RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 20 November 2015

UMNO PENANG DAPAT 'TONGKAT SUCI", PH P.PINANG HARUS LEBIH KUAT

KERRAJAAN Pakatan Harapan P.Pinang mulai sekarang perlu lebih bersedia dan kuat lagi kerana kini kita terpaksa menghadapi satu lagi cabaran iaitu pertambahan jumlah musuh kita di negeri ini.  Jika dahulu kita hanya berdepan dengan Umno/Bn sahaja, tetapi kita PH terpaksa berdepan dengan Pas di P.Pinang yang telah mengistiharkan diri sebagai Pembangkang di P.Pinang.

Ertinya, di P.Pinang, Umno/Bn telah mendapat tongkat 'suci' dan tentunya mereka patut bersyukur kerana masih ada yang sayang kepada parti pewaris 2.6 Bilion ini.  Berbeza di Selangor, Pas sanggup bersama Keadilan dan Dap kerana mungkin kedua-dua parti ini telah bersetuju dengan Hudud gamaknya.  Bukankah Hudud sering menjafi alasan Pas untuk memutuskan hubungan dengan kawan-kawan?  Kali ini Umno dirasakan akan menyokong Hudud apabila dibawa ke Parlimen nanti.  Tapi, bila?  Wallahu Aklam.  Yang pasti RUU Akta 355 (Pindaan Mahkamah Syariah) yang cuba dibawa masuk Parlimen, bukan Hudud.  Tapi yang dicanangkan di mana-mana adalah Hudud.

Apa pun, negara ini demokrasi.  Sesiapa pun berhak untuk mengistiharkan diri mereka sebagai penyokong kerajaan atau Pembangkang.  Bahkan, untuk berkecuali pun boleh.  Mahu menentang di dalam baring, duduk hatta mencangkung pun boleh.  Rakyat akan melihat Wakil Rakyat manakah yang sanggup bersusah payah demi membela nasib rakyat atau Wakil Rakyat manakah yang beri tongkat pada rejim.

Isnin, 16 November 2015

SALAH DAP JUGA MAKSIAT BERLELUASA DI LUAR BANDAR?

BENARKAH kesemuanya salah Dap?  Oleh kerana Dap menguasai bandar-bandar, maka berlakulah maksiat minum arak dan judi?  Peliknya, setelah terputusnya hubungan kita dengan Dap maka baru timbul bahawa maksiat berlaku di tengah bandar kerana adanya Dap dan kita pun berlawan sesungguh hati dengan Dap.

Sampai sekarang aku tengah berfikir, di Bandar Kuantan, contohnya boleh dikatakan tiada pun Dap dan jika ada pun tidaklah sekuat mana.  Kuantan diwakili oleh MPnya, YB Fuziah Salleh (Keadilan), dua lagi Dun diwakili oleh calon Keadilan serta calon Pas, satu lagi diwakili oleh Umno.  Dap tidak bertandingpun di Kuantan.  Kuantan pula dikawal selia pentadbirannya oleh MPK, di bawah kerajaan negeri dikuasai Umno.

Di mana boleh disandarkan maksiat berlaku di bandar-bandar kerana Dap?  Belum ditanya lagi bandar johor Baharu yang besar itu.  Ibu Negara, Kuala Lumpur juga di bawah DBKL, di bawah Menteri Wilayah, iaitu Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno/Bn.  Di mana salahnya Dap?

Siapa yang berkuasa di dalam mengeluarkan lesen judi dan arak selama ini, jika kita menganggap bahawa Dap adalah pencetus maksiat judi dan arak di bandar-bandar?  

Bolehkah kita mengaku bahawa di setiap felda dan kampung-kampung juga kini berleluasa maksiat?  Apakah kita tidak tahu maksiat juga banyak berlaku di kampong-kampong termasuk di felda-felda?  Bukan saja aktiviti minum arak atau berjudi, gejala buang anak juga dijuarai oleh anak-anak gadis Melayu Islam di luar bandar.  Apakah ini tidak serius berbanding arak dan judi?  Salah Dap jugakah gejala ini berlaku di luar bandar?  Bagaimana pula di Bandar Kota Baharu atau Kuala Terengganu atau di segenap pelosok kampong di Kelantan dan Terengganu?  Tiadakah masalah sosial yang meruncing?  Lupakah kita gejala Aids yang tertinggi adalah di negeri Kelantan, apakah Dap juga menjadi penyebab?  Kuatkah pengaruh Dap di kedua-dua negeri Pantai Timur itu?

