Selasa, 30 Jun 2020
ANWAR MENYUMBANG IDEA PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DI ERA TUN M
Bank Islam adalah institusi kewangan Perbankan Islam yang terkenal. Ini kerja yang Anwar lakukan apabila berada di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, selain dari Universiti Islam, Takaful Islam, pemakaian Islam di sekolah-sekolah dan banyak lagi dasar penerapan Islam yang dibawa oleh Anwar ketika itu.
Mahathir melihat prestasi beliau. Apatah lagi bila beliau pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia. Defisit negara di bawah menteri kewangan Anwar ini amat terkawal dan ekonomi negara waktu itu dikagumi serantau.
Itu baru menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Mahathir tahu apa yang Anwar akan lakukan jika tokoh reformasi ini ditabalkan menjadi PM. Mahathir tahu, musuh Anwar adalah rasuah, kroni dan nepotisme.
Tidak pelik kalau Mahathir sampai bila pun tidak mahu Anwar jadi PM. Beliau khuatir banyak perkara bukan sahaja terhadap diri dan keluarganya, tetapi beliau bimbang ketokohan Anwar akan menenggelamkan namanya.
KERJASAMA DENGAN MAHATHIR PUN PATUT DIHENTIKAN
Saya ada baca kenyataan media dari Amanah dan Dap yang tidak setuju ada rundingan dengan Muhyidin, Azmin atau Hamzah.
Cuma saya mahu tambah, kerjasama dgn Mahathir pun patut tak boleh dah...sbb dia dah jelaskan tak mahu kjasama dgn Anwar pngerusi PH. Mahathir juga byk mungkir janji dgn PH, Mahathir juga khianat dan sabotaj PH bila letak jawatan. Mahathir juga khianat PH bila cuba usahakan kjaan perpaduan, ertinya mahu lenyapkan PH. Nasib baik gagal. Byk alasan utk buang Mahathir ni...cukup la jadi budak2 Tun ni. Cukuplah sekali diperbodohkan. Ada rezeki nanti jadi la menteri semula, jgn risau.
Isnin, 29 Jun 2020
APA LAGI ALASAN MAHATHIR?
Alasan Mahathir lagi, Anwar tidak boleh jadi PM kerana Anwar pimpin parti berbilang kaum. Dia ingat orang lain nyanyuk macam dia kot.
Kalau Anwar tak boleh jadi PM atas alasan pimpin parti Keadilan yang berbilang kaum, mengapa beliau mahu berjanji Anwar akan jadi PM selepas 6 bulan dia jadi PM kali ketiga? Adakah selepas 6 bulan itu Anwar akan jadi pemimpin parti Melayu?
Kalau alasan itu juga menjadi penyebab dia tidak mahu sokong Anwar, mengapa dia calonkan Shafie Apdal sebagai PM? Shafie Apdal adalah pemimpin parti Warisan, iaitu parti berbilang kaum di Sabah. Cuba lihat pimpinan dari Warisan, semua Melayu kah?
Ini bukti menunjukkan Mahathir kini hilang arah dan kerap terlupa akibat faktor usianya. Tapi masih kemaruk nak jadi PM.
KALAU MAHATHIR TIDAK DAPAT JADI PM, BELIAU AKAN PASTIKAN ANWAR JUGA TIDAK DAPAT JADI PM
Mahathir pernah kata sokong Anwar jadi PM selepasnya. Berkali2 beliau sebut.
Kemudian Mahathir letak jawatan, kemudian bila PH telah tumbang, dengar nama Anwar mahu diangkat, dia nak jadi PM semula. Bila dia tahu ramai yg benci bila dengar nama dia untuk jadi PM kali ketiga, dia pun jual nama Shafie Apdal. Tak nampak lagi perangai Mahathir di dalam memecahbelahkan PH?
Ada pihak yang kata kononnya mereka bertemu Mahathir untuk jadi "orang tengah" bagi meredakan perseteruan di antara Mahathir dan Anwar. Apa "orang tengah" ini buat selepas bertemu Mahathir?
"Orang tengah" ini telah mengangguk kehendak Mahathir untuk menamakan Shafie Apdal sebagai PM. Walhal, mereka tahu di dalam perjanjian PH, nama Shafie Apdal tidak pernah disebut sebagai calon PM atau TPM sekalipun dari PH. Jika hujahnya mahu ambil semula mandat rakyat, mengapa wajib bawa nama Mahathir lagi kemudiannya Shafie Apdal?
Jadilah "orang tengah" yang boleh mendamaikan, bukan mengusutkan lagi keadaan. Jadilah "orang tengah" yang tidak mudah dipengaruhi. Jadilah "orang tengah" yang adil dan paling penting bijaksana agar tidak mudah di"buli" oleh orang tua kemaruk itu.
ORANG TUA YANG TIADA PARTI BOLEH TENTUKAN ARAH TUJU PH? MASA UNTUK KITA PERTAHANKAN PH
Nampaknya kita di bawah yang masih sayangkan PH harus menggandakan usaha di dalam pertempuran dengan orang tua yang bernama Mahathir ini. Tingkah lakunya semakin melampau dan meloyakan.
Tindakan beliau mengheret Dap dan Amanah untuk berpakat menaikkan Shafie Apdal sebagai PM bagi menggantikan pencalonan namanya yang ditolak oleh Keadilan, adalah satu perbuatan membuli rakan-rakan di dalam PH terutama Dap dan Amanah.
