RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 17 September 2018

MENGAPA "MINAH" INI MELENTING APABILA ANWAR DIUMUM OLEH PARTI UNTUK BERTANDING DI PORT DICKSON?


Saya sempat ikuti Sidang Media di Ibu Pejabat Parti Keadilan, Tropicana, tengahari tadi. Saya secara kebetulan berada di Ibu Pejabat atas urusan Cabang untuk persiapan pemilihan parti pada Okt nanti. Apabila diberitahu akan diadakan Sidang Media berkenaan pengosongan Kerusi Parlimen bagi memberi laluan kepada Anwar berada di Parlimen, saya pun menunggu Sidang Media tersebut.

Apa yang mahu saya pastikan bukan sahaja teka teki di mana Anwar akan bertanding, tetapi yang lebih penting adakah benar dakwaan bahawa strategi meletakkan Anwar ke Parlimen itu adalah strategi 'rahsia' Sdr Rafizi Ramli seorang ataupun itu memang keputusan parti dan kehendak Anwar. Saya juga mahu tahu adakah mana-mana Ahli Parlimen yang mengosongkan Kerusi mereka untuk Anwar itu di'paksa' atau di'tekan' oleh Anwar, Rafizi mahupun oleh parti. Saya mahu dengar sendiri dari mulut pimpinan dan mereka yang terlibat.

Sidang Media berkenaan dimulakan oleh Setiausaha Agung Keadilan sendiri iaitu YB Saifuddin Nasution. Turut hadir antara lain adalah Naib Presiden Sdr Rafizi Ramli, YB Xavier jayakumar, Pengarah Komunikasi YB Fahmi, Bendahari Agung, Datin Paduka Tan Yew Kew dan Ahli MPP, YB Johari Abdul. Jelas, ini bukan 'strategi gelap" Rafizi seorang kerana kesemua di atas adalah pimpinan utama parti dan bukannya kelompok yang dikatakan 'Geng INVOKE". Lebih jelas lagi, Sidang Media itu dibuat di Ibu Pejabat Parti sendiri. Mana mungkin sesuatu yang 'rahsia' atau 'strategi sulit' seseorang atau perbuatan yang melanggar peraturan parti boleh dilakukan secara terbuka di hadapan para wartawan di Ibu Pejabat parti sendiri?
 

SUA Keadilan sendiri di dalam sidang media berkenaan telah menjelaskan bahawa tindakan hari ini adalah di bawah pengetahuan parti dan telah dibincangkan oleh parti terlebih dahulu. Meskipun kita tahu bahawa Anwar sendiri sering sebut sememangnya beliau mahu memasuki Parlimen seberapa segera, namun dari kenyataan SUA Keadilan hari ini menjelaskan bahawa keputusan untuk mengadakan PRK itu adalah di bawah pengetahuan parti. Adalah bohong jika menyatakan ini satu 'rahsia' dan parti tidak mengetahuinya.

Saya juga dengan jelas mendengar sendiri pengakuan MP Port Dickson, YB Datuk Danyal Balagopal Abdullah menyatakan bahawa beliau adalah di antara ramai MP yang menawarkan Kerusi beliau untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan tiada paksaan, tekanan mahupun tawaran dibuat kepada beliau oleh mana-mana pihak bagi mengosongkan Kerusi tersebut. Kelmarin, MP Kuantan YB Fuziah Salleh juga turut menawarkan Kerusi Parlimen Kuantan kepada Anwar. Namun, sepertimana yang dijelaskan oleh SUA Keadilan, Parti dan Anwar telah memilih Port Dickson untuk Anwar atas beberapa faktor, dan pastinya faktor menyumbangkan kemenangan kepada tokoh reformasi ini adalah faktor terpenting. Sekali lagi ianya membuktikan bahawa kekosongan Kerusi Parlimen tersebut adalah secara sukarela, ikhlas dan di atas semangat ingin memperkuatkan lagi Pakatan Harapan.

