RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 18 September 2018

KENAPA SEKARANG MAHU 'NGOK NGEK NGOK NGEK"?

 
 
Sebaik saja PH menang di Putrajaya pada Mei 2018, Anwar bebas selepas itu. Waktu itu, ramai tidak sabar mahu Anwar kembali beraksi di Parlmen bagi membantu perkuatkan PH dan pentadbiran Tun M

Anwar menjawab, " Tidak perlu tergesa2 untuk beliau masuk Parlimen". Anwar menyebut beliau mahu berehat seketika bersama keluarga dan cucu2nya. Bulan Jun, Anwar masih tidak membayangkan untuk segera ke Parlimen kerana beliau ada banyak jadual bertemu rakan2 pimpinan di dalam dan di luar negara. Beliau juga sibuk dengan mengunjungi Istana seluruh negeri bagi meyakinkan pihak istana tentang kerajaan baru PH.

Bulan Julai, Anwar masih sibuk dengan aturcara peribadi beliau di samping dijemput oleh beberapa negara luar untuk berbicara tentang kesnya dan kerajaan baru PH. Pada bulan Ogos, Anwar mula memberi bayangan dan lebih serius untuk menyatakan beliau kini telah bersedia untuk ke Parlimen. Beliau ingin mendapatan respon ahli2 parti, penyokong2 PH dan rakyat keseluruhannya tentang hasratnya itu. Ternyata, reaksi rakyat amat positif untuk Anwar masuk ke Parlimen.

Bermula bulan September, mula jelas langkah2 Anwar untuk ke Parlimen. Sejak itu, beberapa Ahli Parlimen dan beberapa pimpinan telah mula menyatakan sokongan kuat kepada beliau bahkan ada yang mula menawarkan Kerusi buat tokoh Reformasi ini.

Sepatah ayat pun Anwar tidak sentuh hasratnya untuk mengambil alih jawatan PM sekiranya beliau menjadi Ahli Parlimen. Beliau hanya menyebut kemasukannya ke Parlimen hanya untuk menjadi Ahli Parlimen yang selama ini dinafikan melalui undang2 zalim sebelum ini. Bahkan, beliau tidak putus2 meyuarakan sokongannya kepada PM sekarang dan mahukan rakyat memberikan sokongan padu kepada pucuk pimpinan sekarang. Beliau persetankan kata2 dan penulisan beberapa macai yang cuba melaga2kan beliau dengan Tun M.

Dari bulan Mei hingga ke bulan September, hampir 5 bulan beliau berehat di luar Parlimen dan baru kini mula serius untuk melangkah ke Parlimen, adakah itu menandakan beliau tergesa2? Lebih kurang 5 bulan yang lalu, hanya beberapa orang pimpinan Keadilan saja yang bercakap untuk mendesak Anwar segera beraksi di Parlimen. Mana yang lain?

Mereka yang lain itu hanya bercakap sekarang setelah Anwar umumkan untuk bertanding di Port Dickson. Itu pun mereka bertanya, " Mengapa Anwar mahu bertanding tidak dibincangkan bersama kami terlebih dahulu?". Bentuk soalan itu saja kita sudah boleh faham mengapa mereka membisu selama ini.

Baru sekarang mahu "Ngok Ngek Ngok Ngek".

5 ulasan:

  1. Geng Kartel sudah lama sangat bermaharajalela. Cukuplah jangan sampai Presiden sendiri pun tidak dihormati.

    BalasPadam
  2. Berjumpa dgn geng kartel, mereka kata azmin lebih layak dari Anwar , kemudian Hilman. .kata mereka

    BalasPadam
  3. Tak kira geng mana...yg pasti inilah politik yg betul bagi mereka dan sebaliknya pahit bagi rakyat yg telah memilih. Apatah lagi yg dipilih memilih pula utk melepaskan tanggungjawab yg di beri.....mungkin utk pilihan yg lebih baik barangkali.

    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengkalu tak faham politik nak berpolitik juga. Tak ada hasilnya. Belajar dulu undang-undang basic pilihanraya barulah faham langkah politik. Tidaklah ngomel benda tak faham.

      Padam
  4. Abang Non memang tidak disukai oleh Tun Madey. Tun Madey cuba beberapa helah dan taktik untuk menghalang Abang Non jadi PM kerana kalau abang jadi PM maka Tun Madey terpaksa menjilat ludahnya kembali.Tun Madey akan cuba beberapa taktik lagi untuk menghalang abang Non jadi PM

    BalasPadam