Sikap meletakkan salah ke atas pihak lain hanya kerana kita tidak lagi berkawan dengannya adalah satu sikap paling tidak bertanggungjawab.  Kita lupa kita sebagai penganut berugama Islam telah gagal mendidik anak bangsa kita ke arah yang lebih baik, malahan kita semakin berbaik dengan Umno/Bn yang ternyata menjadi punca banyak masalah sosial yang semakin berkembang.  Kita patut malu bahawa bangsa yang paling tinggi di dalam gejala membuang bayi ini adalah bangsa Melayu Islam terutamanya di luar bandar.  Kita hanya nampak Dap, kita tutup mata dengan Umno dan Mca.


Rabu, 11 November 2015

TOK USIN UG CEROI SIRI 4 - TOK BERDEBAT DENGAN NATANG MAMAT

DEBAT TOK DENGAN NATANG MAMAT

" Kita tak boleh pecat Husam Musa walaupun banyak dia kritik parti kita secara terbuka bahkan membuat tuduhan kpd Presiden kita kerana kita tidak menerima sebarang aduan resmi dari mana2 pihak."

" Sebagai parti Islam, kita wajib ikut cara Islam. Jika ada aduan atau laporan, kita wajib siat dulu kemudian panggil orang yg kita tuduh tu untuk membela dirinya. Itulah cara Islam parti kita. Indahnya parti kita yg berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias".

Itulah di antara Tazkirah subuh tok pagi tadi di hadapan para walaun yg majoritinya terdiri dari pejuang2 yg rambut telah putih dan gigi sudah takde. Hanya seorang anak muda, berkulit hitam gelap macam biji tasbih yg setia sangat dengar tazkirah tok. Tok tak berapa selesa kalau Natang Mamat ni ada, pasti dia akan buat kecuh.

" Tok. Cantik sungguh apa yg tok sampaikan itu. Memang indah Islam itu tok. Tapi...saya nak tanya tok satu perkara". Soal Natang Mamat.

Tok dah mula gelisah. Sikit2 peluh kat dahi menitis. Rasa nak terkentut pun ada. " Errr...mende lagi yg mu nak tanya Natang Mamat? Kalau satu hari mu tak tanya tak boleh ke? Ok...apa yg mu nak tanya?". Jawab tok sambil menahan kentut.

"Dalam isu Husam Musa...macam2 helah dan dalil tok beri. Kena tunggu aduan atau report lah...kena siasat dulu lah...kena panggil Husam untuk bela diri...macam2 alasan. Hakikatnya memang guru tok tak berani pecat Husam sebab guru tok tahu Husam banyak penyokongnya di Kelantan. Betulkan? Paling win...guru tok nak tengok Husam langgar Bai'ah talak tiga..biar Husam bercerai berai dengan bini dia kan? Biar rumah tangga dia runtuh, kan?". Panjang persoalan Natang mamat kali ni.

Tok cuba buat muka 'cool' seolah2 tok takde masalah dengan soalan2 Natang mamat. Tok kena bela guru tok dan tok tak mahu imej guru tok ditelanjangkan dihadapan ramai dalam kuliah pagi ni.

" Natang mamat. Itu fitnah kamu ke atas guru tok. Guru tok tak berniat begitu. Memang Islam itu adil..perlu ada laporan dan siasatan. Sidituduh perlu membela diri dan kita pun perlu bukti2 kukuh serta saksi2. Itulah Islam di bawah kepimpinan ulamak seperti guru tok". Jawab tok sambil kesat2 peluh didahi.

Natang mamat semakin menghensut pungungnya dan menghampiri rapat betul2 kat muka tok.

