RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 11 Ogos 2020

KEBERANIAN, KETEGASAn KETAHANAN MENTAL DAN KESABARAN MENJADIKAN ANWAR TERUS RELEVEN - SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 73

 


Hari ini genap usia 73 tahun tokoh reformasi ini. Panji-panji Keadilan dan reformasi yang dibawanya selama lebih 20 tahun menampakkan kesan di dalam kancah politik tanahair.

Sejajar dengan perintah Allah, mesti ada di kalangan kita orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, inilah yang dibawa melalui perjuangannya. Beliau tidak bercakap retorik tentang hukum tetapi apabila berdepan dengan jawatan dan kedudukan, hukum dipersetankan. Ketegasannya di dalam menegakkan keadilan dan melawan rasuah amat konsisten.

Keadilan bertuah memiliki seorang pemimpin yang tidak boleh dijual beli prinsipnya. Tidak sedikit anak didiknya yang gagal mencapai kejayaan di dalam membentuk sahsiah keperibadian sepertinya. Ada yang hanyut di penghujung perjuangan apabila melihat kuasa dan kedudukan Namun, tidak kurang juga anak didiknya yang terus kekal bertahan mengharungi gelombang dan ujian serta mehnah perjuangan. Mereka inilah yang bersama beliau memegang erat panji-panji keadilan.

Bila berhadapan dengan musuh, beliau umpama singa kelaparan. Bila berjanji dengan rakan sekutu, beliau memegang erat janji-janji itu walaupun beliau mungkin rugi di dalam perjanjian yang dibuat. Apabila berhadapan dengan permasalahan anak-anak buahnya, beliau seorang yang tegas tetapi dilapik dengan kesabaran yang tinggi sehingga di chop sebagai sabar 'tahap dewa". Terdapat dua sifat yang digelar orang terhadapnya. Di kalangan musuhnya, beliau dikatakan begitu rakus. Di kalangan penyokongnya, beliau dikatakan terlalu dan tersangat sabar. Mana mungkin kedua-dua sifat ini boleh bergabung di dalam jasad anak kelahiran Cherok To' Kun ini? Hanya kita yang mengenali beliau dan mengikuti perjuangannya selama 20 tahun lebih boleh menilainya sendiri.

Kerajaan PH selama 22 bulan memerintah tidak dinafikan berusaha untuk melaksanakan agenda reform yang dijanjikan. Namun ianya gagal disempurnakan dengan baik kerana pemimpin yang kita angkat dahulu tidak ada roh reformasi malahan rekod dan sejarah memperlihatkan pemimpin itu adalah amat anti reformasi. Beliau menjadi PM hanya untuk melaksanakan agendanya dan reformasi bukan perkara yang beliau minati. Sebab itu kita gagal sehinggalah kita dikhianati dan dijatuhkan.

Hari ini, pemimpin yang berusia 73 tahun ini adalah harapan rakyat Malaysia. Kunci reformasi berada ditangannya. Kita tiada pilihan sekiranya mahu melihat apa itu reformasi yang selama 20 tahun lebih dilaungkan, selain dari kita mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM selepas ini. Di dalam keadaan banyak parti yang mula goyang tidak ketahuan prinsip mereka, Keadilan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim terus fokus dengan agenda reformasi.

Keadilan Cabang Paya Besar akan terus setia dan berpegang teguh dengan prinsip dan perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Saya selaku Ketua Cbang Paya Besar mewakili seluruh warga Keadilan Paya Besar mengucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN buat Dato' Seri Anwar Ibrahim, semoga usianya diberkati dan dirahmati serta diberikan pertolongan oleh Allah di dalam perjuangannya.

9 ulasan:

  1. DARI CERUK TOK KUN KE REFORMASI
    AJARAN PLURALISMA AGAMA JUGA LGBT
    SEMUA KASI KAUT KAUTIM SAMA SEKALI
    MMM NAPE ORENG GELAR DIA AL JUBURI


    NAPE YERRR ORENG BAGI GELARAN ITU..!?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko gelar2 org dgn pggilan x baik, smpi ms akan kena pada keturunan ko jgk. balasan Allah itu pasti.

      Padam
    2. Harap dijauhkan balasan Allah ke atasnya. Tegurlah dia sebaiknya, didiklah dia sewajarnya, bimbinglah dia setulusnya. Insyaallah suatu masa nanti, dia sedar seadanya bahawa kata-kata nista tidak menjadi darah dagingnya. Tabarakallah...saudara 858. 12 Ogos

      Padam
  2. releven tang mana?lagi 20 tahun la bakal PM.kikiki

    BalasPadam
  3. Amat jelas sifat manusia ini,apabila x suka dgn seseorg itu,maka itulah gelaran yg disebut2tanpa henti.Malahan tanpa memikirkan lagi akan balasan Allah akan bagi baik kpd kita waima anak cucu keturunan pada satu hari nanti.....janji hanya hati puas walau pun sifat keji itu sangat dibenci Allah.Buat kita yg menanggung sifat jijik ini segeralah bertaubat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Ni lah anak bangsa yg lahir dari kerakusan kemewahan hasil dari suapan pemimpin mereka .. Mereka tak takut pd kemurkaan allah.. Bahasa keji tu permainan mereka..

      Padam
  4. Selamat Hari Lahir Dato Seri. Semoga sentiasa sihat dan panjang umur.

    BalasPadam
  5. Syukran. Teruskan perjuangan. Salam reformasi...

    BalasPadam
  6. Moga DSAI terus membawa obor reformasi, pantang undur demi perjuangan rakyat marhaen. Walaupun diri dicela, dihina,dizalimi... perjuangan takkan padam. Lawan Tetap Lawan.

    BalasPadam