RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 19 April 2019

PAS JENTERA AGAMA TAPI MEMBANTU PEROSAK AGAMA ? - MENJAWAB TULISAN YB ADUN TG LUMPUR


Saya merujuk satu tulisan dari Adun Tg Lumpur yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar bertajuk " Pas Jentera Agama", dan saya mahu berikan sedikit komen terhadap setiap perenggan kenyataan beliau seperti di bawah;

PAS JENTERA AGAMA

"Yang PAS nak, ialah Islam menang, bukan PAS. PAS cuma peralatan atau jentera yang bekerja untuk Islam menang, sampai bila?, sampai Islam menang."

[Jika benar Pas mahu melihat Islam menang, Pas mesti tahu memilih dan menilai pihak manakah yang patut Pas buat kawan atau bekerjasama. Dalam konteks negara kita, hanya terdapat dua parti yang berpengaruh besar untuk menjadi kerajaan atau pemerintah, samada Pakatan Harapan atau Umno/Bn. Apabila Pas memilih untuk membantu Umno/Bn yang berpuluh tahun mempunyai rekod yang kita semua tahu dan Pas pun lebih tahu, jelaslah bahawa Pas memilih Umno/Bn bukan kerana Islam tetapi lebih kepada semangat perkauman dan kepentingan politiknya. Tidak masuk akal Pas mengharapkan Umno untuk memartabatkan Islam kerana terbukti Umno/bn adalah parti yang bukan sahaja merosakkan Islam bahkan Melayu itu sendiri.]

" Bukan semestinya PAS memerintah baru disebut Islam menang, sesiapapun memerintah jika ia melaksanakan Islam secara keseluruhannya maka itulah kemenangan Islam."

[Benar, Islam menang bukan terletak kepada Pas atau mana-mana parti tetapi kepada perlaksanaannya atau kesungguhannya. Jika dilihat kepada sejarah Umno/Bn, di manakah boleh kita harapkan parti ini mahu melaksanakan apa yang Islam perintah, bahkan secara terang-terangan parti ini banyak melakukan apa yang Islam larang. Pakatan Harapan sekarang sedang berusaha mencuci kekotoran yang telah ditinggalkan oleh rejim Umno/Bn terdahulu dan cuba berusaha untuk menjadi lebih baik dan adil kepada semua termasuk kepada Pas sendiri, namun Pas tetap mahu menjadikan Umno/Bn sebagai rakannya untuk menegakkan Islam. Masuk akalkah memilih parti yang terlalu banyak melahirkan pimpinan perosak negara, bangsa dan agama ini sebagai rakan untuk memperjuangkan Islam?]

"Tanggung jawap PAS ialah berdakwah dan sebagai wadah politik Islam bagi tujuan menegakkan sistem Ilahi yang pastinya akan memberikan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama."

[Samada Pas mahu berdakwah atau berpolitik atau kedua-duanya sekali, Pas tidak boleh lari dari prinsip iaitu membantu ke arah kebaikan. Di antara Pakatan Harapan dan Umno/Bn, pihak manakah yang terbukti banyak merosakkan negara ini? Pihak manakah yang cuba memperbaiki sistem yang lebih baik untuk negara ini? Pas tidak boleh menipu diri sendiri di dalam menilai hal ini. Pas kenal Umno/Bn bukan baru dan Pas juga kenal parti-parti di dalam Pakatan Harapan di mana Pas pernah bersama kami sebelum ini. Mustahil Pas mahu menyatakan Umno/Bn itu lebih baik dari Pakatan Harapan, kecuali jika Pas mengambil semangat perkauman (Assobiyyah) di dalam penilaiannya]

"Islam itu agama, agama itu ilmu, ilmu perlukan kefahaman, untuk faham wajib belajar, maka dakwah itu ialah mengajar dan memberi faham kepada yang tidak faham."

[Benar, Islam itu agama dan agama itu perlu kepada ilmu untuk mengamalkannya. Begitu juga politik. Politik juga perlukan kepada ilmu dan strategi serta kemaslahatannya. Orang yang mengaji agama belum tentu faham tentang politik, begitu juga sebaliknya. Tetapi, paling tidak orang politik itu tidak melanggar ajaran agama dan orang agama pula tidak menjual agamanya untuk kepentingan politik. Pada satu ketika menentang Umno/Bn itu jihad dan pada ketika yang lain wajib menyokong Umno/Bn sedangkan parti Umno/Bn itu tetap parti yang sama dari segi dasarnya sewaktu 'diharam'kan menyokongnya.]

" Bila faham barulah timbulnya keyakinan pada Islam, bukan yakin kepada yang lain. Bila dah yakin maka ia akan mencetuskan semangat berkorban dan berjuang untuk menegakkan Islam. Bukan semangat kepada yang lain."