Alasan, kononnya untuk mengembalikan mandat rakyat? Semua tahu, rakyat memberikan mandat kepada PH untuk menjadi kerajaan kerana kita menjanjikan dua nama ini sebagai PM untuk PH. Pertamanya, Mahathir sebagai PM apabila PH mengambil alih Putrajaya, TPM adalah Kak Wan, sehingga Anwar dibebaskan dari penjara (pengampunan Agong) dan dibolehkan untuk berpolitik, maka Anwar akan diangkat menjadi PM pula. Mandat itu diberikan oleh rakyat.
Jika mandat ini mahu dikembalikan semula, maka sewajarnya PH menamakan Anwar sebagai PM setelah era Mahathir berakhir apabila beliau sendiri meletakkan jawatan sehingga mengakibatkan ruang pengkhianatan berlaku dengan mudah. Ini dosa Mahathir yang rakyat tidak akan lupakan sehingga beliau mati kelak.
Apabila Mahathir gagal untuk membuli Anwar dan Keadilan, beliau kini cuba untuk membuli rakan Keadilan iaitu Dap dan Amanah. Tidak masuk akal, Mahathir yang tidak berparti setelah dipecat dari partinya sendiri bersama Shafie Apdal dari Warisan yang bukan gabungan PH boleh menentukan hala tuju PH.
Apakah kesemua MP dari Amanah atau Dap boleh tersenyum dengan situasi ini? Mungkin tidak semua, tetapi ada beberapa orang di kalangan mereka sanggup dibuli dan dihina sedemikian rupa oleh Mahathir kerana mereka terbayangkan kerusi empuk di Putrajaya yang pernah mereka duduki selama 22 bulan yang lalu. Memalukan.
Marilah kita berikrar bersama untuk menggandakan serangan kepada Mahathir, bapak penipu ini. Bahkan, sesiapa sahaja yang sanggup dilacurkan oleh orang tua penipu ini wajib kita tentang habis-habisan. Pertempuran kali ini di antara kita yang sayangkan PH dengan seorang manusia munafik yang bernama Mahathir Mohamed.
PAS PUN MERAGUI MUHYIDDIN ? MENGAPA PERLU UNDI PERCAYA KALAU PAS PERCAYA KEPADA MUHYIDDIN?
Mengapa Pas mahu bawa usul tersebut? Adakah Pas pun yakin bahawa sememangnya Muhyiddin diangkat menjadi PM dan membentuk kerajaan pintu belakang ini bukan saja tidak mendapat mandat rakyat, bahkan tidak mempunyai jumlah sokongan MP yang mencukupi?
Jika Pas berfikiran begitu, mengapa Pas sudi bersekongkol dengan kerajaan yang "meragukan"? Bukankah mengikut kaedah Islam, lebih baik tinggalkan benda yang meragukan?
Atau, adakah Pas sengaja mahu perangkap Muhyiddin agar Muhyiddin hilang sokongan di dalam parlimen dan terpaksa bubarkan parlimen? Jika parlimen dibubarkan, Pas dan Umno di dalam Muafakat Nasional pastinya akan tinggalkan Bersatu pimpinan Muhyiddin. Pemimpin Pas yang kini menjadi menteri di bawah Muhyiddin hanya untuk dapatkan jawatan dan kedudukan saja melalui kerja khianat Muhyiddin, Azmin dan kumpulannya. Umpama yang rompak dan pecah rumah tu geng2 Muhyiddin, Pas tidak terlibat, tetapi hasil rompakan itu diagihkan kepada Pas sedikit. Pas terima kononnya 'rezeki jangan ditolak".
Malangnya kerajaan di bawah Muhyiddin. Menteri yang beliau lantik sendiri pun ada sifat curiga mencurigai sesama mereka. Dulu, di era Tun M jadi PM, puak lebai ni pun bercadang untuk bawa usul undi percaya kepada Tun M. Baru lebih kurang tiga bulan Muhyiddin jadi PM tanpa mandat rakyat, sekali lagi lebai mahu bawa usul undi percaya kepada Muhyiddin. Nampak tak perangai lebai?
Undi percaya, jika berlaku sebenarnya memberi risiko besar kepada Muhyiddin. Bayangkan jika usul itu ditolak majoriti Ahli Parlimen? Ertinya, Muhyiddin tidak mendapat kepercayaan dari majoriti Ahli Parlimen. Jika Pas sekarang ini sokong Muhyiddin, apa perlunya buat kerja sebodoh itu? Tentu ada muslihat untuk kenakan Muhyiddin, Kan?
Nampaknya Muhyiddin akan menerima pembalasan dari hasil kerja khianat beliau selama ini. Jika sebelum ini beliau khianat kepada rakan2nya di dalam PH, kali ini rakan2nya pula merancang untuk mengkhianatinya. Hukum karma
MAHATHIR PEMBELIT NOMBOR SATU
Baca dulu petikan apa yg beliau kata apabila ditanya tentang peralihan kuasa PM kepada Anwar sewaktu beliau menjadi PM bawah PH;
Bekas perdana menteri itu memberitahu Asia Times dalam wawancara bahawa sama ada Anwar menjadi perdana menteri atau sebaliknya bergantung pada sokongannya sendiri di kalangan penggubal undang-undang.
Dia mengatakan ini ketika menafikan bahawa dia lebih memilih bekas timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebagai penggantinya dan bukannya Anwar.
"Tidak. Saya telah menunaikan janji saya. Saya akan mengundurkan diri tetapi selepas itu, terserah kepada anggota Parlimen untuk memberikan sokongan mereka kepada calon.
“Mereka tentu boleh memilih Anwar, tetapi mereka mungkin tidak mahu memilih Anwar. Itu terpulang kepada mereka, bukan saya yang boleh membuat keputusan, ”katanya.//
Jelas, Mahathir pembelit nombor wahid dan amat malanglah jika ada pemimpin dari PH ini yang masih percaya kepada orang tua ini.
Sewaktu beliau menandatangani perjanjian dan persefahaman di dalam PH sebelum PRU14 dulu, jelas tertera nama Anwar adalah pengganti beliau selepas Anwar diberi pengampunan dan dibebaskan dari sekatan politik.
Mahathir bersetuju dan menandatangani perjanjian dan persefahaman tersebut tanpa banyak soal. Adakah ketika itu beliau tidak sedar nama Anwar disebut? Adakah beliau menandatanganinya di dalam keadaan hilang akal kalaupun tidak nyanyuk? Bahkan, berkali2 beliau ulang di dalam banyak ucapan atau kenyataannya bahawa Anwar adalah penggantinya. Adakah beliau terlalu nyanyuk sekarang?
Mengapa bila tiba dengan Anwar, beliau kaitkan mesti dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, tetapi sewaktu beliau diangkat menjadi PM oleh PH, beliau tidak sebut pun soal itu? Beliau disokong oleh PH untuk jadi PM bukannya dicalonkan oleh Parlimen. Sewaktu beliau menyerahkan jawatan PM kepada Pak Lah dulu, adakah nama Pak Lah dicalonkan oleh Parlimen?
Mengapa hati Mahathir ini terlalu busuk bila sebut nama Anwar? Apa yang dia bimbang sangat dengan Anwar? Tidak habiskah lagi dendam peribadi beliau terhadap Anwar? Adakah beliau bimbang jika Anwar jadi PM, Anwar akan muncul sebagai PM yang terbaik dan nama Mahathir akan tenggelam dan hanya diingati sebagai "Bapak Pembohong" negara.
Rabu, 24 Jun 2020
SAYA LIVE BERSAMA ADUN SEMAMBU MALAM INI - BICARA COVID19 DAN ISU2 POLITIK
InsyaAllah, malam ini Rabu (24/6/20) jam 09.00 malam, melalui page Keadilan Pahang dan juga page YB Lee Chean Chung, Adun Semambu, saya akan bersama beliau untuk membicarakan sedikit tentang Covid19 khususya di Pahang serta beberapa isu politik semasa.
TIDAK MUDAH UNTUK JADI TPM, TETAPI MENGAPA ANWAR TOLAK PELUANG INI?
Ingat senang ke nak jadi TPM, kedudukan no 2 tertinggi dlm negara? Mengapa Anwar tolak? Patutnya Anwar terima saja, bukan lama, 6 bulan saja lepas tu jadi PM. Mengapa Anwar tolak?
Anwar tahu, jawatan bukan segala2nya. Tidak guna jadi kerajaan kalau kita mempermainkan rakyat. Dah jadi PM, kita letak jawatan, kemudian kita mahu jadi PM kerajaan perpaduan, sanggup tinggalkan parti yg angkat kita. Bila gagal, kita mahu jadi PM semula atas parti kita. Mana prinsip kita?
Apakah kita semua sanggup terima orang seperti ini untuk jadi PM kita walaupun sesaat? Isunya bukan dapatkan mandat rakyat, tetapi kita telah bantu dia kembali untuk dapatkan mandatnya semula setelah dia cuba sabotaj kita.
Anwar tidak mahu terlibat dgn kerja tidak bermaruah seperti ini. Sebab itu, Anwar rela tolak jawatan TPM. Beliau tidak mahu jadi timbalan kepada orang yg telah menjual maruah sedemikian rupa.
Selasa, 23 Jun 2020
DI ANTARA DUA IJTIHAD BERBEZA, MATLAMAT TETAP SAMA
Kputusan sokong Tun atau Anwar itu merupakan satu ijtihad politik.
Yang sokong Anwar, mereka ada hujahnya tapi tetap setuju bahawa perlawanan dgn musuh iaitu PN skrg wajib diteruskan.
Yang sokong Tun pula ada hujahnya sendiri namun prinsipnya tetap tak berubah iaitu wajib rampas semula kjaan dari PN.
Maka, tak perlulah kita berpecah kerana ijtihad ini. Mungkin ijtihad kita betul, mungkin juga kita salah.
Peganglah ijtihad masing2 dan bersama teruskan melawan PN. Berkat Ijtihad kita yg ikhlas, InsyaAllah, Allah akan bantu kita.
Sabtu, 20 Jun 2020
TUN M BUKAN ORANG YANG BOLEH DIHARAPKAN UNTUK DAPATKAN MANDAT RAKYAT
Apabila saya mendengar beberapa klip audio yang diviralkan tentang pandan Tun M terhadap Anwar juga Dap, saya tidak percaya kesemuanya dlm audio ini, tetapi sukar nak tolak kesemuanya. Apa pun, hakikatnya kita dah pernah beri dia peluang jadi PM. Selepas dia meletakkan jawatan, dia mahu semula jawatan tu walaupun dia tiada parti. Orang yg bercakap seperti yg didedahkan di dlm rakaman audio ini, skrg mahu berjanji untuk jadi PM semula selama 6 bulan saja, kemudian mahu satu tahun ? Orang waras tidak akan percaya. Dia kata terimalah dia demi selamatkan mandat rakyat. Selamatkan mandat rakyat kah atau mandat Tun?
