masing.  Apabila kesemuanya telah memberikan pandangan, maka majoriti bersetuju untuk pakatan baru disegerakan agar ruang dan masa dapat dimanafatkan untuk memperkukuhkan pakatan yang baru ini.  Maka, lahirlah Pakatan Harapan yang terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah, dalam masa yang sama pintu terus dibuka kepada semua yang mempunyai hasrat untuk menumbangkan rejim.  

Atas disiplin yang kuat, maka Dap pun terus mengumumkan P.Pinang adalah Kerajaan Pakatan Harapan.  Ini menunjukkan keikhlasan dan kejujuran Dap di dalam rundingan atau muafakat.  Bagaimana pula dengan Kerajaan Selangor?  Azmin, MB Selangor yang juga Timbalan Presiden hanya sekadar boleh komen 
" Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor".   Peribadi, aku malu KEADILAN gagal mendisplinkan diri.

Presiden kita selaku Ketua Pembangkang yang memanggil pertemuan meja bulat dan mengumumkan Pakatan Harapan, malangnya parti sendiri masih teraba-raba untuk menamakan negeri yang diperintahnya.  Jika rakyat bertanya, " Selangor di bawah kerajaan siapa?".  Apa yang Azmin selaku MB Selangor akan jawab?  Selangor di bawah "arwah' Pakatan Rakyat?  Jangan buat kerja bodohlah.

Kegagalan mengumumkan Selangor sebagai Kerajaan Pakatan Harapan amat mengecewakan rakyat yang tidak sabar-sabar untuk melihat Pakatan Harapan terus mara melawan musuh.  Kita di Selangor masih "mendodoikan" anak yang tidak mengaku kita warisnya.  Kita terpedaya dengan lakonan mereka kononnya amat menghormati kita.  Aku yakin jika Selangor bukan kita yang menjadi MB, kirim salam mereka ini untuk terus 'setia' dengan kita.  Buktinya, di dalam keadaan kita 'dodoikan' mereka pun, lihat saja tutur kata percakapan pimpinan-pimpinan mereka termasuk dari Dewan Ulamak bahkan media resmi mereka pun yang sering memburukkan parti dan pimpinan kita.

Azmin jangan terlalu lena tidor.  Mimpi indah kadangkala membawa maksud buruk.


20 ulasan:

  1. Azmin tidak bermimpi , beliiau sedar tetapi tidak dapat memikirkan dan tidak mendengar serta melihat akan kehendak ramai.MUNGKIN azmin masih meneyebelahi Hadi dan kuncu2nya.

    BalasPadam
  2. Baik sebelahi PAS dari sokong orang bukan satu tauhid... Dengar apa mufti pahang sarankan!!! Hidup ini bertunjangkan Iman bukan DAP, AMANAH...

    BalasPadam
  3. jgn kata org tiada tauhid dari penilaian tuan,jangan ambil kerja Allah ambillah kerja nabi,bara bahgia dunia akhirat,takut kita diterbalikkan seperti yg terjadi pd pas buat masa ni

    BalasPadam
  4. Sepatutnya mufti Pahang berkata Begini;
    Hidup ini bertunjangkan iman, bukan....PAS dan UMNO.

    BalasPadam
  5. Apa bila mereka merasakan mereka setaraf nabi.

    BalasPadam
  6. klu org2 dap tidak bertunjangkan tauhid itu ada perkara lumrah,ni org2 islam mcm tidak bertunjangkan tauhid sedangkan mereka ada alquran dan hadith tapi kapirkan org,babikan org,anjingkan org,tololkan org,baruakan org....tu ke contoh org2 yg bertauhid,setiap hari sekurang2nya membaca surah fatihah 17kali sehari,tapi mulut mcm sial,ni ulamak yg berpandukan alquran ke,ni ulam ak yg bertunjangkan tauhid ke.......untung kam,u di lahirkan dari rahim orgh islam,klu tidak entah dapat ke kamu hidayah ALLAH SWT...entah2 lebih kapir dari dap yg kapir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ko bodoh pi terasa tu sapa suruh ! yg dicakapkan utk org2 yg buat kerja tak senonoh dan khianat terhadap perjuangan Islam ........ cara cikmatgelap cakap pun mcm ala2 dap yg tak da iman !



