RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 12 Oktober 2018

TERDESAK KEMPEN - PAS MENYAMAKAN ANWAR DENGAN MENDIANG JALUT ZAMAN BANI ISRAEL

" AURA dan kehebatan Anwar Ibrahim sekarang mungkin mengalahkan aura mendiang Jeneral Jalut di zaman Bani Israil dulu. Tiada yang menjangka dia boleh dikalah. Seperti tiada makhluk manusia boleh mengalahkan Abrahah yang hendak meruntuhkan Kaabah di Tahun Gajah dulu."
(http://www.harakahdaily.net/…/8324-mengalahkan-anwar-sepert… )


Tidak sah kalau Pas tidak menjual agama apabila berkempen. Jika dahulu mereka jual nama jihad menentang Umno sampai ada yang mati di Memali tanpa dimandi dan disolatkan, akhirnya hari ini parti lebai inilah yang pertama memeluk cium Umno. Mereka juga menjual Hudud, jual RUU Akta 355, jual segala macam benda isu agama yang boleh dijual, asalkan parti ini mendapat undi setiap kali pilihanraya. Itulah stail Pas, parti yang kini menjadi parti sekutu Umno/Bn. 
 

Mereka tidak mampu berdepan dengan hujah Anwar, maka dicari isu-isu peribadi untuk buruk-burukkan Anwar. Mereka kejutkan semula fitnah yang sedang tidur, mereka mainkan semula kisah liwat Anwar yang dulu apabila mempertikaikan pembebasan dan pengampunan Agong terhadap Anwar. Hadi telah mula bercakap soal akhlak Anwar, seolah-olah Hadi adalah manusia paling berakhlak. Siapa paling banyak bercakap dengan bahasa kesat, Hadi atau Anwar? Kita boleh nilaikan sendiri. Bezanya Hadi bercakap bahasa kesat diselangselikan dengan ayt Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan apa yang dia buat. Dia gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan Amanatnya itu betul dengan menyebut menentang Umno itu jihad dan boleh mati syahid menentang Umno. Sekarang, dia juga gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan betapa baiknya bekerjasama dengan Umno atas prinsip "Taawun". Istilah arab digunapakai untuk memperbodohkan orang-orang Islam.

Di PRK Port Dickson, Pas menyifatkan Anwar seolah-olah Panglima Perang Jalut (kafir) yang ditentang oleh Nabi Daud A.S. Dijualnya lagi kisah Nabi melawan kaum kuffar, seolah-olah itulah yang Pas hadapi di Port Dickson. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk meraih simpati umat-umat Islam di Port Dickson agar mengundi Pas. Itu saja matlamat Pas. Parti ini akan melakukan apa saja asalkan dapat dua tiga undi. Tidak pelik jika di aas mimbar Jumaat pun mereka selamba menabur fitnah terhadap kerajaan PH. Pada waktunya, Pas menjual ayat " Jangan sesekali cenderung kepada kezaliman, kelak dibakar api Neraka". Ayat ini amat laris dibaca oleh penceramah-penceramah Pas sewaktu mereka bersama kita di dalam PR dulu. Tetapi, apabila mereka berpisah dengan kita dan tidak mahu bersama PH, mereka memilih untuk bersama Umno, maka ayat yang mereka jual adalah ayat berkaitan "Taawun" (bersangka baik) pula. Semoga Almarhum Ibrahim Lbya dan para pengikutnya yang terkubur di Memali tidak tahu kisah ini.

Alasan Pas tidak mahu bersama PH adalah kerana adanya Dap yang kononnya menentang Hudud. Tetapi, Pas terang-terangan boleh membantu MCA di PRK Balakong baru-baru ini sedangkan MCA lagi lantang menentang Hudud. Hujah Pas adalah MCA hanya menentang Hudud bukannya menentang Pas. Adakah Pas lebih tinggi dari Hudud? Menentang Hudud boleh asalkan tidak menentang Pas?

Kepada para pengundi di Port Dickson, jangan termakan dengan dakyah Pas. Biarkan Pas bersama Umno untuk bergantung hidup. Kita tidak perlu bimbang kerana Umno pun kini ibarat nyawa-nyawa ikan. Pas sendiri telah samakan diri mereka umpama anjing berebut tulang dengan Umno. Biarkan anjing-anjing berebut tulang, dan kita lihat nanti mereka akan bergaduh sesama sendiri hanya kerana mahu seketul tulang. Kita perkuatkan PH kerana misi kita untuk membawa negara ini jauh lebih maju ke hadapan. Kita mahu isinya, bukan tulang.

" Kita menentang Pas bukan kerana namanya Pas. Kita menentang Pas adalah kerana Pas menjual agama dan bersekongkol dengan Umno/Bn yang telah merosakkan negara ini sewaktu mereka memerintah, dan penentangan kita kepada puak-puak ini adalah jihad".
SELAMAT MENGUNDI.

10 ulasan:

  1. Tertarik atas ulasan w.f ni... memang sekarang PAS berada dalam kecelaruan hala tuju... Era kegemilangan Pas dan Tgna telah berlalu dengan mangkatnya TGNA. Al Fatihah... penggantinya sudah memainkan agenda mereka sendiri dan membolak-balikkan arah tuju Pas. Slogan Pas ganti umno atau pas for all dan kena jeruk. Pas bersama umno lebuh menonjol. Pelbagai hadis dan kupasan ayat dicari untuk menjustifikasikan perlakuan pas dg umno termasuk mca ini. Ada rakan blogger berkata ... kalau nak menguasai kumpulan bodoh sombong ini sangat mudah. Berikan sesuatu dengan balutan agama ... nescaya mereka akan patuh mengikut hatta ke lubang neraka sekali pun...

    BalasPadam
  2. mungkinkah rm200juta yg diberi pd nasha ialah upah memecahbelahkan PR dulu? ghanimah ini diagihkan kpd pelakon2 terlibat? tetiba aje pemimpin pas jadi mewah?

    sbb perancangan ini telah ada sblm TGNA meninggal dunia lg.

    BalasPadam

  3. PAS lah yang sepatutnya memohon pengampunan untuk Anwar sebagai sebuah parti Islam... melainkan PAS tidak percaya Anwar tidak melakukan nya. Maka bagi PAS tuduhan Anwar meliwat Saiful yang juga bertanding di PD ada lah sahih tanpa sebarang keraguan sedikit pun.

    Mangsa Liwat yang selamba memandang muka orang yang meliwat nya.

    Yang paling malang... PAS pulak yang memanjangkan fitnah kali ini.

    BalasPadam
  4. Terasa pulak Blogger Pakatan Hopeless ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas hj hadi mmg haprak. Beza bagai langit dgn bumi pas arwah tgna. Aku sokong pas tgna

      Padam
  5. Balasan
    1. Mengkafirkan org yg tak sehaluan dgn dia. Itulah kerja utama pas

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. lebai malang yang tidak mendapat tempat dalam politik negara kini semua orang kutuk

    BalasPadam
  8. parti yg konon nya kuat bila sendiri tpi dlm diam dan terangan bersama dgn parti penyamun atas konsep 'taawun'.../meleleh walaun mendengernya siap takbir sekali tapi rupa nya cakap x serupa bikin...menyesatkan..!

    BalasPadam