Oleh itu, tidak perlu kita di dlm PH ni bergaduh atau berpecah kerana orang tua ini. Jelas depan mata kita tingkah laku orang tua ini amat menyolok mata kita selama dia memimpin PH. Bahkan, ketika nyawa politik dia dihujung halkum sewaktu beliau hilang sokongan dari Muhyidin dan Bersatu, beliau masih bercadang untuk mengkhianati PH spabila mahu wujudkan kerajaan perpaduan. Beliau sangka cadangannya itu akan diterima oleh semua parti termasuk Umno dan Pas. Malangnya, bukan semua orang nyanyuk macam dia. Banyak janji dan tugas dia dalam kerajaan PH dulu yang masih belum terlaksana, dia sibuk mahu wujudkan kerajaan perpaduan, apa hal?
Tidak terbayang oleh fikiran kita, tergamak dia membuli pimpinan2 PH dengan meletakkan jawatan PM secara senyap2, hanya dia dan mungkin Tun Hasmah saja yang tahu. Angkara perbuatannya itu, gelabah puyuh semua menteri dan timbalan menteri balik ke pejabat masing2 untuk berkemas kerana kabinet terbubar dengan sendirinya bila dia umum letak jawatan. Tanpa bincang, tanpa runding dan tanpa guna otak.
Sebak tengok tiga pimpinan utama PH, Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu macam budak2 pejabat berdiri tercegat di luar rumahnya kerana menunggu untuk bertemu dengan beliau bagi menyelamatkan kerajaan PH yang ketika itu di hujung halkum juga. Ada beliau kisah kepada PH waktu itu?
Banyak mahu sembang pasal orang tua ini, cuma tidak larat mahu cerita. Apa yang penting, kita wajib bersyukur kerana akhirnya Keadilan dan Anwar "surrender", tidak mahu lagi percaya kepada spesis seperti ini. Jika ada seorang dua pimpinan PH yang masih yakin, negara ini tidak boleh sesiapa terajui kecuali orang tua ini, aku harap ijtihad dia betul. Aku pernah berijtihad salah apabila menyokong keputusan PH menerima Tun sebagai bakal PM sekiranya PH ke Putrajaya kerana aku yakin dia boleh jadi PM yang terbaik.
Jumaat, 19 Jun 2020
AKHIRNYA ANWAR MENGALAH LAGI DEMI PH ?
YB Khalid Samad mungkin percaya kpd Tun. Anwar pun pernah percaya kpd Tun sebelum ini. Bezanya, Khalid Samad terus konsisten percaya kpd Tun. Anwar pula sebaliknya.
Kenapa Anwar tidak percaya kepada Tun lagi? Jangan tanya soalan itu. Kalau mahu tanya, sama seperti kita bertanya YB Khalid Samad mengapa dia tidak lagi yakin dengan Hadi Awang? Dia tentu kata dia bukan baru kenal Hadi. Anwar pun bukan kenal Tun selepas PRU14 je. Terlalu lama Anwar mengenali Tun.
Apa pun, saya rasa akhirnya Anwar akan letak kepentingan rakyat mendahului apa yang dia dan kita risaukan sekarang. Jika ini keputusan yang akan diambil oleh Anwar sebagai membuktikan Keadilan tidak rela pengkhianat terus berkuasa, maka harapan kita untuk melihat PH merampas kembali Putrajaya dengan Anwar sebagai PM bahkan TPM pasti gagal. Kita boleh gunakan lagi "injin lama " itu walaupun entah beberapa kali rosak di tengah lautan.
AKHIRNYA ANWAR TERPAKSA BERKORBAN LAGI DEMI PAKATAN HARAPAN ?
Sebelum ini, Anwar telah selamatkan PH dari berpecah dengan memberikan persetujuan kepada Tun M untuk menjadi PM selepas APEC, tanpa tarikh, terpulang kepada Tun M sampai bila dia mahu duduk mereput di Kerusi PM.
Adakah kali ini sekali lagi Anwar terpaksa akur untuk menerima Tun, asalkan PH tidak berpecah? Selepas ini aku tidak tahu apa lagi yg Anwar perlu korbankan untuk menjaga PH.
Cuba tanya Tun, apa pengorbanan beliau kpd PH?
Langgar janji manifesto?
Bertemu pemimpin Umno dan Pas dan beri peruntukan?
Letak jawatan senyap2?
Cadangkan kerajaan tanpa PH iaitu ingin wujudkan kerajaan perpaduan?
Memburukkan nama Anwar di dalam mesyuarat?
Aku nak ingatkan pimpinan PH, sewaktu Tun senyap2 letak jawatan, korang bertiga macam budak2 kena buli, cari Tun kat pejabat, dia takde. Korang berkejar pulak ke rumahnya dan disuruh menunggu lama di luar macam peminta sedekah. Macam itu sekali Tun layan korang, korang lupa ke? Korang ada hati dan perasaan tak ni? Atau telah digelapkan dengan bayangan Putrajaya?
