RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 17 Mei 2009

MENTERI LUAR YANG BUKAN ANAK JANTAN

Tindakan DS Anwar untuk menyaman Menteri Luar Dato' Anifah Aman adalah merupakan satu tindakan terpuji. Apabila seseorang membuat kenyataan atau membuat tuduhan terhadap kita yang berunsur fitnah, maka selaku orang yang tidak bersalah mesti berani. Anifah Aman semasa diwawancara di luar negara telah menyatakan bahawa DS Anwar akan melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan. DS Anwar telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Anifah Aman tersebut lantas akan mengambil tindakan saman sekiranya Menteri Luar tersebut tidak memohon maaf di atas `kebodohan'nya itu.

Mengapa DS Anwar berani dan dengan pantas ingin ingin menyaman Menteri Luar tersebut? Ini adalah kerana DS Anwar punyai kekuatan dan keyakinan diri bahawa beliau tidak bersalah. Seandainya beliau dituduh oleh sesiapa pun hatta media asing sekali pun bahawa beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya, saya percaya DS Anwar pasti berani mengambil tindakan yang serupa terhadap mereka yang berbuat tuduhan. Tindakan ini penting bukan kerana untuk mendapatkan wang pembayaran saman tersebut, tetapi demi maruah diri dan keluarga apatah lagi beliau seorang pemimpin rakyat. Kita kerap dengar pemimpin berkata dia adalah pemimpin rakyat, berjiwa rakyat dan bermoral, tetapi mempunyai hati yang kecil sekali untuk menebus maruah diri sendiri. Bagaimana untuk membela maruah rakyat, sedangkan maruah diri sendiri ditelanjangkan di merata-rata dunia.

Agak menghairankan mengapa Anifah Aman mengeluarkan tuduhan tersebut terhadap DS Anwar ketika di luar negara? Bukankah dari segi keuntungan politik kepada Bn, Anifah Aman seharusnya mendedahkan hal tersebut di dalam negara sendiri atau pun di Parlimen. Alangkah lebih baik jika beliau membuat laporan Polis terhadap DS Anwar yang cuba merasuah beliau dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Atau sekurang-kurangnya Anifah Aman akan menghebahkan perkara tersebut sewaktu berkempen di dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini. Mengapa tidak dilakukan ? Takut ? Jika benar dan beliau punyai bukti kukuh, rakyat sudah pasti menolak DS Anwar dan parti yang didukungnya.

Sememangnya Anifah Aman bukan bersifat `anak jantan' dan Bn amat rugi mempunyai orang seperti beliau. Selaku Menteri Luar, minda Anifah Aman tidak ubah seperti Ketua-Ketua Cawangan Umno di kampong-kampong yang suka membuat cerita dan merapu tanpa menggunakan akal. Pada saya, jika benar sekali pun tuduhan Anifah Aman tersebut, MUSTAHIL DS Anwar ingin menawarkan kepada beliau jawatan TPM. Ini adalah kerana Anifah Aman sememangnya tidak layak duduk di kerusi tersebut apatah lagi untuk bersama DS Anwar. Amat malu negara kita di mata dunia luar kerana sikap kebudak-budakan Anifah Aman ini. Sudah tentu wartawan atau penemubual beliau ketika itu menggeleng-gelengkan kepala mendengar kata-kata merapu Menteri Luar yang baru dilantik ini. Apakah beliau ingat wartawan media luar di sana sama seperti mentaliti wartawan media perdana kita?

Sekali lagi negara kita malang dengan Menteri Luar yang ada. Jika dahulu Menteri Luar kita `gagal' untuk mempertahankan Pulau Batu Putih yang kini menjadi hak Singapura, kini kita masih memiliki Menteri Luar yang terlalu rendah kelasnya. Selepas ini kita tidak tahu apakah yang boleh dilakukan oleh Menteri Luar yang tiada kelas ini untuk menaikkan imej negara kita di mata dunia luar. Begitulah jika parti yang menjadi teras kepada BN ini sudah tiada lagi mempunyai pemimpin yang bertaraf tinggi dan bijak.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan