RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 17 Januari 2018

BOIKOT PRU - ISUNYA BUKAN TUN M, TAPI DENDAM KESUMAT !!

ISU Boikot dan Protes PRU14 kononnya sbb lantik Tun M jadi PM. Korang percaya ke alasan puak2 tu?

Sesiapa yg rajin follow gerak geri mereka boleh nampak jelas. Waktu Tun M dlm Umno lagi tetapi Tun M hentam Najib, apabila kita sama2 hentam Najib, puak2 mereka asyik hentam Tun M waktu itu. Lebih banyak mereka hentam Tun M daripada hentam Najib dan Umno. Mereka nak Tun M duduk diam2, jgn ubah perangai dan kalau boleh Tun M mati dlm menyokong Najib dan Umno. Biar mereka je lawan Umno, kononnya.

Waktu tu Tun M tak tubuh parti pun lagi. Lepas tu, puak2 ni cari mangsa lain pulak. Mereka hentam Azmin pulak, kononnya Azmin ini anak didik Tun M. Kononnya Tun M mahu Azmin jadi PM. Betul ke Tun M mahu Azmin jadi PM? Sekarang siapa akan jadi PM?

Tidak cukup dengan Azmin. Puak2 tu hentam Rafizi sebabnya hanya satu kerana Rafizi tak ikut cara dia iaitu wajib hentam Azmin hari2. Dia nak Rafizi ikut cara dia, celik je mata mesti belasah Azmin. Tapi Rafizi bukan sebodoh itu. Tugas Rafizi lawan Najib, Umno/Bn. Masa tu Tun M tak join pun lagi PH.

Eh, Kak Wan pun mereka perlekehkan. Nenek tua dengan kipas dan macam2 lagi la mereka persendakan Kak wan. Sebabnya pun sama juga kerana kononnya Kak wan tak berani bertindak terhadap Azmin. Semuanya kerana Azmin, dendam peribadi yg mungkin akan dibawa sampai ke mati. Habis diheret anak2 buah dia agar ikut otak dia iaitu mesti anti azmin. Sesiapa yg tak hentam Azmin, pasti dia belasah orang itu. Sebab itu Rafizi pun kena. Tapi mereka silap, Rafizi ni bijak, tak layan pun balaci murahan seperti itu.

Maka tak pelik satu persatu budak2 dia lari, dan ramai yg menyepikan diri. Tinggal yg tegar keliling dia hanya yg wala' dan tukang like status dia sesama sendiri. Orang kuat dan orang kanan dia pun dah lari lama dah, kini jadi orang kuat Rafizi pulak.

Sampai la ke kemuncaknya bila Tun M bersama PH. Lagi meroyan la dia. Ini membawa erti propaganda dia selama ini gagal samasekali. Propaganda dia yg menyatakan Azmin bawa Tun M untuk bersama PH adalah kerana Tun M akan angkat Azmin jadi PM, ternyata jauh tersasar. Oleh kerana dendam pada Azmin, marah pada Tun M, maka buat propaganda kaitkan mereka. Malangnya tak ramai yg bodoh mahu percaya.

Tun M tiba2 diangkat jadi bakal PM bagi PH. Hampir nak gila dia memikirkannya. Maruah dia jatuh teruk dan Tun M senyum kat dia. Tepatlah kata Tun M, dia ibarat 'kucing kurap". Sekarang ini, sesiapa saja yg sokong keputusan PH, dia akan hentam. Sampaikan kpd kumpulan yg takde parti seperti Jebonesta diketuai oleh Abe Awang Malaya tu pun dia nak buat musuh hanya kerana geng2 ini sokong PH. Pelik tak?

Tahap emosi dia sudah tidak terkawal lagi. Semua yg dia rancang gagal dan memalukan diri. Akhirnya dia istihar, sokong PH atau Bn sama seperti buat pilihan antara "Khinzir dan babi". Itu je lah modal dan hujah dia. Maka, elok boikot PRU14, katanya, tak pun mari kita buat kerja bodoh, beratur panjang2 kemudian buat protes undi rosak. Untung2 Umno/Bn menang, Tun M tak boleh jadi PM dan Azmin tak boleh jadi MB lagi dan aku boleh ternak ayam kampung semula !!!

7 ulasan:

  1. Wan Rosli lagilah bengongnya bertingkat-tingkat, walaunta bebal yang asyik membela Hadi mereng dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam
  2. Yang akau duk nampak yang menjadi dalang dalam isu ni ada sorang ahli PKR (Ex calon Sg Aceh)yang keahlianya digantung...dan yang menganjur forum hari tu...Dulu siap bawa bukti pembelian cincin rosmah 2k.....dan banyak lagi isu yang dia bawa cukup menyakinkan...bla bla....Last sekali dia senyap....Mungkin dapat imbuhan kot.....Dia ni memang anti pun dengan Tun M,Azmin dan banyak lagi sahabat dia dalam PH...la ni dia mereka2 itu dia jadikan musuh dia....Bila brceramah bergegaq satu Malaya....Habok pun tarak....Dia ni menjai duri dalam PKR dan PH...Ini pandangan mata aku....Dulu dia cukup baguih,tapi la ni kosong....Ralik duk hantam Ph dari BN dan sekutu2nya termasuk parti suci tu...!

    BalasPadam
  3. Isunya bkn dendam kesumat tp bodoh dan bangang! Adakah patut mahafiraun dipilih sbg calon PM....... Kah Kah Kah

    BalasPadam
  4. CORRECT...CORRECT...CORRECT..
    JENIS POLITIK BUSUK HATI TU..
    DENDAM KESUMAT TAK HABIS2...
    JENIS NI TAK BOLEH PAKAI

    BalasPadam
  5. Kekeke... Kalau buleh dia nak semua orang pilih dia jadi PM. Paling kurang lantik dia jadi Presiden PKR. Walau kalah di Sg Acheh dulu. Itu sebenarnya. Tapi tadak sapa sokong. Nak buat macam mana? Meroyan tak sudah-sudah jadinya.




    BalasPadam
  6. Dah lama aku heran dgn budak2 uncle Samm ni cuma nak tanya, adakah puak2 Samm ni sama dgn kartel Azmin? sbb lepas konvensyen, Zu dan Tipah Koya bukan main hentam Tun M dan Kak Wan.

    BalasPadam
  7. Pakatan Haprak...pakatan caca merba..they will kill each other...sbb semua nak kuasa,nak kedudukan dan akhir nak dapat kesenangan sendiri,itulah puncanya kerana kedudukan dan laba yang menanti ditembolok sendiri...

    BalasPadam