Khamis, 18 Jun 2020
HUJAH YB KHALID MELENCUNG JAUH DI DALAM MEMPERTAHANKAN TINDAKAN MENYOKONG TUN M
Aku tgk live kat Jom Channel tadi. YB Khalid samad ulas tentang kemelut pencalonan PM samada Tun atau Anwar. Beliau bawa kisah tolak ansur Nabi dlm peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Bagaimana Nabi begitu bijak berdepan dgn musuh dan sanggup menandatangani perjanjian dengan pihak kafir mekah asalkan menguntungkan umat Islam untuk dapat memasuki Mekah.
Contoh yg dibawa oleh YB Khalid Samad itu kita faham iaitu untuk beritahu kita bahawa apa salahnya Anwar terima Tun M sebagai PM lagi sekali asalkan PH dapat jadi kerajaan?
Sebenarnya, atas semangat perjanjian Hudaibiyah itulah Anwar dari dalam penjara sebelum PRU14 lagi bersetuju sokong Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya. Alhamdulillah, PH berjaya dan janji ditunaikan di mana Tun M dapat jadi PM.
Kemudian, kita semua tahu, setelah Tun M menjadi PM, beliau sendiri berjanji akan serahkan jawatan PM kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun. Kemudian dia sebut sehingga ekonomi pulih dan kali terakhir dia sebut lagi mahu serah selepas APEC. Adakah Anwar melenting? Tidak. Atas semangat tolak ansur lagi sekali, Anwar cadangkan Tun terus menjadi PM sehingga selepas APEC dan tarikhnya terpulang kepada Tun M. Open date. Jarang orang politik buat persefahaman atau perjanjian "open date" sedemikian, tapi Anwar mahu buktikan beliau jujur untuk selamatkan PH dari berpecah.
Apa lagi yang Tun mahu Anwar buat? Tanpa disuruh dan dipaksa bahkan tanpa berbincang dengan Majlis Presiden PH, Tun M meletakkan jawatan. Tidak kiralah apa sebab musabab beliau meletakkan jawatan, tetapi sepatutnya beliau telah diangkat menjadi PM melalui PH, sewajarnya lah beliau berbudi bahasa sedikit dengan PH. Sepatutnya Majlis Presiden dimaklumkan tentang hasratnya untuk meletakkan jawatan. Akibat perbuatan Tun itu, ramai menteri dan timbalan menteri bergegas kemas barang di pejabat kerana kabinet terbubar akibat tindakan Tun itu. Tun telah menganiayai mereka.
Seterusnya Tun cuba berusaha untuk lari dari PH dengan ideanya untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melibatkan semua parti. Satu lagi pengkhianatan Tun kepada PH. Alhamdulillah, cubaan Tun itu gagal dan tidak mendapat sambutan. Apabila menyedari usahanya gagal, Tun pun kembali untuk bersama PH dan akhirnya atas semangat perjanjian Hudaibiyah itu juga Anwar beri laluan lagi kepada Tun untuk dicalonkan sebagai PM. Malangnya sudah terlambat. Meskipun PH dikatakan mempunyai sokongan melalui SD sebanyak 114 MP yang menyokong Tun, tetapi sudah terlewat untuk diserahkan kepada istana. Akhirnya kerajaan PH tumbang apabila pengkhianat mengambil kesempatan lebih pantas.
Perjanjian Hudaibiyah berlaku sekali. Kepercayaan dan keyakinan Nabi kepada perjanjian ini hanya sekali. Adakah di dalam peristiwa ini pihak musuh telah memungkiri atau 'kencing' kepada Nabi dan Nabi terus percaya dan melakukan perjanjian seterusnya?
Maka, membawa kisah perjanjian hudaibiyah untuk disamakan dengan apa yang berlaku sekarang tidak tepat samasekali. Kita sekarang sedang cuba untuk "menyucikan dosa" seorang yang terlalu banyak memungkiri apa yang dikatakannya. Bahkan, selepas Tun jatuh pun, beliau masih membuat kenyataan memburukkan Anwar. Sebelum beliau jatuh pun terdedah audio mesyuarat Bersatu yang dihadirinya bagaimana beliau menyatakan sesuatu tentang Anwar yang membawa maksud beliau pun tidak sokong Anwar menggantikannya. Akhirnya, beliau jatuh juga.
Apakah salah jika ramai di luar sana tidak lagi yakin dengan Tun? YB Khalid tidak perlu remehkan penyokong2 PH di luar sana yang tidak menyokong Tun. Beliau kata, bukan penyokong di luar yang tentukan siapa calon PM tetapi kami di Parlimen yang akan tentukan. Buat apa sibuk pasal sokong Anwar kerana undi kamu tidak dikira untuk memilih di antara Tun atau Anwar? Begitulah maksud YB Khalid Samad. Benar, kami tidak ada kuasa mengundi untuk memilih siapa PM nanti. Tapi kami memilih kamu untuk menjadi Wakil Rakyat kami bukan untuk mengangkat seorang tokoh seperti Tun yang telah banyak melukakan hati kami.
Sepatutnya kamu dengar apa yang kami nyatakan dan mengapa kami menolak Tun. Bukan kami tidak mahu PH perintah Putrajaya, tetapi kami tidak mahu dipersendakan lagi oleh Tun. Khalid samad kata, layani lah Tun sebagai kawan bukannya musuh. Cuba ingat, apakah Tun melayani kita semua dan fikirkan tentang kita sewaktu beliau memilih untuk meletakkan jawatan bersendirian? Tidakkah beliau ada rasa bersalah dengan rakyat dan dengan Majlis Presiden apabila bertindak seperti budak-budak merajuk?
