SHAH ALAM - Ketua umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan rakyat kini secara jelas menolak Barisan nasional (BN).
Katanya, kemenangan PR di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir semalam membuktikan perkara itu.
"Setelah berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan BN yang memecahbelahkan rakyat.
"Tahniah saya ucapkan kepada 'YB' baru Salleh Man di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat," kata beliau dalam kenyataan yang dihantar ke SInar Harian semalam sejurus pengumuman rasmi pilihan raya kecil berkenaan.
Tambah beliau, kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap PR, hasrat bergelora mahukan perubahan dan masa depan yang gemilang.
Calon Pas, Salleh Man, menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti undi sebanyak 4551 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.
Salleh memperoleh undi sebanyak 9618 manakala Rohaizat memperoleh undi sebanyak 5067.
Kira-kira14,832 bersamaan 73.1 peratus dari 20,290 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil berkenaan sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang semalam./SH
Tuan blog...
BalasPadamSesungguhnya zaman dah berubah. Kalau dulu-dulu ada yang terluncur kata...kalau batang pisang sekalipun yg menjadi calon BN. BN akan menang. Kini sudah berbeda. Media tv/akhbar sudah hilang power, bahkan ada yg tersenyum kambing dirumah apabila menonton berita atau membaca akhbar atau mendengar komen menteri...
waloh-abad21
lama sgt ...tak update ..p mana ari tu..sakit ke..
BalasPadamKata PM dia tahu akan puncanya (kalah lagi dalam PRK). Bila press tanya, dia (PM) tak jawab pun.
BalasPadamJawabnya senang je... Lagi banyak Umno/BN buat hal(*), 1 Malaysia "DAH NAIK MENYAMPAH...!!!".
-----
* Membunuh & Menyiksa (PDRM, ISA & SPRM), Makan rasuah, Makan komisyen, Menipu rakyat, dll yang tak muat nak disenaraikan kat sini.
Sebelum PRK Permatang Pasir, media2 arus perdana dan semua stesen TV sentiasa menuduh
BalasPadamDS Anwar Ibrahim sebagai pengkianat kpd org2
melayu. Bolih dikatakan saban hari berita2 itu
memfitnahkan DSAI. Sesungguhnya raayat bukanlah
bodoh dan menelan berita itu dgn membabi buta.
Raayat sekarang bukanlah raayat dizaman Hang
Tuah yg tidak mempunyai apa2 komunikasi, tapi
raayat sekarang adalah raayat dizaman IT yg
serba canggih dan moden dgn maklumat yg cepat.
Raayat sendiri yg dapat menilai dan menjadi hakim, siapakah pengkianat dan siapa pula
pembela kpd org2 melayu. Adakah DSAI.. atau
Khir Toyo..atau Rafidah Aziz.. atau Nzari Aziz
..atau Mat Taib.. atau Muhyiddin..atau Anuuar
Musa..atau Daim..atau Mahathir..atau Rais anak yatim.. atau Idris Jusoh.. atau pemimpin2 UMNO
yg lain. Antara mereka semua ini, raayat sendiri yg dapat menilaikan yg mana intan dan
kaca. Sekarang PRK Permatang Pasir sudah pun berlalu dan pengundi2 disitu telah pun memberi
jawapannya, siapa sebenarnya pengkianat dan
penduduk2 disitu telah memilih calun PR untuk
menentukan masa depannya. Sebenarnya era UMNO
mungkin akan berahkir ditelan zaman dan ditalkinkan dan pru13 akan menentukan segala2
nya.. tunggu dan lihat..