RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 2 September 2021

BETUL KE KERAJAAN SEKARANG JUGA GAGAL?

 


4 ulasan:

  1. Surat terbuka pada Brother Anwar Bin Ibrahim sebagai Presiden PKR.

    Bijaknya Selangor.. Nilai Tanah RM1Billion, Premium RM320 Juta

    Friday, September 03, 2021

    Kerajaan Selangor mungkin berdepan kerugian sekurang-kurangnya RM700 juta disebabkan tindakan memindahkan hampir 530 hektar hutan simpan kepada pemaju swasta.

    Pemindahan pemilikan hutan simpan di Kuala Langat yang pertama kali diluluskan exco tahun lalu tidak melalui proses tender terbuka.

    Pada mulanya, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada syarikat milik kerajaan, tetapi menukar keputusan untuk memberikan kepada Titian Jutaria Sdn Bhd

    Syarikat itu diperbadankan pada akhir 2018 dengan modal berbayar RM100,000.

    Elok Brother beri pencerahan dan tindakan pada kerajaan PKR di Selangor ini.

    Kan brother bakal PM Malaysia.

    Rakyat menunggu jawapan yang tuntas, eerr errmm 'convincing' dan eerr 'formidable' but eer eermm eer 'no numbers' dari Anwar bakal PM Malaysia.


    #nakulangggka

    BalasPadam
  2. Fakta & Bukti untuk tatapan : PH gagal lucut hak, fitnah RM2.6bilion terkubur. Fitnah jijik Tun Mahathir dan kerajaan PH semakin nyata.

    Semalam, mahkamah rayuan kekalkan keputusan mahkamah tinggi untuk tolak permohonan lucut hak 9 responden.

    Mahkamah kata pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan ianya adalah duit 1MDB ataupun dari aktiviti haram.

    Memang bukanpun wang 1MDB sebab dana yang disebut RM2.6b itu sudah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima.

    Yang bossku terima adalah dana sekurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi pada bossku

    Itupun bossku tak guna untuk peribadi tetapi telah diagihkan untuk kerja CSR secara terus ataupun melalui progran-program parti politik.

    9 entiti yang ditolak mahkamah rayuan
    (1) UMNO Pahang,
    (2) Habib Jewels,
    (3) Umno Kedah
    (4) ibu pejabat Umno
    (5) Wanita MCA (RM300,000)
    (6) Binsabi Sdn Bhd
    (7) Perano Sdn Bhd
    (8) Hattatex Trading
    (9) K&Z Enterprise Sdn Bhd

    Antara kes-kes lucut hak kerajaan yang juga ditolak mahkamah sejak tahun 2019 termasuk:

    - Jun 2020: Mahkamah tolak lucut hak wang Jakel dan BN Johor Bahru

    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/587695/mahkamah-tolak-lucut-hak-wang-jakel-dan-bn-johor-bahru

    - 11 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM)

    https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/699026/kerajaan-gagal-lucut-hak-rm100000-dari-akaun-yayasan-pbakm

    - "Ogos 2020: SPRM Gagal Lucut Hak Wang Dikait 1MDB Dari SUPP"

    http://www.pnbbcportal.com/2020/08/19/sprm-gagal-lucut-hak-wang-dikait-1mdb-dari-supp/

    - "Sept 2020: SPRM gagal lucut hak RM700,000 milik UMNO Pekan"

    https://www.kosmo.com.my/2020/09/17/sprm-gagal-lucut-hak-rm700000-milik-umno-pekan/

    -"Feb 2021: Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak"

    https://www.astroawani.com/berita-malaysia/permohonan-lucut-hak-rm67787255-milik-umno-johor-ditolak-284228

    - "1 Mac 2021: SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor"

    https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-gagal-lucut-hak-wang-rm27-juta-milik-umno-selangor-285423

    - 20 Mei 2021: Kerajaan gagal lucut wang RM114 juta milik Najib, UMNO

    https://www.kosmo.com.my/2021/05/20/kerajaan-gagal-lucut-wang-rm114-milik-najib-umno/

    Ini bermakna hampir 100% kes lucut hak yang dikenakan kerajaan PH dahulu sudah kalah.

    Jabatan Peguam Negara masa BN hanya akan mendakwa sekiranya kebarangkalian untuk menang kes adalah melebihi 90%.

    Tetapi selepas PRU14 pula, hampir 100% kes lucut hak yang dikenakan peguam negara kerajaan PH dahulu sudah kalah.

    Ini bermaksud masa dan wang jabatan peguam negara serta mahkamah sudah dibazirkan.

