RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 11 Oktober 2018

MENGAPA HARUS MENYOKONG YB CHEAN CHUNG?

MOHON SOKONGAN UNTUK YB CHEAN CHUNG - CALON MPP 


Calon MPP, yang juga Adun Semambu YB Chean Chung telah memperolehi sokongan 78.5% daripada keseluruhan Cabang di Negeri Pahang. Beliau telah mendapat sokongan daripada 11 Cabang seperti berikut:

1. Indera Mahkota (Beliau selaku KC) - 370 undian.
2. Jerantut - 329 undian
3. Bera - 257 undian.
4. Temerloh - 212 undian
5. Kuantan - 158 undi
6. Paya Besar - 149 undian
7. Lipis - 137 undian
8. Rompin - 95 undian
9. Maran - 75 undian
10. Cameron Highland - 21 undian
11. Pekan - 14 undian.

Ini menunjukkan anak muda ini mendapat sokongan besar dari Cabang-Cabang di Negeri Pahang kerana ahli-ahli menilainya dari sudut kewibawaan dan prestasi beliau selama dua penggal sebagai Adun Semambu. Suara rakyat yang beliau bawa di dalam Dewan Undangan Negeri merentasi isu perkauman, agama mahupun daerah. 

Bagi saya, jika di peringkat nasional kita ada anak muda bernama Rafizi Ramli yang begitu berani mendedahkan sebarang penyelewengan atau skandal yang berlaku, di negeri Pahang kami ada YB Chean Chung . Banyak kes atau isu yang beliau dedahkan melibatkan skandal-skandal dan penyelewengan di peringkat negeri ini disusuli dengan banyak laporan Polis yang telah dibuat. Beliau sering ditekan dan diugut namun beliau terus berjuang tanpa mengenal erti takut.

Parti Keadilan memerlukan insan seperti ini agar dapat menentukan parti kita yang kini telah menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah Pusat boleh mengurus tadbir negara dengan baik. Semangat dan perjuangan beliau amat kami tagih di negeri ini yang masih diperintah oleh Umn/Bn.
Sehubungan itu, kami di negeri ini amat mengharapkan sokongan semua teman-teman dari setiap negeri untuk memberikan undian kepada beliau bagi menempatkannya di kalangan 20 orang pimpinan di peringkat MPP. Hanya sokongan dari teman-teman semua boleh membantu kami di Pahang ini untuk merampas Pahang dari Umno/Bn pada PRU 15 akan datang. 

Mohon berikan sokongan kepada anak muda ini agar dapat menambahkan semangat dan kekuatan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan