RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 14 Jun 2020

KEMELUT POLITIK - KEBIJAKSANAAN AL MARHUM TOK GURU NIK AZIZ DAN APA PESANANNYA?

Banyak yang menulis tentang manhaj atau pendekatan yang diambil oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan soal kerjasama politik.

Di dalam kemelut menentukan siapa layak dipilih oleh PH untuk menjadi PM sekiranya kita berjaya merampas kembali kerajaan mandat rakyat ini dari puak pengkhianat, mereka mengambil contoh kebijaksanaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Memang diakui, Almarhum bukan sahaja seorang ulamak tetapi seorang ahli politik yang pintar. Tidak semua ulamak bijak berpolitik, contohnya Hadi Awang atau Nik Amar, tentu sekali termasuk Mokhtar Senik.

Oleh kerana hebatnya Almarhum Tok Guru, maka di eranya parti Pas amat dikagumi dan dihormati. Tidak pernah berlaku sejak Pas tertubuh ramai kaum Cina dan India memakai baju berlogo bulan dan gambar Almarhum Tok Guru dan tidak segan lagi mereka mengibarkan bendera Pas. Ini berlaku di era Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang mengajar erti persahabatan sesama insan ciptaan Tuhan.

Almarhum tangani isu hudud yang dimainkan oleh Umno dan disambut oleh beberapa pimpinan Dap dengan begitu bijak sekali. Ketegasan mendiang Karpal Singh di dalam soal hudud berjaya dilembutkan oleh Almarhum. Beliau tidak menghentam Dap jauh sekali melabel Dap anti Islam. Semakin banyak pimpinan Dap mempersoalkan isu2 berkaitan Islam, semakin dekat Almarhum dekati Dap. Itu cara Almarhum berpolitik. Kematiannya amat dirasai oleh pemimpin2 Dap dan pimpinan utama Dap turut hadir dihari Almarhum disemadikan.

Kebijaksanaan Almarhum ini cuba untuk dijadikan contoh oleh beberapa orang termasuk dari pimpinan politik. Mereka menyatakan, apa salahnya kita terima Tun M untuk menjadi PM kali ketiga asalkan PH dapat kembali ke Putrajaya? Mereka lupa untuk bertanya, apa salahnya untuk memilih Anwar sebagai PM asalkan PH kembali ke Putrajaya?

Isunya bukan kita tolak Tun M. Kebijaksanaan politik seperti Almarhum Tok Guru Nik Aziz itu telah pun kita lakukan seawal sebelum PRU14 lagi. Kita pilih Tun M sebagai calon PM dan kita letakkan di dalam manifesto PH. Alhamdulillah, kita menang berkat kebijaksanaan pimpinan PH ketika itu. Adakah kita tidak beri peluang kepada Tun M?

Sekali lagi, manhaj politik bijaksana Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga digunakan oleh Anwar Ibrahim asalkan PH terus memerintah, apabila beliau sendiri membuat cadangan di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada saat getir ketika itu, iaitu memberikan laluan kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga selepas APEC dan terpulang kepada Tun M bila mahu berundur dan serahkan kepada beliau seperti perjanjian di dalam PH. Cadangan Anwar berupa tolak ansur yang amat bijak ini telah menggagalkan nawaitu jahat para pengkhianat terutamanya Azmin dan kumpulannya yang mahu PH berpecah pada mesyuarat tersebut. PH dan Anwar telah lakukan kesemuanya demi PH, demi mempertahankan mandat rakyat.

Apakah untuk kali ini setelah Tun M sendiri gagal bertindak bijak menangani kemelut yang dicipta oleh para pengkhianat itu maka Anwar sekali lagi mahu dipersalahkan dan diminta untuk mengikuti cara Almarhum Tok Guru Nik Aziz iaitu berikan peluang kepada Tun M menjadi PM, asalkan PH menjadi kerajaan? Kita lupa bahawa Tun M telah terlalu banyak mendapat manafaat dari sikap Anwar. Tun M sendiri secara gopoh meletakkan jawatan dari PM tanpa berbincang dengan Timbalannya Kak Wan, atau dengan Anwar bahkan tidak dibincang pun di dalam Majlis Presiden. Kegopohan Tun M ini memberi ruang besar untuk para pengkhianat masuk dan telah menjatuhkan kerajaan PH. Ini kesilapan Tun M paling besar dan beliau wajar minta maaf kepada rakyat.

Mungkin faktor usia menjadikan Tun M tidak lagi mampu berfikir untuk bertindak lebih bijak apabila berdepan dengan tekanan politik. Maklumlah, bila telah berumur sedemikian tentulah mudah terasa dan mudah merajuk. Dipujuk oleh Agong pun beliau tetap mahu meletak jawatan. Akhirnya kita dikhianati.

Benar, tanpa sokongan Tun M, kita tidak boleh mengambil semula Putrajaya. Begitu juga, tanpa sokongan Anwar kita tidak boleh kembali memerintah. Hak Tun M kita telah berikan iaitu hak dia sebagai PM. Kehendak Tun M juga kita telah turutkan iaitu beliau mahu jadi PM sehingga selesai APEC. ini telah pun Anwar lakukan kerana beliau berpegang kepada manhaj politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga iaitu berunding dan bersabar.

Apakah Tun M hargainya? Setelah kerajaan PH tumbang, apa komen Tun M terhadap Anwar? Saya malas mahu ungkap semula apa yang Tun M perkatakan kepada Anwar walaupun setelah kerajaan PH tumbang kerana ianya pasti lebih menyakitkan hati kita semua. Sehingga sekarang, beberapa pimpinan dari penyokong Tun M yang menghentam Anwar kerana hingga kini Anwar belum putuskan untuk terima Tun M untuk kali ketiga menjadi PM.

Di dalam kita memperkatakan dan menasihati Anwar agar mengikuti manhaj politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz, kita jangan lupa ingatkan Anwar tentang pesanan dari Almarhum juga iaitu *"Jangan masuk lubang ular dua kali"*. Almarhum sentiasa beringat tentang ini, sebab itu sampai beliau mati beliau tidak terima Umno bersama Pas kerana Umno pernah khianat Pas. Anwar juga perlu beringat. Kami di bawah akan patuh arahan pimpinan parti di dalam isu *"Siapa PM"* walaupun tidak seperti yang kami mahukan kerana sebagai ahli parti kami berhak menegur dan mengingatkan, tetapi kami juga perlu berdisiplin.

Semoga Allah beri taufik dan hidayah kepada semua pimpinan PH.

14 ulasan:

  1. Atok yg rancang dan penyebabkan ramai berani jadi pengkhianat dalam ph.
    Atok yg merosakkan ph kerana agendanya bukan utk rakyat tapi agenda legasinya lebih diutamakan.
    Tiada nilai keikhlasan jika harta dan kuasa menguasai diri manusia gila tersebut.
    Lebih 20tahun menentang nepotisme dan kronisme tapi kita seolah-olah bersubahat membenarkannya dilakukan.
    Hanya beralasan untuk menyelamatkan negara tapi membiarkan lanun besar memperkotak-katikkan negara.

    Ya, tak apa asalkan ph menang!?

    Apa yg berlaku, ph makin hancur dan kita pula sujud menyembah manusia munafik untuk diangkat semula sebagai ketua.

    Di manakah prinsip dan asas perjuangan?!
    Adakah jawapannya asal najib dan umno kalah tapi musuh asal kita dibiarkan bermaharajalela semula.
    Kita pula sampai akhirnya diperkuda dan ditikam oleh orang sama berkali-kali.
    Kecewa...

    BalasPadam
  2. Kalu dap dan amanah ingin juga bersekongkol dgn atok memang satu penghinaan kpd pkr.

    BalasPadam
  3. Lebih baik jd pmbangkang dpd dipijak kepala oleh orang yang sama.

    Akan ada timbul suara-suara yg berkata 'Kita tumpu pada pembangunan ekonomi negara dulu baru fikir ttg peralihan kuasa!'
    'Fikir tentang perpaduan ph dulu'
    'Biar tun m memberi tumpuan pada pentadbiran negara'.

    Dan pelbagai lagi alasan sama demi meneruskan kawtim mereka.


    Sebab apa?
    Sebab tidak ada penghormatan dari puak tamak haloba kepada saudara anwar.

    Ketegasan perlu ditunjukkan demi mengajar penderhaka.

    BalasPadam
  4. Wooi Blogger....jangan kotorkan legasi TGNA dengan pelacur-pelacur PH yg dibawak kuasa DAPigs!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    BalasPadam
  6. CAMNER NAK KAW TIM PH+ MACAM NI
    SEKO NAK PANCUNG SEKO NAK JAWATAN
    UGUT PUJUK SINDIR TIKAM BATU API
    MCM NI RAKYAT NAK LAGI KE PAKATAN.!?

    ABANG SAIF DAH KATA SELASA INI
    ARI NI RABU BERAPA PUNYA AUTA LA..!!
    SEKO NAK PANCUNG SEKO NAK PM LAGI
    RAKYAT TEPOK BERDERAI LAKUN DAN AUTA

    HAMPEH HARI2 CERITA KOMPROMI ITU INI
    ESOK LAIN CITER LAIN YANG MENJADI
    KATA CUKUP NOMBOR NAK TUNGGU APA LAGI
    CUKUP LAH TU RAKYAT MUAK MELUAT KINI


    UDAH UDAH LA TUUU... SEMUA NI BARUA BARUA BATU API SINGAPORK@DAP



    HAAAAH TEPOKKK DAN SIMENN...!!

    BalasPadam
  7. Kerajaan melayu islam pn dah ditebuk mca??..melayu islam terpaksa jadi barua mca? Ke macamana ni ??
    Kita kena senyap ke bila kedai toto buka tapi masjid masih tutup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masjid ditutup?
      Tak baca berita dan sop yg kerajaan kasi ker?

      Mca?

      Bgmana dgn dap?
      Dgr dap berusaha menjadi pengatur strategi kpd ph pluuuus.
      Kutuk dan suruh mahdey lepaskan jwtn. Skrg gila pula nak suruh mahdey jadi pm9.
      Kenapa tak teruskan hajat jadikan anwar sebagai pm9?

      Anwar tak sehebat mahdey ker?!
      Atau dah seronok kawtim dgn mahdey?!

      Mana prinsip dap kpd anwar?
      Mana pegi perjuangan nak penjarakan mahafiraun?

      Apa dap dgn mahdey dah 2x5 dlm prinsip perjuangan. Sama2 seronok jadi penyamun dgn menjual aset dan harta negara.
      Sama2 seronok kencing muka2 rakyat yg mengharapkan janji ditunai tapi dikhianati sejak berkawan dgn mahdey?!

      Dap dah serupa babi sejak bersama mahdey!!!!

      Padam
    2. Aku hairan vila pas mula menyepi bila ada jawatan..kedai toto vuka lebih awal dari surau pun diam..pemandu mabuk mengganas sana sini..diam..kedai arak buka dan jual sana sini..diam..ada apa dengan pas sekarang ni..macam dah jadi bodo.

      Mmng patut TM atau Nuar jadi piem..aku x kisah siapa² pun..hancur Malaysia bila kerajaan yang dah tak ada DAP pun masih jadi penakut dan baruah..baruah MCA kot?

      Padam
  8. 17 June 2020
    Kedai Nombor Dah Dibenarkan Buka, Dimana Pemuka PAS?
    Bhai/DeeDee semua...

    Hari nih semua kedai judi nombor ekor dah dibenarkan dibuka... dibenarkan beroperasi ikut penjarakan sosial.... Huhuhu... kedai Magnum 4D, Kedai Damacai, kedai Sport Toto semua dah on hari nih... ramai pulak orang yang dah berkunjung ke sana....

    Tapi... mana pergi semua walaun PAS... mana pergi semua pemuka PAS .... mana pergi semua Ostad dan Lobai PAS yang itu hari bising pasai kedai judi nih.... Mana pergi Olamak selebriti macam Azhar Idrus tue... yang itu hari sibuk ceramah pasai Ulamak Setang... Kerajaan Setang... Menteri Setang....

    Ker Azhar Idrus pon dah jadi Ostad Setang???? Senyap sunyi ....

    Adoilah.... sembang macam langit nak runtuh bagai... biler dapat peluang hentikan bisnes judi nih once and for all hasil dari Covid-19... terus senyap tak terkata apa... terus jadi bisu... terus jadi SETANG???

    BalasPadam