" Tok. Cuba jawab dengan jujur ye. Dalam satu ceramah terbuka, guru tok telah menuduh calon2 rakan dalam Pakatan Rakyat adalah sebagai pengedar pil kuda dan membawa fahaman komunis. Ini adalah alasan guru tok untuk meletakkan calon2 guru tok di Kerusi yg sepatutnya ditandingi oleh rakan2 parti tok. Soalan saya;

1. Dari mana guru tok dapat maklumat itu?
2. Adakah ada laporan resmi dibuat samada kepada parti tok atau kepada pihak Polis kerana ini satu perbuatan jenayah besar?
3. Adakah guru tok telah melaporkan kepada pimpinan rakan2 parti tok tetang hal ini agar mereka boleh menyiasat dan bertindak?
4. Setelah guru tok terima laporan itu, adakah guru tok arahkan siasatan dibuat dahulu atau mereka2 yg dikatakan pengedar pil kuda atau pembawa fahaman komunis itu dipanggil untuk mendapatkan pengesahan?
5. Adakah guru tok memiliki bukti2 atau saksi terhadap tuduhan ini?

Jawab la tok. Kata Natang Mamat.

Jubah tok basah dengan peluh. " Gini...errr..err..dalam isu pil kuda ini, guru tok tak sebut nama sesiapa. Kes pun dah selesai di mahkamah yakni guru tok hanya melakukan fitnah umum, tak sebut nama sesiapa. Mahkamah pun kata, unsur2 fitnah memang ada, cuma guru tok tak sebut nama je...itulah hikmahnya ulamak memimpin.." Jawab guru tok sambil melepaskan kentut perlahan2.

Natang mamat tenung mata tok tajam. " Ohhh...fitnah umum takpe la ye? Fitnah tak sebut nama kira halal dalam Islam? Baiklah, sekarang saya nak bagitahu semua yg ada di sini. Dalam keluarga tok usin ni ada anak dia yang suka main dengan bontot, yakni gay. Hati2 semua..."

Semua dalam masjid terkejut. Masing2 saling pandang memandang. Tok bingkas bangun.

" Celaka mu...dalam masjid buat fitnah..mana bukti dan saksi2 mu...mu tahu tak tuduh orang liwat dan berzina tu perlu kpd 4 org saksi yg adil? " Jerkah tok.

Natang mamat pun bangun. " Ada saya sebut nama sesiapa tok?" Ahli keluarga tok ramaikan? Tak sebut nama takpe kan? Halal kan? Kata natang mamat.

Para jemaah terus meleraikan kami yg hampir bergaduh. Tok terus beredar pantas ke bilik air untuk mencuci jubah yang terlekat kincit. 
 

Khamis, 5 November 2015

TOK USIN UG CEROI SIRI 3 - NATANG MAMAT FRUST TAK JADI BERTUNANG

KESIHAN NATANG MAMAT

Patut la tok perati byk hari si Natang Mamat tak muncul2 sakat tok. Tok dengar khabar dia tengah frust bercinta dan demam teruk kat rumah. Jiran2 dia cerita, Natang kulit gelap ni ada hati kat anak dara guru tok.

Ceritanya, Natang mamat ni datang lah bersama keluarga dia ke rumah guru tok untuk meminang anak gadis guru tok kat Rusila. Rombongan meminang dijemput masuk dan wakil pihak keluarga natang mamat pun mula berbicara.


" Tuan Guru Syeikh Almarangi, adapun kami adalah dari keluarga Natang Mamat. Adapun tujuan kami ke istana tuan guru adalah untuk meminang anak gadis tuan guru bernama Siti Fastokimah tu.". Kata wakil keluarga Natang mamat sambil menunjukkan cincin belah rotan.

Guru tok tersandar di tepi dinding sambil melayan wassap. " Mu tahu ke anak gadis ambe mboh ke tak mboh kat natang yg gelap macam biji tasbih tu?" Tanya guru tok sambil menjeling2 kat Natang mamat yg leka main wassap juga.

Wakil keluarga Natang mamat menjawab, " Mereka saling suka menyukai. Kalau tuan tak percaya, cuba tanya Siti Fastokimah sendiri".

Guru tok tenang. " Gini lah. Walaupung mereka saling suka menyukai, Ambe punya keputusang adalah "Berkecuali".

Kami semua terperanjat. " Habis tu, guane tuan guru? Setuju atau tidak Natang Mamat dikahwinkan dengan anak gadis tuan guru?" Wakil kami minta kepastian.

" Mu pahang tak ambe kata? Ambe berkecuali.". Jerkah guru tok.

Rombongan kami pun tak mahu buat kecuh. Kami pulang ke rumah dgn rasa sedih. Natang mamat terus masuk bilik dan demam sampai sekarang.

Gitu le ceritanya yg tok dengar.
 

Rabu, 4 November 2015

DEBAT ISU 1MDB - JIKA TONY DAN ARUL DILARANG, GANTI SAJA NAJIB - RAFIZI

TONY Phua khabarnya tidak boleh berdebat dengan Arul dalam isu 1 MDB atas alasan Tony berada dlm PAC. Pakatan Harapan (PH) pun bercadang mahu mengganti Tony dengan tokoh lain, mungkin Rafizi Ramli agaknya.

Tiba-tiba diberitahu pula, Arul Kanda pun tidak boleh berdebat sebab dia salah seorang saksi dalam kes 1MDB. Habis tu, takkan nak letak Nik Abduh berdebat dgn Ustaz Mokhtar Senik?

Untuk lebih lojik, elok rasanya Najib berdebat dengan Rafizi. Amacam? Oopss...najib pun terlibat kan? Habis tu? Nak berdebat dgn rosmah? Tuan penasihat ada cadangan tak?

Isnin, 2 November 2015

CERITERA TOK USIN UG CEROI LAGI....

Tok bukanlah yg terbaik. Yg terbaik tu guru tok, dia tak pernah silap. Dulu dia bikin amanat dia utk mnyatakan kita tak perlu masuk yahudi kafir tetapi kita boleh jadi kafir bila kita menyokong perlembagaan penjajah. Dulu guru tok ajar kita, kita menentang amno bukan kerana dia Amno, tetapi kita menentang Amno kerana Amno mengekalkan perlembagaan kafir. Itu dulu.

Sekarang...

Guru tok tetap benar tiada yg tidak benar melainkan benar2 belaka.
Sekarang amanat guru tok tetap sama cuma ada 'modified' sikit kerana ada wahyu baru semenjak ketiadaan Almarhum tok guru Nik Aziz.

Amanat sekarang, kita tak perlu bersama Dap dan Amanah untuk menjadi kafir tetapi kita tetap Islam jika kita menyanjung Amno dan bekerjasama dengan mereka kerana Perlembagaan sekarang bukan lagi perlembagaan penjajah, perlembagaan sekarang adalah perlembagaan Madinah yakni Perlembagaan Islam. Kita menentang Dap dan Amanah bukan kerana dia Dap atau Amanah, tetapi kerana kita tak dapat menumpang kekayaan dengan mereka. Kita bersama Pkr bukan kerana Pkr itu menyokong Hudud, tetapi kita dapat menumpang jawatan Exco dan memegang jawatan dalam GLC di Selangor. Sesungguhnya, tiadalah kafir si Din Ayam itu kerana dia menjadi kaya raya di dalam Perangsang di Selangor.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Return

Jumaat, 30 Oktober 2015

TIDAK SALAH JIKA DAP PUN MAHU UJI PENGARUH DI KAWASAN PAS

SEBELUM ini kita diberitahu Pas mengugut akan bertanding di banyak Kerusi Dap untuk membuktikan bahawa parti itu boleh mendapatkan sokongan masyarakat kaum Cina.  Bahkan parti tersebut turut berhajat untuk bertanding di banyak Kerusi di Sabah dan Sarawak.  Itu hak parti tersebut, apatah lagi Pas masih belum berada di dalam Pakatan Harapan.

Apabila yang terkini Dap pula menyatakan bersedia untuk bertanding di 8 Kerusi Pas di Selangor, apakah itu pelik?  Kalau Pas terlebih dahulu bercita-cita untuk menguji pengaruhnya di kawasan Dap, tentulah adil jika Dap juga berhajat untuk menguji pengaruhnya di kawasan Pas.  Mengapa YB Dr Rani merasa gelisah?

Bijakkah masing-masing bersikap demikian?  Aku rasa tidak bijak sekiranya kita bercita-cita untuk berdepan dengan musuh yang satu iaitu Umno/Bn.  Kecuali jika kita merasa kita perlu bekerjasama dengan Umno/Bn untuk memberikan kemenangan mudah kepada rejim ini melalui perpecahan undi kita.  Sebab itulah betapa pentingnya wujud Pakatan Harapan yang mengharapkan semua parti yang tidak setuju dengan Umno/Bn itu bergabung dan berpakat.  Jika ini gagal difahami, maka tiada pilihan lain.

Seandainya Pas tidak bersedia untuk bersama PH, maka memang menjadi hak Pas untuk bertanding di mana-mana Kerusi, begitu juga dengan Dap.  Itu pilihan mereka.

KISAH MP - TOK USIN UG CEROI PUNYA CERITERA

 
ALAHAI TONTOWI....JATUH KEMALUANG GURU TOK CAMNI..

Tok dengar sidang Parlimen sebentar tadi. Lebih kurang jam 11.20 pagi, sampai kpd soalan no.7 kalau tak silap tentang Institusi kewangan asing (wakil Bintulu),

Maka MP Temerloh pun bangun mencelah untuk menunjukkan dia tak tidur dalam Parlimen. MP Temerloh timbulkan masalah dengan isu pekerja2 asing dan sumbernya beliau petik dari Bernama.

Speaker pun jawab, " YB...soalan tu tiada kaitan dengan Menteri...sekarang tajuk dia "Istitusi kewangan Asing". Ada beza "kewangan asing" dengan "pekerja asing".

MP Temerloh tiba2 bertukar hijau wajahnya tok tengok. Pastu pandang kiri kanan sambil sengeh2....

Tok rasa nak berguling ketawa...tapi bila terbayangkan siku dan lutut temerloh, tok tahan je la ketawa sampai terkentut2 tok dibuatnya. Patut le natang mamat selalu sebut dia tak percaya parti tok boleh mentadbir negara...usahkan nak jawab soalan, tanya soalan pun dah tak tau...

Bagi tok, takpe.....asalkan jgn angkat plakad.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Khamis, 29 Oktober 2015

PAKATAN HARAPAN MESTI WUJUD DI SEMUA NEGERI

TUBUHKAN segera Pakatan Harapan (PH) di setiap negeri samada negeri yang diperintah oleh Pembangkang atau tidak, kecuali Kelantan yang diperintah oleh Pas.  P.Pinang yang KM nya adalah dari Dap manakala Selangor yang MB nya adalah dari KEADILAN memang patut menjadi kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini.

P.Pinang telah pun istihar negeri itu adalah Negeri PH.  KM P.Pinang tahu hasrat PH itu sendiri yang serius dengan objektif penubuhan PH.  Selangor masih bermain tarik tali dengan Pas, sedangkan di Kelantan kita pun tidak kisah atas nama apa kerajaan Kelantan kerana Kelantan di kuasai majoritinya oleh Pas.  Selangor memiliki 15 Adun Dap dan 13 Adun KEADILAN serta 2 Adun dari Amanah yang mewakili PH.  Pas memiliki 13 Adun sahaja. 1 Adun lagi adalah Bebas.  Ertinya, majoriti Adun Pembangkang PH di Selangor sudah cukup untuk menggambarkan Selangor dikuasai oleh PH.  Lojiknya, Selangor mesti diistiharkan sebagai Negeri PH.

Dikhabarkan telah pun keluar surat arahan dari KEADILAN Pusat kepada semua negeri termasuk Selangor mengarahkan Pengerusi MPN setiap negeri segera merealisasikan PH di negeri masing-masing.  Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan Pengerusi-Pengerusi MPN melaksanakan arahan tersebut yang mana telah diputuskan di dalam mesyuarat tertinggi KEADILAN Pusat.  KEADILAN mesti menunjukkan disiplin yang tinggi di dalam hal ini sekiranya mereka mahu ahli-ahli mereka juga berdisiplin terhadap parti.

Mewujudkan PH bukan bererti memusuhi Pas kerana PH masih berpegang kepada kenyataannya sebelum ini bahawa pintu sentiasa terbuka kepada Pas dan PSM samada ingin turut serta bersama PH atau tidak.  Terbaru, Pas telah nyatakan bersedia untuk bekerjasama dengan Umno/Bn.  Atas apa jua alasan sekalipun, ertinya Pas lebih awal buat keputusan untuk partinya.  Mengapa PH masih lagi terhegeh-hegeh untuk menentukan pendirian di setiap negeri?

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, amat penting sekali semua negeri mewujudkan PH secara resmi.  Tiada guna kita mengharapkan kepada parti lain untuk bersama kita sedangkan mereka tegas dan pantas telah membuat keputusan dengan siapa mereka lebih berselera.

Rabu, 21 Oktober 2015

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH, SERIUSKAH?