    Dan ianya jelas menunjukkan ada unsur salah guna kuasa berdasarkan politik untuk menyusahkan pihak lawan.

    Ianya amat senang untuk Jabatan Peguam Negara untuk membeku dan mendakwa berpuluh-puluh pihak walaupun kes sangat lemah tetapi pihak yang didakwa pula perlu tanggung kos guaman, penghinaan serta masa yang bertahun lamanya untuk membela diri.

    Kadar kekalahan kes lucut hampir 100% akan menjadi antara isu yang akan disiasat sekiranya berlangsungnya RCI untuk pendedahan buku Tommy Thomas bahawa campur tangan politik.

    NOTA: Ada juga beberapa kes lucuthak di mana kerajaan berjaya sebab ianya melibatkan agensi kerajaan sendiri seperti Yayasan Penyelidikan Transformasi, Yayasan GENIUS (Permata), Yayasan Tun Hussein Onn dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ataupun responden-responden lain yang malas untuk lawan dalam mahkamah sebab rasa ianya lebih murah untuk kerajaan lucut hak sahaja berbanding kos guaman. Sumpah laknat Najib ternyata benar maka kembalikan laknat itu pada sang fitnah jijik.


    #laknatlahdancelakalahsifitnahjijik

    BalasPadam
  3. Begitu longgar sekali jawapan Brother Anwar Bin Ibrahim mengenai Isu hutan simpan: Seperti lepas batuk ditangga tiada jaminan lansung tidak credible, tidak unformidable dan unconvincing malah tak ada 'numbers' lansung menyokong supaya nyahhutan Hulu Langat dilakukan..!!

    HSKLU yang diwartakan sejak zaman penjajah, awal 1920-an terus diasak hutan konkrit.
    Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah mendengar penjelasan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari berhubung isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) baru-baru ini.

    “Dan pada dua hari selepas itu, saudara Amiruddin Shari juga telah bertemu dengan saya untuk perbincangan lanjut terkait hal yang sama.

    “Oleh yang demikian, saya percaya Menteri Besar dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang selaras dengan dasar parti terkait pengekalan dan pemeliharaan alam sekitar dan hutan simpan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

    Terdahulu, kerajaan negeri Selangor dilapor meneruskan tindakan menyahwartakan seluas 536.7 hektar tanah HSKLU walaupun menerima banyak bantahan dari pelbagai pihak termasuk penduduk kawasan sekitar.

    Sementara itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) secara dasarnya tidak bersetuju terhadap tindakan pewartaan keluar HSKLU khususnya di peringkat awal cadangan oleh kerajaan negeri Selangor.

    Rakyat perlukan jawapan tuntas, convincing dan formidable dari jawapan brother itu..!!

    BalasPadam
  4. Perdana Menteri tidak boleh jadi jutawan - Tun Mahathir

    Tak tau nak gelak atau nak nangis kenyataan bodoh dari Tun Mahathir. Sila berikan contoh mantan mantan Perdana Menteri di Malaysia yang bukan jutawan sebelum dilantik jadi Perdana Menteri.

    Dr Mahathir memberitahu, kebiasannya Perdana Menteri tidak memiliki kekayaan, dan sekiranya seseorang itu kaya, maka beliau perlu mengisytiharkan statusnya sewaktu perlantikan.

    Rakyat berhak mendakwa Perdana Menteri yang menjadi jutawan selepas menjawat jawatan tersebut kerana memperoleh wang secara haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu, kebiasaannya Perdana Menteri tidak memiliki kekayaan, dan sekiranya seseorang itu kaya, maka beliau perlu mengisytiharkan statusnya sewaktu perlantikan.

    Oleh yang demikian katanya, segala kekayaan selepas menjawat jawatan nombor satu itu hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa.

    Kenyataan bodoh bangang dari Tun ini tak perlu dilayan sangat. Cuba nak alih tiang gol isu isu pasal fitnah jijik lidah bercabang kian terbongkar.

    Semua PM sebelum dilantik memegang kementerian stratrgik negara. Kementerian yg di sandang bukan kaleng kaleng bajet yg diberikan. Semasa pegang portfolio kementerian tdb semua dah kaya raya jadi jutawan dah termasuk lah Tun memegang portfolio kementerian sebelum jadi Perdana Menteri.

    Menteri yg pegang porfolio kementerian tapi lansung tak berpeluang jadi PM bukan bertaraf jutawan ada taraf billion pun ada. Ini kan yg dilantik jadi Perdana Menteri... agak agak la klu nak goreng tu..!! alahaiiii

    Nak goreng mamak pun bio la beragak agak skettt....

    #gorengmamaknampaktumpoooyeoppp

    BalasPadam