Semoga YB Khalid boleh membawa contoh yang lebih releven di dalam mengatasi kemelut ini, bukannya membawa kisah perjanjian hudaibiyah. Seolah-olah beliau sama pemikirannya dengan Maszlee Malik yang membawa kisah " galah sejengkal" demi untuk pertahankan Tun.
ANWAR JANGAN BIMBANG, KAMI SENTIASA BERSAMA MU
Kalaulah kerana Keadilan bertegas mahu Anwar sebagai calon PM maka rakan2 sekutu di dalam PH mahu tendang Anwar dan Keadilan keluar dari PH demi untuk pertahankan Tun M, kami penyokong bawahan bersedia bersama Keadilan walaupun bersendirian. Biarlah rakyat menilai siapakah yang lebih bermaruah dan tidak memandang kepada jawatan besar di Putrajaya. Anwar telah lakukan segala2nya untuk PH dan beliau tidak harus diasak sedemikian rupa. Kami rela pertahankan beliau sebagaimana beliau selalu pertahankan kami orang bawahan ini.
PM 9 - BELAJARLAH DARI PENGALAMAN DAN KESILAPAN LALU
Dikatakan, kalau Anwar jadi calon PM beliau tidak dpt jumlah sokongan kerana Warisan dan Bersatu Tun M tidak akan menyokongnya.
Habis tu, kalau letak Tun M jadi calon PM adakah beliau dapat jumlah sokongan jika Keadilan tidak menyokongnya?
Maksudnya, dua2 tak dapat sokongan. Maka, PH Plus perlu satukan kesemuanya dan angkat seorang calon PM yang mesti disokong oleh semua. Isunya, siapa patut mengalah kali ini di antara Tun M dan Anwar?
Kaji balik, siapa paling banyak mengalah selama ini? Tun M atau Anwar? Di antara dua calon tersebut, siapakah yg telah berpeluang menjadi PM? Siapa yang pernah letak jawatan sebelum ini? Siapa yang ada parti dan siapa yang tidak berparti? Di antara keduanya, siapa yang mempunyai jumlah MP paling ramai di dalam PH ?
Maka, buatlah pilihan dengan betul dan tepat bukannya sekadar guna alasan kita perlu segera rampas kembali kerajaan ini. Benar, rakyat mahu kita segerakan pengambil alihan kerajaan bobrok ini, tetapi bukan bermakna kita tidak kisah siapa calon PM. Calon PM itu adalah asas penting kerana PM akan menentukan baik buruknya kerajaan yang diketuainya.
Ahad, 14 Jun 2020
KEMELUT POLITIK - KEBIJAKSANAAN AL MARHUM TOK GURU NIK AZIZ DAN APA PESANANNYA?
Banyak yang menulis tentang manhaj atau pendekatan yang diambil oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan soal kerjasama politik.
Di dalam kemelut menentukan siapa layak dipilih oleh PH untuk menjadi PM sekiranya kita berjaya merampas kembali kerajaan mandat rakyat ini dari puak pengkhianat, mereka mengambil contoh kebijaksanaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Memang diakui, Almarhum bukan sahaja seorang ulamak tetapi seorang ahli politik yang pintar. Tidak semua ulamak bijak berpolitik, contohnya Hadi Awang atau Nik Amar, tentu sekali termasuk Mokhtar Senik.
Oleh kerana hebatnya Almarhum Tok Guru, maka di eranya parti Pas amat dikagumi dan dihormati. Tidak pernah berlaku sejak Pas tertubuh ramai kaum Cina dan India memakai baju berlogo bulan dan gambar Almarhum Tok Guru dan tidak segan lagi mereka mengibarkan bendera Pas. Ini berlaku di era Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang mengajar erti persahabatan sesama insan ciptaan Tuhan.
Almarhum tangani isu hudud yang dimainkan oleh Umno dan disambut oleh beberapa pimpinan Dap dengan begitu bijak sekali. Ketegasan mendiang Karpal Singh di dalam soal hudud berjaya dilembutkan oleh Almarhum. Beliau tidak menghentam Dap jauh sekali melabel Dap anti Islam. Semakin banyak pimpinan Dap mempersoalkan isu2 berkaitan Islam, semakin dekat Almarhum dekati Dap. Itu cara Almarhum berpolitik. Kematiannya amat dirasai oleh pemimpin2 Dap dan pimpinan utama Dap turut hadir dihari Almarhum disemadikan.
Kebijaksanaan Almarhum ini cuba untuk dijadikan contoh oleh beberapa orang termasuk dari pimpinan politik. Mereka menyatakan, apa salahnya kita terima Tun M untuk menjadi PM kali ketiga asalkan PH dapat kembali ke Putrajaya? Mereka lupa untuk bertanya, apa salahnya untuk memilih Anwar sebagai PM asalkan PH kembali ke Putrajaya?
Isunya bukan kita tolak Tun M. Kebijaksanaan politik seperti Almarhum Tok Guru Nik Aziz itu telah pun kita lakukan seawal sebelum PRU14 lagi. Kita pilih Tun M sebagai calon PM dan kita letakkan di dalam manifesto PH. Alhamdulillah, kita menang berkat kebijaksanaan pimpinan PH ketika itu. Adakah kita tidak beri peluang kepada Tun M?
