RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 5 Mei 2009

DUN PENANTI - MURSYIDUL AM SUDAH BERSUARA


Akhirnya Tuan Guru Nik Aziz memberikan buah fikirannya selaku Mursyidul Am PAS agar PAS tidak mengganggu pencalonan calon dari PKR di Dun Penanti. Hasrat untuk meletakkan calon PAS di Dun Penanti disuarakan oleh PAS Permatang Pauh serta diulangi lagi oleh pemimpin muda PAS P.Pinang Ustaz Mujahid. Sebelum ini PAS Pusat telah pun bersetuju dengan persefahaman bersama di dalam PR untuk mengekalkan kerusi Dun tersebut kepada calon dari PKR.

Presiden PAS termasuk juga Pengarah Pilihanraya PAS Mustafa Ali, berulangkali menegaskan bahawa PAS bersetuju dengan calon dari PKR bertanding di kerusi Dun Penanti. Jika sudah Presiden dan Mursyidul Am PAS juga berkata begitu, apakah pemimpin muda PAS Permatang Pauh akan taat? Kalau nasihat atau arahan Presiden dan Mursyidul Am PAS gagal untuk dipatuhi, arahan siapakah lagi yang boleh dipatuhi? Jangan tersalah langkah kerana dikhuatiri `yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran'.

2 ulasan:

  1. Pas Lani nampak nya dah mula gila kuasa macam UMNO juga,
    Kalau lah macam ni kelakuan orang Pas Permatang Pauh atau Penanti apa akan terjadi pada PRU ke 13 nanti asyik berebut nak kuasa aje. Kan dah jelas DUN tersebut kepunyaan PKR apa yang nak sebuk lagi buat malu kami orang PAS disini aje.
    Hj Ahmad.

    BalasPadam
  2. Kepimpinan Pas dah ok..boleh memahami erti perjuangan bersama. Cuma segelintir penyokong yang kurang memahami atau saja2 buat tak paham. Kalau betul2 paham erti perjanjian bersama, tak perlu nak tunggu Mursyidul Am dan Pemimpian Pas berbunyi. Otak sendiri dah boleh paham perlu atau tidak melanggar perjanjian. Macammana boleh terpilih jadi pemimpian PAS di Permatang Pauh tu ?

    BalasPadam