[Faham agama tidak bererti faham kepada pendekatan politik dan kemaslahatannya. Yakin kepada Islam asasnya adalah menyokong kepada kerja-kerja makruf dan menentang pihak-pihak yang mungkar. Adakah bersama dan menyokong Umno/Bn itu bertepatan dengan uslub dakwah Islam? ]

" Perngorbanan akan sia-sia jika tiada diberikan pahala, dan tiadalah pahala jika tidak dilakukan kerana Allah swt dan tiadalah sesuatu itu dilakukan kerana Allah melainkan bertepatan dengan syariaatNya.Syariaat itulah yang hendak ditinggikan, bukan dirinya."

[Pengorbanan juga menjadi sia-sia jika kita bersekongkol dengan puak-puak yang zalim dan mungkar serta menyeleweng apabila diberikan kuasa. Jika benar kita melakukan sesuatu itu kerana Allah, maka Allah melarang kita cenderung kepada kezaliman, apatah lagi menyokong dan mengundi puak-puak ini. Inilah yang selalu disebut di dalam mukaddimah setiap ucapan di dalam ceramah Pas sebelum ini]

" Syariat itu yang mengawal PAS, bukan sebaliknya. Syariat itulah yang mengarahkan PAS berjuang, PAS hanya menjadi suruhan Syariat untuk tegakkanNya, PAS cuma menjadi alat untuk tegakkan Syariat bukan Syariat menjadi alat PAS untuk kekuasaan politik."

[Malangnya, Pas tidak mematuhi syarat itu apabila terang-terangan membantu Umno/Bn yang terang lagi bersuluh sewaktu pemerintahannya telah merosakkan bangsa, agama dan negara ini. Pas bukan menjadi suruhan syariat, tetapi Pas telah dilihat menjadi suruhan Umno untuk kembali berkuasa di negara ini. Pas lupa kepada doa "K.O" Umno sewaktu Almarhum Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Kini doa Pas berubah kepada "O.K" Umno.]

" Hari ini ada orang marahkan PAS, ada orang rimas kerana PAS nak tegakkan syariat Allah, orang kata PAS lambatkan kemenangan untuk kalahkan UMNO/BN jika terus menerus pertahankan prinsipnya untuk tegakkan Syariat Allah".

[ Bukan hari ini, bahkan sejak dahulu kala Umno/Bn sentiasa menghina Pas apabila Pas cuba membawa perjuangan Islam. Siapa yang pernah menggelar Pas parti ajaran sesat sehingga mengadakan satu seminar khas di Terengganu atas tajuk "Pas Parti Ajaran Sesat"? Dap, Keadilan, Amanah dan Bersatu tidak sanggup berbuat demikian, kecuali Umno. Hari ini, ada yang memarahi Pas bukan kerana Pas mahu bawa Islam, tetapi adalah kerana Pas menjual Islam mengikut seleranya sendiri.]

" PAS tak peduli semua tu, sebab yang kawal PAS ialah Syariat bukan manusia. PAS bukan berjuang untuk tegakkan sebuah negara yang serupa dengan kerajaan UMNO/BN yang tidak laksanakan Syariaat Allah. Teramat rugi perjuangan begitu."

[Pakatan Harapan juga tidak pedulikan Pas kerana bagi kami Islam itu untuk semua dan sesiapa berhak memperjuangkannya mengikut kaedah yang difikirkan baik. Bagi Pakatan Harapan, menentang rasuah, menentang kezaliman, menegakkan keadilan, meningkatkan ekonomi dan pendidikan, memperkasakan semua jabatan kerajaan, memperkuatkan pertahanan negara dan menghukum semua perompak yang merompak harta rakyat dan melakukan penipuan, memperbetulkan kerosakan di dalam Tabung Haji, LTAT dan felda, itu juga adalah perjuangan yang dituntut oleh Islam. Amatlah rugi perjuangan kita jika bersekongkol dengan puak-puak perosak seperti Umno/Bn]

" Yang PAS nak ialah tertegaknya Syariat Allah, Syariat perintahkan kita supaya menyokong sesiapa sahaja yang nak tegakkan SyariatNya, jika ada yang berhasrat untuk laksanaknnya, PAS pasti akan sokong, kerana yang diperjuangkan oleh PAS adalah SyariatNya."

[ Syariat Allah tidak akan tertegak jika kita memilih parti yang selama ini terbukti merosakkan syariat itu. Perjuangan menegakkan syariat Allah itu mestilah bersama pihak atau kumpulan yang mahu membersihkan negara ini dari kerosakan yang dilakukan oleh rejim terdahulu. Pas telah memilih jalan yang salah dan tidak pelik sekarang ini Pas semakin dilihat bukan sebagai parti Islam tetapi sebagai parti yang hanya menumpang parti perkauman Umno].

YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar‎
ADUN Tanjung Lumpur

Komentar:

WFAUZDIN NS

10 ulasan:

  1. DAP memang menegakkan Islam, itu yang PAS kena sokong .........He!He!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hey ele. Dap jadi kambing Hitam je. Air paip kelate pun kotor. Benda asap tu. Lepas tu dap juga salah...

      Padam
  2. Fikrah PAS seperti budak-budak dibawah Hadi Awang dan para walauntanya.

    BalasPadam
  3. pas sebenarnya nak bawa ahlinya kamana? kejap kata nak pergi kautara?kiri,kakanan?go head,go stand...yg kita nampak p@$ zaman hadi ni...yg ada $$$ itulah halatujunya....AGAMA--Makna apa2 KEINGINAN ALLAH yg DIKEHENDAKI OLEH ALLAH PADA MANUSIA UNTK MELAKUKANNYA.Umpamanya TAAT PERINTAH ALLAH DGN CARA ALLAH GUNAKAN CARRIER "DAKWAH"..BUKAN GUNAKAN CARA KEINGINAN MANUSIA IAITU POLITIK DUNIAWI YG BERUBAH2.CARA ALLAH ADALAH PEMBENTUKKAN SIFAT2...HANYAK YAKIN PADA ALLAH BUKAN MAKHLUK...TIADA HASAD DENGKI PADA SESIAPA..Jika allah dah beri nikmat dunia pada mat sabu jadi menteri kanan..siapalah kita nak menidakkan.islam tertegak bukan kerana nama parti p@%,atau majority undi,islam tertegak bila umat ikut cara nabi s.a.w iaitu yg ditunjukan oleh sahabat.ber IMAN...BUAKAN ber P@$....YG DINGINKA ALLAH BUKAN P@$.

    BalasPadam
  4. Pas diterajui oleh LOBAIKLEPTOKRAT....Apa yg lalu...semua Lobai sebat....Hehehekikikihahahakahkahkah

    BalasPadam
  5. Selagi Pas diketuai hadi, selama tu lah Pas jd bodoh dan diperbodohkan

    X-penyokong Pas tp tak rela diperbodohkan

    BalasPadam
  6. Mana dia hudud yg diperjuangkan Pas. Mcm kes biskut kot. Sekejap ada sekejap takdak. Jk hudud dilaksanakan, inilah hukuman yg menunggu najib, rosmah, riza dll yg mencuri:

    Al-maidah:

    38. As to the thief, Male or female, cut off his or her hands: a punishment by way of example, from Allah, for their crime: and Allah is Exalted in power.

    39. But if the thief repents after his crime, and amends his conduct, Allah turneth to him in forgiveness; for Allah is Oft-forgiving, Most Merciful.

    Jk najib terbukti bersalah mencuri, sanggupkah hj hadi melihat najib tangan kudung. Kan sahabat baik. Hukuman Allah atau jaga sahabat? Berat pertimbangan kan? Tapi Rasulullah saw dah isytihar jk anakanda beliau Fatimah mencuri pun akan beliau potong tangannya.....

    BalasPadam
  7. Politisyen Pas ni, bila bercakap depa lupa hakikat sebenar partinya.
    Dah la mentekedarah dedak umno, tp masih lagi perasan bersih suci.
    Kita tengok pula perangai mamat presideng, apa yyg tk kluo dri mulutnya... Pandir ke, pengkhianat ke, barua ke...hakikatnya dia lah pak pandir si lebai malang.... elok2 duk dlm PR, mamat presideng tu pi sokong umno bn yg dh nk rebah.
    Dia yg mengkhianati perjalanan parti yg berpuluh tahun melawan umno...tup tup pi berkawan dgn musuh.
    Dah jadi barua umno dgn segala kepuasan hati terhadap rompakan harta negara.

    BalasPadam
  8. Contoh mcm kerja aku, cuba ko suruh pomen repair alternator tak cas, setakat tukar alternator, tgk belting putus ke tak, pas tu chek kalau ade wayar putus. Kalau dia shot mampos tak bleh buat, kena hantar wireing, mcm tu jugak wireing, ko suruh dia bukak gear box tukar clutch plate. Hari ni dia bukak, minggu depan pun belum tentu siap. Kalau siap, kekadang gear tak bleh masuk, gear reves ketat, clutch hangit atau tak bleh jln langsung. Tapi benda yg sama, lori, kerja berminyak. Satu benda , 2 bidang yg lain. Mcm tu jugak agama dan politik. Ko anggap yg lori tu alquran, agama tu wirwman, politik tu pomen. Boleh buat, tapi tak semuanya sama. Kalau buat pun belum tentu sempurna.

    BalasPadam
  9. Pas sudah punah dibuat Geng Ganu.

    BalasPadam