Sekali lagi, manhaj politik bijaksana Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga digunakan oleh Anwar Ibrahim asalkan PH terus memerintah, apabila beliau sendiri membuat cadangan di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada saat getir ketika itu, iaitu memberikan laluan kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga selepas APEC dan terpulang kepada Tun M bila mahu berundur dan serahkan kepada beliau seperti perjanjian di dalam PH. Cadangan Anwar berupa tolak ansur yang amat bijak ini telah menggagalkan nawaitu jahat para pengkhianat terutamanya Azmin dan kumpulannya yang mahu PH berpecah pada mesyuarat tersebut. PH dan Anwar telah lakukan kesemuanya demi PH, demi mempertahankan mandat rakyat.
Apakah untuk kali ini setelah Tun M sendiri gagal bertindak bijak menangani kemelut yang dicipta oleh para pengkhianat itu maka Anwar sekali lagi mahu dipersalahkan dan diminta untuk mengikuti cara Almarhum Tok Guru Nik Aziz iaitu berikan peluang kepada Tun M menjadi PM, asalkan PH menjadi kerajaan? Kita lupa bahawa Tun M telah terlalu banyak mendapat manafaat dari sikap Anwar. Tun M sendiri secara gopoh meletakkan jawatan dari PM tanpa berbincang dengan Timbalannya Kak Wan, atau dengan Anwar bahkan tidak dibincang pun di dalam Majlis Presiden. Kegopohan Tun M ini memberi ruang besar untuk para pengkhianat masuk dan telah menjatuhkan kerajaan PH. Ini kesilapan Tun M paling besar dan beliau wajar minta maaf kepada rakyat.
Mungkin faktor usia menjadikan Tun M tidak lagi mampu berfikir untuk bertindak lebih bijak apabila berdepan dengan tekanan politik. Maklumlah, bila telah berumur sedemikian tentulah mudah terasa dan mudah merajuk. Dipujuk oleh Agong pun beliau tetap mahu meletak jawatan. Akhirnya kita dikhianati.
Benar, tanpa sokongan Tun M, kita tidak boleh mengambil semula Putrajaya. Begitu juga, tanpa sokongan Anwar kita tidak boleh kembali memerintah. Hak Tun M kita telah berikan iaitu hak dia sebagai PM. Kehendak Tun M juga kita telah turutkan iaitu beliau mahu jadi PM sehingga selesai APEC. ini telah pun Anwar lakukan kerana beliau berpegang kepada manhaj politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga iaitu berunding dan bersabar.
Apakah Tun M hargainya? Setelah kerajaan PH tumbang, apa komen Tun M terhadap Anwar? Saya malas mahu ungkap semula apa yang Tun M perkatakan kepada Anwar walaupun setelah kerajaan PH tumbang kerana ianya pasti lebih menyakitkan hati kita semua. Sehingga sekarang, beberapa pimpinan dari penyokong Tun M yang menghentam Anwar kerana hingga kini Anwar belum putuskan untuk terima Tun M untuk kali ketiga menjadi PM.
Di dalam kita memperkatakan dan menasihati Anwar agar mengikuti manhaj politik Almarhum Tok Guru Nik Aziz, kita jangan lupa ingatkan Anwar tentang pesanan dari Almarhum juga iaitu *"Jangan masuk lubang ular dua kali"*. Almarhum sentiasa beringat tentang ini, sebab itu sampai beliau mati beliau tidak terima Umno bersama Pas kerana Umno pernah khianat Pas. Anwar juga perlu beringat. Kami di bawah akan patuh arahan pimpinan parti di dalam isu *"Siapa PM"* walaupun tidak seperti yang kami mahukan kerana sebagai ahli parti kami berhak menegur dan mengingatkan, tetapi kami juga perlu berdisiplin.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah kepada semua pimpinan PH.
TAHNIAH - SDR EZAM SERTAI KEADILAN UNTUK KETUAI GERAK 98
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada mantan Ketua Pemuda Keadilan, Sdr Mohamad Ezam Nor yang telah mengumumkan telah menghantar borang untuk menjadi ahli Keadilan. Pengumuman tersebut telah dibuat di dalam satu majlis Pelancaran "Gerakan Reformasi 98" di Pusat Khidmat Dun Hulu Kinta, Tg Rambutan, Perak malam tadi yang telah disiarkan secara Live di FB Page Anwar Ibrahim PM Rakyat.
Ijtihad politik yang diambil oleh Sdr Ezam ini bertepatan dengan masanya di waktu PH dan Keadilan kini diasak dengan begitu hebat oleh pihak pemerintah kerajaan pintu belakang. Paling penting, kemasukan beliau ke dalam Keadilan disaat kita bukan lagi menjadi kerajaan. Sekiranya beliau tampil sewaktu kita menjadi kerajaan beberapa bulan yang lalu, sudah pasti beliau akan di cop sebagai orang yang ingin menumpang kesenangan atau mengambil kesempatan. Sebelum ini, beliau bergerak bukan atas nama parti tetapi tetap membawa agenda reformasi yang dibawa oleh Keadilan. Di dalam setiap jelajahnya sebelum ini, bahkan pada ucapannya malam tadi, beliau sekali lagi menyatakan sokongannya kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Saya tahu, ramai di kalangan kita masih meragui perjuangan Sdr Ezam. Mereka mengungkit kembali kisah Sdr Ezam selepas Sdr Ezam meninggalkan parti. Mereka ungkit kembali mengapa dahulu Ezam melawan Anwar? Mereka ungkit juga mengapa Ezam pernah menyokong Azmin sebagai MB Selangor dan bermacam-macam lagilah kisahnya untuk mereka mewajarkan kesangsian mereka terhadap Ezam. Sesiapa yang selalu ikuti ucapan2 Sdr Ezam sepanjang jelajah beliau sebelum ini pasti tahu akan jawapannya kerana Sdr Ezam telah menjawab satu persatu persoalan tersebut. Soal percaya atau tidak, itu hak masing2.
