AKU terbaca di dalam satu blog yang tidak menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR tetapi teramat simpati dengan Dato Zaid yang kununnya teruk diserang oleh YB Azmin. Blog itu juga menyebut bahawa di dalam `Top Five' Blog PR, kesemuanya tidak menyokong YB Azmin. Aku tidak semak pun kebenaran dakwaan itu, tetapi jika benar tiada masalah pun kerana Blogger ada hak untuk menyokong sesiapa pun.
Sejak dari awal lagi aku mengaku bahawa aku sememangnya menyokong YB Azmin untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR dan jika beliau tewas juga, aku mengharapkan Sdr Mustafa Kamil menang di dalam pertandingan kali ini. Di dalam blog aku ini pun aku wujudkan Poll buat pengunjung bagi memilih siapakah yang mereka sokong, dan sehingga artikel ini ditulis nampaknya Dato Zaid masih unggul di depan. Aku tidak tergamak untuk mengubah atau meminda keputusan Poll semasa itu walaupun aku penyokong YB Azmin. Itu hak para pengunjung dan aku perlu jujur dengan mereka.
Apakah aku tidak suka atau anti Dato Zaid? Jawapannya tidak, cumanya aku tidak sokong beliau sebagai Timbalan Presiden PKR, itu saja. Tentang tulisan aku sebelum ini yang mengkritik Dato Zaid hanyalah apabila Dato Zaid juga mengkritik Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden PKR dengan kritikan yang pada aku tidak beradab. Apabila YB Azmin pula `menyerang' Dato Zaid, aku fikir memang wajar beliau berbuat demikian setelah Dato Zaid yang memulakan `game' ini. Dato Zaid gunakan media Utusan yang terkenal `anti PR' itu untuk berkempen, maka jangan salahkan YB Azmin gunakan Berita Harian pula. Namun begitu pada aku, sebaiknya kedua-dua media itu jangan dipedulikan langsung oleh mana-mana pemimpin PKR.
Sewaktu PRK Hulu Selangor, ketika itu PKR belum menetapkan calon mereka di situ, blog ini secara terbuka menyokong Us Dr Badrul Amin sebagai calon di Hulu Selangor. Namun, setelah diputuskan bahawa Dato Zaid sebagai calon, blog ini terus berperanan setakat mampu untuk memberikan sokongan padu kepada Dato Zaid. Segala fitnah dari Umno termasuk cerita-cerita peribadi dari blog-blog pro Umno tentang Dato Zaid sedaya upaya aku tentang melalui blog ini. Ini bererti aku bukan anti Dato Zaid, bahkan aku dari Kuantan datang ke Hulu Selangor untuk bersama rakan-rakan membantu kemenangan Dato Zaid di sana.
Pada pemilihan parti kali ini, tentulah aku punyai penilaian lain yang menyebabkan aku menyokong YB Azmin pula. Jika dahulu sokongan untuk parti, kali ini sokongan untuk pemimpin parti pula. Mengapa perlu ada serang menyerang? Mengapa dikatakan YB Azmin menyerang Dato Zaid? Ingin aku bertanya pula, adakah Dato Zaid tidak menyerang sedikit pun, sedangkan Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden pun diserang olehnya. Jika dikatakan serangan itu adalah satu kritikan kepada parti, maka adillah juga serangan YB Azmin juga dilihat satu kritikan. Apakah Dato Zaid tidak boleh dikritik sedangkan dalam masa yang sama beliau menggelar Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin Ali sebagai `nyanyuk'?
Katakanlah Dato Zaid dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR, maka aku pun terpaksa akur juga. Dan, jika beliau sudah menjadi Timbalan Presiden PKR dan ada pemimpin lain yang menggelarkannya sebagai `nyanyuk', aku rasa aku patut juga kritik pemimpin tidak beradab itu. Justeru itu, terpulanglah kepada sesiapa untuk menyokong sesiapa asalkan tetap menerima keputusan ahli.
Jika Poll di dalam blog ini memaparkan Dato Zaid unggul di atas, belum tentu Dato Zaid akan menang. Begitu juga walaupun berpuluh blog tidak menyokong YB Azmin, belum tentu YB Azmin tewas. Pembaca blog sekarang cerdik, mereka tidak terpengaruh dengan buah fikiran empunya blog. Jika blog anda menyokong Dato Zaid, jangan terasa hati blog lain menyokong YB Azmin./wfauzdin.blogspot.com

aku sokong blog wfauzdin.blogspot.com , siapa yg mungkir janji, kata tak mahu jawatan dan bertanding tiba tiba bertanding lepas tu kata klu khalib ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden kata tak mahu bertanding , kita sama sama tgk keputusan, klu cakap sendiri tak boleh di tunaikan apa tah lagi hasrat org,
BalasPadamnanti ada plak cari salah org lain nk cover zaid
minta izin copy , cayalah bro...
BalasPadammenang belum tentu benar, kalah belum tentu salah... Islam tak didasarkan dengan keputusan sedemikian
BalasPadamapa lah wfauzdi... bab asas macam tu pun x tahu lagi ker...
Azmin adalah sasaran UMNO selepas DS Anwar yang perlu dihapuskan. Jika tidak masakan mereka takut sangat Azmin terpilih sebagai Timbalan Presiden. Teruskan Azmin, kami bersama kamu.
BalasPadamazmin? jauh panggang dari api... aku tetap pilih mustaffa. azmin x reti baca quran... tak boleh jadi imam... so? tak mampu jadi pemimpin mengikut kaedah Islam.
BalasPadam21:05
BalasPadamhang nak pilih macam mana.hang bukan ahli pkr.hang ahli perkasam.
bila hang kata azmin tak bolih baca quran dan tak bolih jadi imam,aku tau lagi nak kata apa kat hang.hang ni betoi bengonglah.jumpa azmin pun tak pernah,orang kelentong hang,hang tambah nak kelentong orang lain pula.
kalau hang kata orang umno tak tau baca doa dan jadi imam,100% aku setuju pasai ayat ni aku yang keluarkan,hang cuma copypaste dengan modified.
wfauzdin, anda org seromban, kami penduduk ukay... masalah kami tak solasai sampai skrg. dulu azmin janji mcm2, tapi x der satu pun yg nampak jadi kenyataan. yb apo bondo tu?
BalasPadamnak sokong sapa2 pun jgnlah sampai nak jahanamkan parti...ni semua kerja media umno..pkr yg kena main...teman suka sgt kalau zaid kekal jadi penyelaras...x payah bertanding ...kan dia baru masuk ..kalau nak bertanding post naib dah le...cuba kalau azmin baru masuk pkr terus bertanding deputy..teman rasa lagi teruklah depa ni bambu...zaid cukup cantik jadi penyelaras..pelan2 le...kalau bertanding guna paper utusan memangle silap besar...utusan ni akhbar fitnah no.1...nawaitu mana ade yg betui...bila utusan meloya nak interview sahih niat jahat..nak pelaga ...x guna kita niat baik kalau musuh tu memang x boleh buat baik..beringat le....tengok la ni...ahli2 yg x puas hati kat pkr...tv3 suku,utusan cepat2 hulur mikrofon...depa ni tunggu nak hancurkan pkr...kita serah diri buat ape...x gheti politik langsung..
BalasPadam