Ramai pimpinan yang kuat melaungkan 'reformasi' dan 'Hidup Anwar", tetapi tidak ramai yang sanggup meninggalkan Kerusi yang mereka duduki untuk pejuang reformasi ini. Maka, semangat yang ada pada MP Port Dickson ini wajar diberi pujian kerana beliau memikirkan Anwar tidak boleh bercakap, menegur atau memperkuatkan dasar-dasar Pakatan Harapan secara lebih berkesan, kecuali Anwar mesti berada di Parlimen. Persediaan untuk mengangkat Anwar menjadi PM ke 8 tidak kira bila masa sekalipun mestilah bermula dengan Anwar menjejakkan kakinya ke Parlimen. Sewajarnya pimpinan Keadilan yang mahu melihat Anwar lebih berfungsi membantu kerajaan Pakatan Harapan mestilah menyokong dan gembira dengan pengumuman hari ini.

Pelik bin ajaib, saya membaca laporan Malaysiakini, apabila Ketua Wanita Keadilan mempersoalkan pengumuman tersebut kononnya tidak mengikut lunas-lunas parti. Saya menjangkakan Zuraida adalah orang paling gembira dengan pengumuman tersebut kerana sewaktu program Anwar ke Kuantan baru-baru ini, seluruh dewan tempat pertemuan Anwar dengan ahli-ahli Keadilan dipenuhi dengan poster kempen Zuraida. Ramai yang keliru, program petang itu adakah program Anwar atau program kempen Zuraida? Tidak mengapa, beliau ingin menumpang 'tuah' Anwar mungkin. Tentulah beliau orang yang kasih kepada Anwar. Tentulah beliau paling suka Anwar cepat memasuki Parlimen, tidakkah begitu?

Petang tadi, Kak Wan mengeluarkan kenyataan bahawa langkah ini dilakukan antara lainnya adalah untuk mengembalikan hak Anwar untuk berada di persada politik tanahair yang selama 11 tahun dinafikan apabila Anwar dipenjarakan atas tuduhan fitnah jahat. Salahkah Anwar kembali untuk memperjuangkan apa yang beliau perjuangkan setelah begitu lama dizalimi? Mengapa Zuraida tidak memahami situasi ini? Kalau mahu cerita soal siapa langgar peraturan atau lunas-lunas parti, tidak larat mahu cerita apa yang Zuraida dan sekutu-sekutunya lakukan yang jelas lebih melanggar peraturan parti.

Program di Kuantan baru-baru ini pun sudah melanggar susila dan etika kerana beliau mengambil kesempatan atas program Anwar yang tiada kaitan dengan kempen pemilihan parti, tetapi Zuraida tanpa segan silu melanggarnya bahkan turut berucap walaupun namanya tidak disenaraikan sebagai pemimpin yang berucap. YB Fuziah Salleh yang juga Timbalan Menteri, juga seorang calon dalam pemilihan Ketua Wanita Keadilan yang turut hadir pada program tersebut tidak sepatah pun berucap dan tiada sekeping pun banner digantung di sekitar dewan berkenaan kerana menghormati program Anwar pada hari itu. Itu belum dikira kisah-kisah lain seperti memorandum 25 orang, kisah menandatangani watikah calon di PRN Sarawak, mempertikaikan keputusan PH melantik Tun M sebagai PM, dan banyak lagi kisah-kisah menarik tentang "Zuraida and the gang".

Tapi itu bukan isunya. Isunya Anwar Ibrahim bakal PM ke 8. Anwar mesti ke Parlimen segera untuk memberikan khidmatnya membantu Tun M sebagai PM sekarang. Sepertimana kata SUA Keadilan, kesemua pimpinan PH telah ditemui dan bersetuju untuk membantu kempen di Port Dickson nanti. Kesemuanya komited untuk membantu Anwar berada di Parlimen, tiba-tiba Zuraida membawa nada berbeza. Zuraida sepatutnya bersyukur kerana Kerusinya tidak diusik dan beliau boleh terus menjadi Menteri di bawah Kabinet PM yang pernah beliau pertikaikan usianya itu.

Syabas kepada semua MP yang ikhlas menawarkan Kerusi mereka buat Anwar dan Tahniah kepada Datuk Danyal kerana terpilih untuk mewariskan Kerusi tersebut buat insan hebat, Anwar Ibrahim. Warga Negeri Sembilan pasti berbangga kerana untuk pertama kali dalam sejarah, PM akan datang dari Negeri Sembilan.

 

8 ulasan:


  1. Semudah itu untuk memahami mengapa Anwar perlu kan kerusi untuk ke PM tetapi begitu sulit bagi puak Zuraidah untuk menerimanya..

    PKR yang mengajar tentang kesedaran politik dan tanggungjawab menentukan masa depan negara tetapi beberapa kerat pemimpinnya tidak sedar akan perubahan tersebut telah berlaku sehingga BN tumbang.

