RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 1 Disember 2019

PEMECATAN ZAKARIA - LATHEEFA KOYA (SPRM) PERLU MOHON MAAF ATAU ANWAR?

Alkisahnya, SPRM hantar surat kepada Lembaga Disiplin Parti Keadilan dan melaporkan tentang salahlaku Ketua Cabang Bera, Sdr Zakaria berkaitan isu rasuah sewaktu pemilihan parti yang lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin membawa surat tersebut ke mesyuarat MPP yang tidak dihadiri oleh beberapa ahli MPP penyokong Azmin termasuk Azmin serta Sdr Zakaria sendiri, kecuali YB Daroyah yang hadir.

Lembaga Disiplin mencadangkan pemecatan ke atas Sdr Zakaria kerana menganggap isu rasuah adalah isu besar dan berat buat parti Keadilan, apatah lagi laporan itu datangnya dari SPRM. Anwar selaku Presiden, beliau mahu melihat sendiri laporan tersebut sebelum MPP membincangkan tindakan selanjutnya. Laporan itu dibacakan untuk pendengaran semua ahli MPP yang hadir ketika itu. Anwar secara peribadi mencadangkan hukuman lebih ringan iaitu di'gantung' sahaja keahlian Sdr Zakaria dan beliau boleh membuat rayuan. Namun, majoriti ahli MPP ketika itu memikirkan bahawa kesalahan yang dilaporkan oleh SPRM itu bukan kesalahan kecil dan ini memalukan parti.

Majoriti mahu Sdr Zakaria dipecat dan beliau diberi peluang untuk membuat rayuan. Seandainya kesemua ahli MPP berdisiplin dan bertanggungjawab untuk hadir mesyuarat yang diwajibkan ke atas mereka itu, saya fikir banyak keputusan positif dapat dicapai secara kolektif. Malangnya, ini tidak berlaku sekian lama. Apa ertinya majoriti tapi majoriti yang tidak berani berhadapan dengan minoriti dalam mesyuarat?

Apa pilihan yang Anwar ada? Adakah Anwar hanya mahu mengabaikan laporan SPRM tersebut? Adakah Anwar mahu memaksa semua ahli MPP ikut cadangannya agar Sdr Zakaria hanya perlu digantung? Kalau itu berlaku, itu bukan Anwar yang kita kenali.

Adakah parti perlu berdiam diri sehingga Sdr Zakaria dan kawan2nya dari kumpulan Azmin ada kelapangan untuk hadir mesyuarat barulah ianya dibincangkan? Mana lebih penting, parti atau kumpulan serta puak? Parti harus berjalan terus.

Bayangkan kalau parti tidak bertindak langsung ke atas laporan tersebut, apakah pandangan masyarakat terhadap parti yang dipimpin oleh Anwar ini? Apabila SPRM menyatakan kemudian bahawa pihaknya 'terkhilaf' kerana sepatutnya surat itu tidak dihantar kepada parti kerana itu bukan cara atau kaedah SPRM berurusan dengan kes2 sedemikian, namun SPRM sehingga kini tidak menafikan isi kandungan laporan tersebut.

Apabila isi kandungan itu masih diperakui oleh SPRM, maka wajarlah parti bertindak berpandukan laporan tersebut.

Sekiranya laporan itu bagi fikiran Sdr Zakaria adalah salah atau fitnah terhadapnya, sewajarnya Sdr Zakaria menfailkan saman terhadap SPRM. Beranikah beliau berbuat demikian?

Mengapa Anwar perlu mohon maaf sekiranya dianggap laporan itu palsu atau fitnah? Bukankah sebaiknya mereka menuntut SPRM agar menarik balik kandungan surat itu dan memohon maaf bukan sahaja kepada Sdr Zakaria tetapi kepada parti Keadilan juga kerana kes ini menjejaskan imej parti di mata rakyat.

Selaku Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang terlalu mengenali Sdr Zakaria dan rapat dengannya sewaktu di dalam parti dulu perlu memohon maaf kepada sahabatnya itu dan bekas partinya dulu kalau laporan SPRM itu tidak betul atau bersifat 'nakal'. Mengapa Anwar perlu pikul biawak hidup?

7 ulasan:

  1. Wahai Penduduk Kampung Semburit sekelian..!

    Hari hari gadoh gadohhh saaja..!!

    ONDI TAK PERCAYA UNTUK ALJUB PULA
    APA KES NI HARI HARI GADOOHH SAJA
    PENDUDUK KG SEMBURIT DAH MEDERITA
    MINYOK NAIK NAK NYONDOL PUN X ADA SELERA

    Bersama beberapa perkembangan sebelum ini serta apa yang berlaku semalam di mana di dua Adun PKR yang pro Azmin bertindak memboikot Sidang Dun Melaka sehingga usul kerajaan negeri untuk melantik Pengerusi PKR negeri itu, Abdul Halim Bachik sebagai Senator ditolak dengan undi 13-12, Anwar kini sebenarnya tidak boleh berlembut atau berdiam diri lagi terhadap mereka yang menentangnya dan cuba menghancurkan PKR

    Bagi mesyuarat sayap Wanita PKR yang memang menjemput Azmin sebagai perasminya, kumpulan pro Azmin dikhabarkan akan memakai pakaian yang berbeza untuk menunjukkan perbezaan dengan mereka yang pro Anwar.

    Geng Azmin juga diperkhabarkan akan turut melakukan pemboikotan dalam Kongres Keadilan Nasional yang akan diadakan di Melaka pada 6 hingga 8 Disember depan.

    Hanya mereka yang pro Azmin dibisik-bisikkan tentang perbezaan pakaian yang perlu dipakai itu, manakala yang memakai uniform yang biasa dipakai selama ini akan dianggap sebagai pro Anwar.

    ARI ARI CITER GADUH SANA GADUH SINI
    TARIKH PERALIHAN KUASA BAKAL PM- 8
    RAKYAT DAH FED UP NAIK BOSAN SKG INI
    USUL KAN PULA UNDI ATOK ABIS PENGGAL DI PARLIMEN

    Ari ari citer bila mau tukar PM laa citer tarikh peralihan kuasa laa ,,, ari ari citer mau undi tak caya laa..bla.. bla..bla..!!

    rakyat sudah fed up..!! dan bosannn..!!!

    Apa kata Ahli Parlimen mana mana puak usul pada speaker buat undian sapa mau atok kekal abis penggal pulak... asyik undi tak caye bila mau selesai daaaa..!!

    Amacam semua...!!??

    Ok tak cadangan ni...!!!

    mohon blogger main kan usul ni .. amacam 0ok tak...!!

    FormulaHilangStress = BMF + PopCorn Tambah + Tepuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi Pariah!!!

      Kau ni bodoh sangat ke sampai tak reti menulis????

      Apa yang kau nak sampaikan, bahlol????

      Padam
    2. alooo nobody bahalol... apa yg aku nak sampaikan ialah aku nak tepuk sambil makan pop corn..


      macai bodoh fahammm..!!

      Padam
    3. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
      NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
      BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
      DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

      Padam
  2. Semua yang berlaku ini berpunca dari atuk, sama ada cari kebetulan atau dah dirancang. Azmin sepatutnya tidak dilantik sebagai menteri persekutuan sebab dah jadi MB selangor. Azmin sebenarnya mengunakan dan berselindung dgn nama atuk. Kalau atuk ikut janji2 PH dan tetap dgn tarikh peralihan kuasa, segala2nya akan selesai. Jika Azmin didpti terlibat dlm vedio semburit, geng kartel akan habis. Mereka bkn berjuang untuk parti tapi utk peribadi????

    BalasPadam
  3. Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, Mohamad Sabu bukan sahaja gagal menggunakan pengalamannya selama dua tahun hanya membuat 'wish list' kertas putih yang lebih meyakinkan, dan tidak dibincang kaedah memperolehi perkara dalam ' wish list' trrsebut malah beliau juga tidak mampu membuat perancangan untuk tempoh 10 tahun lagi.


    Note : Fake Certificate broo.. Ini faktanya adalah menteri dropped out from school... elephant fight elephang grass suffer in the middle...

    kann mendapat la kali ni..!!

    kikikiki..

    BalasPadam