
Mereka yang dalam bidang kewartawanan tentunya akur bahawa jika benar Nurul berucap sebagaimana yang didakwa oleh FMT, ia adalah tajuk utama akhbar dan stesen TV diseluruh negara. Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 tentunya bertepuk gembira jika benar Nurul menyatakan demikian. Namun kecuali FMT, seluruh media arus perdana dan media alternatif lain termasuk Malaysiakini membisu. Dan, sebab mereka berbuat demikian ialah kerana Nurul tidak melafazkan sebarang sokongan untuk Zaid atau pun mencemuh Azmin dari apa segi sekali pun.
Laporan fitnah FMT itu adalah cubaan terdesak untuk memaparkan Zaid menerima sokongan Nurul dan memberi erti beliau menyanggah ayahnya.

Selasa (21 September) akhbar The Star memetik Nurul sebagai menafikan laporan FMT itu. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul soalan beliau memihak kepada Zaid atau menentang Azmin. Sebagaimana yang kita maklum, FMT adalah dibiayai oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan dan bekas ahli MCA yang menjadi penggerak utama kempen Zaid untuk menjadi timbalan presiden. Selain FMT, Soh juga membiayai sebuah akhbar berbahasa Melayu yang diedarkan percuma kepada ahli PKR dalam usaha mencari sokongan untuk Zaid.
Walaupun ghairah mencanang sifat “gentleman”nya, amat mendukacitakan Zaid, Soh Chee Wen dan orang upahannya Nelson Fernandez sanggup mengheret Nurul dan ibunya dalam kempen fitnah mereka. Nama Nurul dan Wan Azizah diperdagangkan oleh kem Zaid dalam kerakusan untuk meletakkan bekas Ketua bahagian Umno itu sebagai Timbalan Presiden PKR.
Sumber: Pahang Daily