      Padam
  7. mufti pahang darul kasino..

    BalasPadam
  8. Dap jelas tolak hudud..jadi pan berjuang atas dasar apa. soal kafir mkafir sy nak jelaskan disini. Tolak satu huruf shj dr huruf alquran dah tkluar islam..apatah lgi kita tak yakin dgn hukum yg dijelaskan dlm ayat alquran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat hudud tapi sapu balak.
      Tu kalu iikut hukum hudud kena potong tangan tak?

      Padam
    2. Dulu ada mb janji kalu tak dpt buat hudud kat negeri aku bulan oktober ni, dia nak letak jawatan. Ni dah dekat bulan november dah ni...dah buat ker belum?

      Jgn buat2 lupa yer...
      Jgn jadi munapik plk....

      Padam
    3. Kalau setakat pandai hantar bill aje, mana3 mat balak pun bole buat. Time bincang batang hidung pun tak nampak.

      Mana lebih penting? Hudud penting ke pergi jepon penting?

      Padam
    4. dap tolak hudud tu sebab dap tu bukan islam,yg umno dari dulu tolak hudud takde le pulak mufti2 ni melalak2 mengutuk org umno yg memang islam tu,org kapir tolak tok2 peti mengamuk sakan,org umno islam tolak hudud dari sejak merdeka lagi,takle pulak tok2 maupitih ni menlalak sakan.....ini betul punya baldi dua muka

      Padam
  9. Klu kjaan pas atau umno atau pkr tarik balik geran utk sek cina...melalak.semua2 cina x kira apa parti...tapi kamu diam bila kjaan dap tarik blk geran utk sek melayu...apakah kamu semua tiada lagi rasa syg pd anak bansa? Atau terkepit krn dh mkn byk budi dap? Adakah rasis mempertahankan dan.membantu anak bangsa? Jgn ckp jaguh lagi klu itupun kamu dah x berani tegur...insafla!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tunggu pas tarik dulu.
      Lepas pas buat baru kita ikut.
      Kita ikut pas sbb pas hebat terbilang cemerlang terjangkang.
      Sebab itu kelantan paling maju di msia. Tu sebab pas hebat sgt la tu

      Padam
  10. Secara pribadi saya berpendapat azmin harus dipecat sama spt TSKI. Sbb dia dah makin besar kepala buat selangor macam dia punya. Banyak cakap dia tak serupa bikin. Dia punya perbuatan byk ke arah hadi.

    Pecat aje

    BalasPadam
  11. Cara terbaik utk buat exco pas keluar dari kejaan selangor ialah memecat azmin dan menggantikan dengan presiden, wan azizah.

    BalasPadam
  12. Lain kali sapa2 nak buat parti jgn guna logo angka O. Nanti otak pemimpin dia jadi macam telor. Telor kan bulat mcn angka O....

    BalasPadam
    Balasan
    1. awat hang merepek lagu nih chek ooii?

      mana hang belajaq teloq bulat macam angka O chek ooii?

      mana ada angka O chek ooii?

      hang tau dak kata kalu huruf O kalu angka 0?

      Padam
  13. Bacaan politik DSAI ternyata lebih proaktif. Sebab itu beliau tidak mencadangkan YB Azmin utk jawatan MB Selangor kerana takut perkara spt ini terjadilah, dan memang telah terjadi. Pemimpin PKR kamu tak perlu merayu sgt kpd PAS yang cerdik tak boleh ditumpang dan bodoh tak boleh diajar. Banyak dah PKR bertolak ansur dgn PAS, lupakan dia. Kalau nak sertai silakan kalau tak nak biarkan dia dgn cara dia. Jgn harap Umno akan bersama PAS selepas ni.

    BalasPadam