RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 4 Oktober 2010

BETAPA GENTARNYA PERKASA KEPADA AZMIN

Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA juga tertarik dengan pemilihan di dalam PKR. Kenyataan PERKASA yang mahukan ahli-ahli PKR menyokong Sdr Mustafa Kamil Ayub sebagai Timbalan Presiden PKR menunjukkan PERKASA sememangnya berminat di dalam politik dan bagusnya pertubuhan itu mula tertarik dengan PKR. Ini bererti kenyataan Presiden PERKASA sebelum ini bahawa PERKASA tidak berminat di dalam politik hanyalah sekadar bunyi `Ong...Ong...Ong...' katak memanggil hujan sahaja.

Mengapa PERKASA begitu anti dengan YB Azmin? Ini semua bermula apabila YB Azmin menyelar Tun Mahathir sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat PKR Cabang Gombak semalam. Apabila YB Azmin menyerang Tun Mahathir yang dianggap seperti `Sammy Vellu di dalam MIC' oleh PERKASA, maka sudah tentu layak YB Azmin diserang oleh PERKASA. Persoalannya, tercederakah YB Azmin dengan serangan umpama `cubitan' dari PERKASA itu?
Siapa takut dengan pengaruh PERKASA sekarang? PERKASA hanya layak mencabar seorang individu bernama `Namewee' sahaja. Itulah standard PERKASA.

Bagi saya, hebatnya YB Azmin tentulah mendatangkan ketakutan kepada sesiapa sahaja yang memusuhi PKR dan PR. Mereka sudah tahu prinsip YB Azmin dan mereka sedar bahawa MP Gombak ini adalah pelapis kepada kehebatan DS Anwar. Mereka percaya, apabila DS Anwar disumbatkan ke penjara kelak PKR akan berkubur dengan syarat tiada orang seperti YB Azmin menggantikannya. Apakah Sdr Mustafa Kamil tidak hebat? Beliau juga anak didik DS Anwar tetapi kehebatan YB Azmin di dalam aspek `menyerang' Umno/Bn amat ditakuti oleh mereka.

Pemimpin yang baik bukan sahaja boleh mengurus atau mentadbir parti dengan baik, tetapi mesti tahu strategi dan berani menyerang musuh pada waktu dan ketikanya. Terlalu banyak bertahan dengan serangan musuh bukan satu strategi yang bijak dan berkesan. Apabila YB Azmin menyerang Umno sekaligus menyerang PERKASA, ini yang membuatkan mereka gerun dan gentar dengan kebolehan YB Azmin.

Kepada sesiapa yang ingin menyokong Sdr Mustafa Kamil, mereka boleh meneruskan sokongannya tetapi bukan kerana kehendak PERKASA yang jelas ada agenda politik mereka. Sokongan terhadap Sdr Mustafa Kamil juga baik kerana tidak akan merugikan parti kerana beliau juga adalah anak didik DS Anwar. Sekiranya ingin menyokong YB Azmin pula, teruskanlah sokongan anda bukan kerana beliau dikatakan orang kuat DS Anwar, tetapi beliau telah membuktikan komitmennya terhadap perjuangan ini samada DS Anwar di luar mahu di dalam penjara./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. kahkahkah gentar? apalah kamu wfauzdin.

    apa nak diharapkan dengan azmin tu? mengaji quran tak tahu, kitab hadith x pernah jenguk, jadi imam x boleh, baca talkin x mampu, qiam rasanya x pernah buat, al-mathurat x amalkan, itu ker pemimpin kamu nak wafauzdin... eeeeeeiii gelinya... bangkai bernyawa nak di jadikan timbalan presiden....

    kalau org pas, pilihlah yg elok sikit, mustaffa kan ada...

    BalasPadam
  2. nak pilih azmin ke?
    bolih pecaya ke dia ni..
    mampu ke dia jaga pkr nanti.
    takat dok belakang anwar wat apa.
    ada orang tuduh bini dia main dan beranakan anak anwar pun tak berani nak bertindak.
    tak yakin aku dengan mamat ni.
    betul ke tuduhan2 tu semua?
    sapa nak tolong jawab ni?

    BalasPadam
  3. bila nak dekati umno,KJ dan Nazri dah terajang keluar.so sekarang jadilah hantu yang melilau tak ada tuan,hasut sana hasut sini.dalam blog ni terlepas dua ekor malaun perkasa ni.nak selindong konon kononnya anti azmin lah,dan sokong mustafa,tapi yang sebenar perangai hantu,mana bolih ada tuan.
    tumpang nama makasar,nama orang jawa.tapi benih jenis pondan.jangan bagi malu sama orang makasar.cakap guna otak orang.apa yang utusan kata diulang ulang pasai inilah jenis balaci dan barua.

    BalasPadam
  4. sokong azmin tanda kebodohan melantun-lantun.

    BalasPadam
  5. hanya balaci umno saja yang mahu azmin ditewaskan.hanya talibarut umno saja yang mau keserabutan dalam pkr.
    nak lawan secara berhadapan,ternyata telah ditendang olih rakyat,jalan yang ada hanyalah kacau,kacau,kacau pkr.

    BalasPadam
  6. tak dapat serang hujjah, diserang peribadi, dituduh balaci.... apa raaa

    BalasPadam