    Anwar bukan gila untuk jadi PM dan jika ada orang Anwar.. mereka pun bukan orang yang ingin kan sesuatu untuk kepentingan sendiri. Tetapi majoriti hanya tahu Anwar kena jadi PM.

    Apakah Anwar tergesa-gesa sedangkan Anwar punya banyak masa menunggu dalam penjara dan memikirkan langkah seterusnya.

    Orang yang bukan dalam masa 'menunggu' bagi nya masa begitu pantas... 5 tahun begitu sekejap.. Kawan atau jalan jam 20 minit pun boleh naik angin...

    BalasPadam
  2. kartel tau kalau Anwar berada diparlimen, akan menjejaskan kedudukan azmin dan kuncu2nya.

    sbg maklumat, tun m melantik 'kartel azmin' dlm kabinet. knp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekdg sekali pandang..memang tun M seolah2 menolong kartel azmin sbb melantik azmin dan org2nya sebagai menteri. Bila 2 kali pandang.. memang tun m nak mematikan gerakkan azmin and the geng bila byk lantik dia dlm kerajaan.. rafizi dah seantero malaysia keliling.. azmin dgn zufaidah baru nak ambik nafas..anuar hari ni sebut..ada ahli pkr berbunyi bila dia nak bertanding di pd..memang startegi rafizi mengena.. utk kenakan geng azmin..

      Padam
  3. Kelibat dsai yang hilang beberapa kali di balik tirai besi menyebabkab beberapa kerat pemimpin pkr menyangka mereka yg sepatutnya berkuasa penuh dalam kerajaan PH. Selama ini mereka yg berkuasa menentukan simpangsiur perjalanan dan arah tuju PKR. Kehadiran dsai mungkin akan mengubah dan menggugat kepentingan mereka. Myngkin kesetiaan mereka sikit sebanyak terpesong dari landasan perjuangan pkr...

    BalasPadam
  4. Permainan politik.....mereka2 ini menjadikan negara ini seolah2 milik mereka dan kumpulan mereka.

    Sekurang2nya hormatilah hak rakyat yg telah memilih dan berilah ruang dan masa utk kerajaan sekarang menjalankan tanggungjawab dan berada di landasan dan asas yg kukuh.

    Selepas itu tidak mengapa jika perlu penggantian PM. Malah jika betul2 inginkan mandat rakyat.....bertandinglah di dlm PRU15 nanti serentak...DSAI, WA dan NI. Jika semua menang bolehlah dicanangkan bahawa rakyat telah memilih.

    Utk Rafizi...dulu kita menaruh harapan besar pada anak muda ini...tapi skh dgn kaedah dan agenda yg dibuat....saudara lebih kurang sama dgn cara parti melayu dahulu. Bezanya mereka buat secara tertutup dan Rafizi pula mencanang ke seluruh negara.

    Jika begini keadaanya...negara ini tidaklah berubah sangat...terutama ahli politik

    BalasPadam
  5. mmg la kena bising dah syok sendiri main pintu blakang...gila kuasa . Kalo dlm parti sendiri pun tak telus dgn yg lain2 lagila
    PKR lately ni dah jadi mcm BN dulu2...keluar statement macam rakyat ni bodoh tak bole pikir

    BalasPadam
  6. Itulah sebab dsai kena cepat2 jadi ketua dan menjadi mp. Ini untk mengawal ahli2 yb pkr yang dah mula nk besar kepala...

    BalasPadam
  7. Trm kasih Bro Wfauzdin dgn ulasan yg mantap. Sy bukan ahli PKR, hanya penyokong PH sj. Bila trbaca artikel2 saudara, baru sy tahu beza Kem Azmin dan Rafizi. Sejak tahun 2017, sy ada beberapa shbt brjawatan dlm PKR negeri, mereka sering menyebarkan di kedai2 kopi Wan Azizah pemimpin yg lemah, Anwar brsedia memberi laluan kpd Azmin jd PM. Bila PBBM nak join PH, mereka kata Tun M ada agenda trsendiri dan macam2 lg. Sy masih lg melepak2 dgn kumpulan PKR ini, skrg mereka guna ayat Rafizi hanya bijak tetapi tidak cekap memimpin. Mereka jg guna istilah politik matang spt yg diguna pimpinan PAS.

    BalasPadam