Jika kesemua perkara perlu diungkit, PH terutamanya Keadilan khususnya Anwar Ibrahim tidak akan meletakkan Tun M sebagai PM selepas PRU14. Apa yang tidak keluar dari mulut Tun M terhadap Anwar dahulu? Reformasi wujud di era Tun M. Kita bukan sahaja menerima Tun M untuk bersama PH, bahkan mengambil risiko paling besar apabila meletakkan beliau sebagai calon PM dari PH sekiranya kita berjaya menjadi kerajaan. Di dalam soal Sdr Ezam, kita yang menyokong perjuangan beliau tidak meletakkan Sdr Ezam di mana2 posisi bahkan sekarang ini beliau hanya ahli biasa, itu pun jika diterima keahliannya. Kalau dengan Tun M kita boleh terima dan meletakkannya ke posisi terpenting, apakah kita bimbang untuk menerima perjuangan Sdr Ezam yang sekarang ini menunjukkan sokongannya kepada PH dan Anwar? Jika beliau terus konsisten menyokong Anwar, itu bonus buat kita. Jika beliau khianat, "Nau'zubillah', apakah kita rugi apa2?
Di dalam politik, perbanyakkan kawan dan kurangkan musuh. Kehadiran Sdr Ezam menambahkan lagi kekuatan Keadilan. Kalau kita tidak mahu bergerak untuk mempertahankan Anwar atau Keadilan, kita tidak perlu sangsi dan ragu2 dengan mana2 pihak yang mahu melaksanakan tugas itu. Saya lebih suka Sdr Ezam bersama Keadilan ketika parti ini dalam kesukaran berbanding beliau muncul di saat Anwar berada ditampuk kerajaan. Semoga Allah memberkati Sdr Ezam.
Sabtu, 13 Jun 2020
TUN M TIDAK MAHU DIJATUHKAN
Tun M tidak mahu dikenali sebagai bekas PM yang jatuh dengan aib dan memalukan. Dia mahu berundur disaat namanya baik dan dilihat baik sepertimana dia berundur dan menyerahkan jawatan kepada Pak Lah dulu.
Malangnya, apabila dia dipilih oleh PH menjadi PM selepas PRU14 dulu, dia gagal untuk mengambil kesempatan baik untuk berundur dengan penuh sopan dan terpuji. Sepatutnya beliau boleh berbuat demikian dengan menyerahkan jawatan kepada Anwar seperti yang dijanjikan melalui manifesto PH, iaitu Anwar akan menjadi PM ke lapan apabila beliau dibebaskan dari penjara dan layak untuk aktif semula memegang jawatan dalam politik dan kerajaan.
Anwar pula sanggup memberikan lebih masa kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga melebihi dua tahun bahkan tiada masa yang ditetapkan untuk Tun M berundur. Takdir menentukan Tun M jatuh dikhianati oleh rakan2nya yang paling beliau percayai iaitu Muhyidin dan Azmin.
Cara beliau jatuh itu amat aib dan memalukan. Beliau jatuh kerana orang2 kepercayaannya bukan kerana Anwar, bahkan Anwar lah yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerajaan PH yang Tun M ketuai ketika itu.
Inilah punca yang saya rasa Tun M mahu menjadi PM semula. Beliau mahu beliau sendiri berundur bukannya dijatuhkan dengan aib sedemikian. Maka, dikatakan beliau mahu menjadi PM untuk kali ketiga sekiranya PH berjaya mendapatkan kembali kuasa yang dirompak itu. Khabarnya beliau mahu masa 6 bulan saja untuk jadi PM kali ini sebelum menyerahkan dengan beradab kepada Anwar. Dengan cara itu, beliau harap dapat membersihkan imejnya yang tercalar sebelum ini.
Biarlah beliau fikirkan sendiri bagaimana caranya untuk beliau membersihkan imejnya. Rakyat yang memilih PH di dalam PRU14 tidak boleh diajak bersama untuk menyelesaikan masalah Tun M yang kronik ini. Anwar juga tidak perlu diminta untuk selesaikan masalah yang Tun M sendiri tempah.
Kita harus 'move on" dengan agenda reformasi. Jangan kerana untuk memenuhi keinginan dan nafsu Tun M, maka kita hampakan harapan terbanyak. Cukuplah sekali rezeki yang datang bergolek kepada Tun M. Mengapa tidak bersyukur dengan rezeki itu?
Buat Anwar, dia terpaksa menanggung cacian dan cemuhan dari segelintir pejuang reformasi kerana mudah percaya Kepada Tun M. Sejak awal sebelum PRU14, apabila Anwar berlapang dada menerima Tun M sebagai calon PM dari PH, Anwar teruk diserang oleh para penyokongnya. Hinggalah kini setelah terjadi apa yang terjadi, Anwar masih diserang.
Kalau dulu beliau diserang kerana menerima Tun M, kali ini beliau diserang pula kerana dikatakan tidak beri laluan lagi kepada Tun M. Susahnya menjadi insan bernama "Anwar Ibrahim" yang bertahap 'dewa' ini.
Langgan:
Catatan (Atom)










