RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 8 Oktober 2010

PEMILIHAN PKR - ZAID SEMAKIN CELARU ARAH HALUANNYA ?

Media pencacai pernah mainkan isu Zaid minum arak (foto super impose) sewaktu PRK Hulu Selangor, tapi Zaid kata buat apa boikot media seperti ini.....

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Dato Zaid Ibrahim semakin hilang punca dan arah di dalam membuat keputusan walaupun terhadap dirinya sendiri. Calon yang dikatakan bakal memberikan saingan sengit kepada YB Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu selalu membuat kita terfikir apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Dato Zaid.

Masih kita ingat di awal kemasukannya ke dalam PKR, beliau berkali-kali menyebut tidak berminat untuk menduduki kerusi tertinggi parti. Kemudiannya, Dato Zaid menyebut bahawa beliau tidak akan bertanding sekiranya MB Selangor Tan Sri Khalid mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Terbaru pula, di sini, Dato Zaid menyebut pula beliau sedia tidak bertanding sekiranya YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh Dato Zaid? Adakah beliau mahu Tan Sri Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR atau lebih suka jika YB Nurul Izzah menjadi Timbalan Presiden PKR? Atau, Dato Zaid semata-mata mahu YB Azmin tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PKR? Sikap Dato Zaid seperti ini amat membingungkan, beliau seperti tiada panduan di dalam menentukan masa depan beliau sendiri. Apakah wajar orang seperti ini untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR jika beliau bertanding?

Di dalam isu boikot akhbar pencacai, Dato Zaid mempersoalkan mengapa perlu boikot akhbar seperti Utusan. Sukar untuk kita terima mengapa Dato Zaid begitu `sayang' kepada akhbar seperti ini. Adakah beliau lupa akhbar pencacai ini pernah menyiarkan gambar beliau `meneguk arak' sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor? Adakah kerana akhbar tersebut pernah mewancaranya baru-baru ini dan memberi ruang untuk beliau berkempen pemilihan parti, maka Dato Zaid mula merasa `kasih dan sayang' terhadap akhbar tersebut?

Kesemua pemimpin PR telah lama bersetuju untuk memboikot akhbar ini, tiba-tiba hadir Dato Zaid menyeru agar kita semua kembali menatap akhbar pencacai tersebut. Tersenyum lebar pihak pengurusan akhbar milik Umno itu dengan kenyataan Dato Zaid itu apatah lagi pada ketika ini kita sedia maklum betapa akhbar tersebut semakin merudum penjualannya. Dato Zaid kini berperanan untuk mengembalikan semula prestasi dan imej akhbar milik Umno itu.

Berbalik kepada kisah tadi, mengapa Dato Zaid ingin sangat YB Nurul Izzah bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden PKR? Apakah beliau yakin YB Nurul Izzah mampu menewaskan YB Azmin semata-mata YB Nurul Izzah anak kepada DS Wan Azizah dan DS Anwar? Ini satu cara simbolik untuk menghancurkan PKR. Mana mungkin ahli boleh terima di dalam PKR Ketua Umum adalah DS Anwar, Presiden isteri beliau dan Timbalan Presiden pula anak beliau. Sedangkan pada ketika ini pun pihak Umno masih menuduh bahawa PKR adalah parti `keluarga Anwar'. Apa muslihat Dato Zaid membuat percaturan sedemikian rupa?

Kepada semua ahli PKR, pilihlah pemimpin anda dengan betul berdasarkan kebolehan dan komitmen mereka terhadap parti. Teruskan boikot akhbar yang telah dipersetujui oleh pimpinan kita demi kebaikan parti. Apa jua pandangan dari mana-mana pihak yang kita lihat seperti ingin menjahanamkan parti haruslah kita tolak. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tidak `bersekongkol' dengan musuh atau `tali barut'nya. /wfauzdin.blogspot.com

13 ulasan:

  1. anda turut mendpt saham menyiarkan gambar superimposed itu. anda yang sebenarnya bercelaru wfauzdin.

    BalasPadam
  2. Perang saraf nak menangkan calon pilihan. Bak kata mustafa kamil, menang pun tak berguna kalau menang dgn cara tak bermaruah. Agen umno kah aku ni? Bodoh punya melayu yg kata begitu... Lebih baik dituduh agen umno drp terang2 menjadi hatu raya belaan azmin.

    BalasPadam
  3. PKR,, ermmmmmmmmm hancusssss !!! Anuar sodap sodap makan besar di State,,, lu org kat Malaysia ni berkecamuk,,,, adakah Anuar peduli lu org kat sini,,,????

    BalasPadam
  4. come on gang, wfauzdin dah bagi hujah, jawablah hujah dgn hujah, apa dia cakap tu betul, zaid nk bertanding presiden pkr nampaknya

    BalasPadam
  5. Nurul Izzah pula bila kena jack sikit , melompat naik minyak tak sedar diri dipermainkan.

    BalasPadam
  6. zack,

    biarlah zaid nak bertanding presiden sekali pun. Apa ada hal? Ini kan demokrasi? Apa salahnya? Kalau betul anwar & amin dpt sokongan maka tak perlu nak risau. Biarlah menang bergaya. Dah mcm budaya umno pulak dah...

    BalasPadam
  7. hahaha... ni blog cyber trooper aka pencacai yahudi umnongok ke? hahahaha,

    tanpa sedar, mengata orang tapi wfauzdin yg macam umno...
    kalau azmin kalah nanti boleh lah kau jadi macam kickdefella tu... alahai...

    BalasPadam
  8. umno sekarang ni dah bermusuh dgn utusan,
    kau pun nak jadi macam umno juga? kahkahkah

    BalasPadam
  9. Boikot Utusan? kah.. kah.. kah.. cakap tak serupa bikin pemimpin-pemimpin PR tu..

    BalasPadam
  10. Dia yang bawa budaya Buldozer ke PKR. Masa orang berreformasi dulu dia kat mana, dan apa pula yang difikirkannya ?. Lepas tu tak ikut arahan orang atas untuk kepentingan diri. Prinsip konon. Sekarang ini pun dah pakai kebas saja. Kalau jadi ketua kau ingat DIA nak dengar suara orang kecil ?. Kalau betullah dia bagus tentu dia dan jadi YB di Hulu Selangor dulu. Masakan orang HS bodoh sangat. Atau dia lebih suka PR tak menang ?. Jangan judikan PRU-13.

    BalasPadam
  11. Berapa Azmin bayaq kat hang oooi.....siap siar gambar superimpose ...

    BalasPadam
  12. emo dan nampak macam bodo la pulak blog ni

    BalasPadam