MENGAPA Dato Zaid Ibrahim dikatakan hebat `diserang' oleh YB Azmin malahan kununnya YB Azmin mendapat `perlindungan' daripada media Keadilan seperti Suara Keadilan dan juga TV Selangor? Tidak pula kita bertanya mengapa Dato Zaid lebih hebat `menyerang' kepimpinan parti tanpa menunjukkan rasa hormat beliau yang baru `dua hari' menyertai PKR? Ini semua patut difikirkan.
Kemunculan Dato Zaid di dalam PKR sememangnya amat dialu-alukan kerana beliau seorang tokoh berpengalaman dan dilihat berprinsip apabila menolak Akta zalim ISA yang diteruskan oleh rejim Umno. Sehubungan itu, pencalonan Dato Zaid sebagai calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu disambut meriah oleh semua penyokong parti termasuk rakan-rakan di dalam PR, walaupun sebelum itu terdapat suara-suara yang mempersoalkan wajarkah Dato Zaid dicalonkan memandangkan beliau masih `mentah' di dalam PKR. Namun, parti lebih tahu menilai Dato Zaid dan kita semua patuh arahan parti.
Menjelang pemilihan kepimpinan di dalam PKR, Dato Zaid menarik balik pendiriannya sebelum ini untuk tidak merebut sebarang jawatan tertinggi di dalam parti. Kita masih tidak mempersoalkan prinsip beliau kerana amalan demokrasi yang diamalkan oleh PKR. Dato Zaid seterusnya memberikan syarat beliau tidak akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut bertanding jawatan yang sama. Kita berfikir mungkin itu adalah prinsip terbaru beliau. Dan, terbaru pula Dato Zaid meletakkan `syarat' bahawa beliau sanggup tidak bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya YB Nurul Izzah bertanding jawatan yang sama. Adakah ini pendirian terbaru dan terakhir beliau?
Pertikaian di sini bukan masalah beliau ingin bertanding merebut jawatan atau tidak. PKR adalah parti yang menuju cita-cita untuk mewujudkan demokrasi sebaik mungkin walaupun belum berada di tahap terbaiknya. Tetapi, Dato Zaid tidak boleh mempergunakan alasan demokrasi sesuka hatinya sehingga melanggar batas-batas adab dan kesopanan. Kenyataan Dato Zaid yang banyak dilihat memperlekehkan kepimpinan parti sehingga ke tahap `menyanyu' (nyanyuk?) Timbalan Presiden parti bukan suatu amalan yang baik di dalam demokrasi. Setiap ahli tentunya ada disiplin yang wajib dipatuhi.
Mengapa Dato Zaid di`serang'? Jawapannya mudah, ia adalah kerana Dato Zaid tidak boleh dibenarkan terus melakukan sesuka hatinya di dalam parti yang baru disertainya. Menjadi tanggungjawab pemimpin dan media parti untuk memberitahu Dato Zaid bahawa beliau tidak harus bersikap seperti `Umno'. Apabila arahan parti agar pemimpin memboikot akhbar Utusan terutamanya, apa jawapan Dato Zaid? "Saya tidak peduli". Katanya. Dato Zaid juga pernah mengeluh betapa tidak bagusnya jika calon yang bertanding membentuk regu atau mana-mana Wakil Rakyat/MP menyuarakan sokongan terbuka kepada mana-mana calon. Mungkin beliau merujuk kepada sekumpulan MP yang hadir memberikan sokongan terbuka kepada YB Azmin sebagai calon Timbalan Presiden PKR.
Salahkah MP berkenaan menyokong YB Azmin? Bukankah Dato Zaid juga menyebut beliau bersedia memberikan laluan kepada YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan beliau bersedia untuk membantu kemenangannya? Bukankah ini juga sokongan terbuka beliau terhadap YB Nurul Izzah? Jadi, di mana silap dan salahnya MP lain yang menyokong YB Azmin?
Pada saya, serangan yang dikatakan `hebat' ditujukan kepada Dato Zaid tidaklah sehebat serangan beliau kepada kepimpinan parti. Jika Dato Zaid yang memulakan dan membuka gelanggang ini secara terbuka, maka beliau tidak harus gusar menghadapinya. Cuba kita lihat, tiada media atau mana-mana calon yang bertanding dilihat `menyerang' seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Mengapa? Ini adalah kerana Sdr Mustafa Kamil tidak memulakan `serangan' ke atas lawannya dan beliau cukup berdisplin.
Pendapat saya, seandainya YB Azmin tidak dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR, maka kerusi tersebut amat tepat boleh diberikan kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub. Kenyataan Dato Zaid bahawa beliau `tidak akan berubah' stailnya walaupun kini sudah berada di dalam PKR boleh kita nilai semula. PKR bukan memerlukan pemimpin yang bermegah dan ego dengan `stail'nya tetapi kita memerlukan pemimpin yang berani dan setia kepada arahan parti. Apatah lagi, wajib kita tolak pemimpin yang `bersekongkol' dengan media pencacai yang terang-terang kepunyaan Umno itu./wfauzdin.blogspot.com

zaid macam filem kartun
BalasPadamSy menyokong penuh artikel fauzdin. Ntah mulanya suka jugak Zaid masuk PKR bg menambah kekuatan tp bila lihat perangai dia lebih sudu dari kuah dan tak hormatkan DSAI dan DSWA. Skrg ni...elok dia berambus je dari PKR. Soh Chee Wen dah beli dia ni..kalau dia jd pemimpin PKR...tak lamalah PKR..hancusss
BalasPadamwan,aku cadang kita hentikan cerita perang dalam pkr.tak guna kita panjangkan pertelagahan sesama kita.kau sokong azmin,aku juga sokong azmin.ada kawan kawan kita sokong zaid atau mustafa,dan kita terus berperang untuk menaikan salah seorang drp depa.akhirnya,umno tepok gembira sebab,depa dah tak perlu buat apa apa lagi.
BalasPadamsetuju semua dgn pendapat di atas, tetapi zaid kenalah ikut arahan parti. kalau tak ikut tk payahlah jadi sebahagian drp parti... kalau jadi YB boleh lompat ahli begini...
BalasPadam