RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 23 Mei 2016

PRK SG BESAR DAN K.KANGSAR - JANGAN TERLALU BANYAK 'BERMAIN POLITIK' DI ATAS SANA

SUDAH sampai masanya PH buat keputusan muktamad di Sg Besar dan K.Kangsar.  Sudah sampai masanya KEADILAN berhenti dari terus memujuk Pas untuk menentukan PRK di kedua-dua tempat itu hanya perlawanan dua penjuru.  Kita telah mengenali Pas dengan sikap 'Istiqomah'nya, maka tentulah mereka terus untuk istiqomah bertanding di kedua-dua kawasan yang mereka anggap kawasan tradisi (tradisi kalah?) untuk mereka di situ.

Kita kena hormati Istiqomah Pas, jangan ganggu emosi mereka.  PH harus ke hadapan, kena berani membuat keputusan sendiri.  Kita ada KEADILAN, Dap dan Amanah, maka tiada apa yang harus digusarkan di dalam membuat keputusan tanpa Pas yang telah istihar mereka adalah di dalam blog ketiga dan bukannya PH.

Selalunya kita rungsing memikirkan tentang calon.  Kali ini kita tidak perlu rungsing lagi kerana belum pun kita bermesyuarat di dalam PH, Parti Amanah telah bersedia untuk turun gelanggang.  Ertinya, kita hanya perlu berbincang samada wajar KEADILAN atau Amanah bertanding samada di K.Kangsar mahu pun di Sg Besar, atau kita hanya hantar Amanah sahaja untuk disabungkan dengan Umno dan Pas.  Jika KEADILAN rasa perlu menghantar calon mereka, silakan, dan jangan berlengah lagi untuk PH pertimbangkan mana-mana calon yang difikirkan mampu menggalas cabaran getir ini.

Ramai tidak mempedulikan sangat tentang wakil PH di kedua-dua kawasan tersebut, tetapi ramai yang gelisah kita lembab di dalam membuat keputusan.  Bagaimana jentera mahu digerakkan semaksima mungkin jika kita belum dapat kepastian siapa yang mewakili PH?  Kita masuk bertanding untuk menang bukan untuk menjadi penasihat semata-mata, maka calonnya harus dilihat sebagai orang yang diyakini mampu membawa kemenangan.  Seandainya tewas juga, kita balik kepada 'status quo', maka tiada masalah pun.  Sekurang-kurangnya kita boleh mengukur kekuatan PH di dalam menghadapi 3 penjuru kerana aku pasti di dalam PRU14 akan datang kita banyak berdepan dengan pertandingan 3 penjuru atau lebih.  

Segeralah buat keputusan.  Jangan sampai semangat jentera kita menjadi semakin lemah angkara kita terlalu banyak 'bermain-main' di atas sana.  Sekarang ini jentera kita di dalam PH berada di tahap tinggi, tak sabar untuk melihat Umno/Bn dan sekutunya tumbang di Sg Besar dan K.Kangsar.   Mampukah kita mengekalkan momentum ini di dalam keadaan kita masih merangkak-rangkak?

 

5 ulasan:

  1. PH terutamanya Pkr kena ada jeyakinan diri dan percaya diri kekuatan sendiri..tidak perlu dihatapkan pas kerana diaudah menjadi "org lain" walaupun kita pernah kenal..dan dia sekarang sudah tidak sama lagi mcm dulu,sudah buang tabiat mcm org yg dah dekat dgn kematian..PH tidak perlu ambilkisah pasal pas kerana pas sudah hampir ke liang kubur.

    BalasPadam
  2. PKR perlu buat keputusan!
    Mahu bersama blok ke 3 atau PH!!
    PKR ketahuilah yg diatas sana sudah terlalu banyak berpolitiking, rakyat sudah cukup muak mual pd para politikus yg mementingkan tembolok sendiri!!
    Lawan tetap lawan....

    BalasPadam
  3. Memang pelik. Pkr sepatutnya berunding dengan amanah sebab amanah mahu meletakkan calun.Pas bukan PH.Pas bersama blok ketiga. Memang elok ada tiga kumpulan politik sebab rakyat lebih mudah memilih.

    BalasPadam
  4. Memang pelik. Pkr sepatutnya berunding dengan amanah sebab amanah mahu meletakkan calun.Pas bukan PH.Pas bersama blok ketiga. Memang elok ada tiga kumpulan politik sebab rakyat lebih mudah memilih.

    BalasPadam
  5. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    BalasPadam