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak usul yang difailkan oleh Gerakan untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan tetapi telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Mac lalu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaharah Ibrahim menolak permohonan itu atas alasan bahawa ketiga-tiga pemohon gagal untuk mendedahkan bagaimana undang-undang itu memberi kesan kepada mereka dan membuktikan sama ada mereka memang adalah beragama Islam.  "Saya sudah meneliti afidavit para pemohon dan tidak mendapati dalam afidavit, satu kenyataan bahawa hak mereka secara spesifik terjejas atau akan terjejas oleh undang-undang yang dicabar.  "Oleh itu, usul itu ditolak dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana hukum Islam ini tidak dipermainkan hatta di mahkamah sekalipun.  RUU berkenaan pastinya akan dibawa oleh Hj Hadi, Presiden Pas di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang kerana tiada lagi halangan seperti yang beliau perkatakan sebelum ini.  Samada Speaker menerimanya untuk memasukkan RUU tersebut sebagai perkara utama atau tidak, itulah risiko yang terpaksa dihadapi apabila kita mengharapkan pihak yang tidak pernah berhajat kepada undang-undang Islam.
Seandainya dibahaskan juga, tidak mudah pula untuk melaksanakannya kerana kita tahu pendirian Umno, MCA, Gerakan atau Bn keseluruhannya terhadap hukum ini.  Bagi PH tentunya kita tetap berpegang kepada pendirian asal iaitu perjuangan kita melangkau dari yang ingin diperjuangkan oleh Pas.  Bagi PH, Islam itu syumul dan kebajikan serta keadilan Islam itu mestilah dipraktikkan agar menampakkan bahawa Islam bukan hanya sekadar ugama menghukum.
Tiada jalan lain untuk melaksanakan perintah Allah di dalam konsep bernegara selain dari menjatuhkan rejim terlebih dahulu.  Tidak masuk akal langsung jika kita mengharapkan rejim zalim untuk membantu kita melaksanakan hukum Allah sedangkan rejim berkenaan berterusan melanggar hukum Allah.  Tidak sedikit pun menampakkan rejim yang ada ini menunjukkan sikap ingin berubah. 
Tumpuan sekarang mestilah kepada usaha untuk menjatuhkan rejim melalui sistem yang sah di negara ini.  Rakyat sedang menderita untuk hidup di negara ini dengan berbagai masalah yang dihadapi.  Ekonomi semakin hancur, rakyat semakin susah dengan kos sara hidup yang tinggi.  Wajib kita ambil-alih kerajaan yang menyusahkan seperti ini.  Menang di Putrajaya dengan nawaitu untuk melakukan kebaikan serta melaksanakan kebajikan kepada rakyat, itulah kemenangan yang Allah redhai.  Kita mahu menang dengan redha Allah. 

Isnin, 19 Oktober 2015

JELAJAH PAKATAN HARAPAN MENERUSKAN HARAPAN RAKYAT


TERUS mara.  Itulah Pakatan Harapan (PH) terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah, satu gabungan Pembangkang yang tidak pernah undur dari perjuangan menentang rejim.  Bersama Amanah, satu parti yang baru diwujudkan bagi mengambil tempat Pas yang masih belum bersedia untuk bersama gerakan ini.

Meskipun PH akan meneruskan kemaraan, namun Pas dan mana-mana parti yang ingin bersama merasai pahit maung perjuangan ini akan tetap dinantikan.  Hidup mesti diteruskan.  Jelajah PH telah pun bermula di Johor baru-baru ini.  Sambutannya amat menggalakkan.  PH bukan mensasarkan satu-satu golongan kaum atau agama sahaja.  PH adalah parti yang didokong oleh semua rakyat Malaysia yang mahu menamatkan rejim yang memerintah sekarang.  Amat malang sekali jika ada mana-mana pihak yang tidak mahu melibatkan diri bersama gerakan ini atau memilih jalan mudah, selesa atau memikirkan kepentingan masing-masing semata.

Awal November ini, Jelajah PH akan sampai ke bumi Tok Gajah, Pahang.  Lokasi pilihan PH di Pahang adalah di Temerloh.  Tarikh dan lokasi sebenar akan dimaklumkan kemudian.  Di dalam sejarah Jelajah Merdeka Rakyat sebelum PRU13 yang lalu, sambutan rakyat di Pahang kepada Pakatan Rakyat (PR) waktu itu tidak mengecewakan.  Apakah kali ini PH akan terus diyakini oleh rakyat Pahang bagi meneruskan perjuangan mereka?