RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 26 Ogos 2009

RAKYAT TETAP YAKIN PADA NIK AZIZ DAN ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMALUKAN. Itulah yang boleh kita tafsirkan terhadap Umno sekarang. Kekalahan demi kekalahan di dalam PRK selepas pilihanraya umum yang lalu amat memberi kesan kepada Umno terutamanya. Parti yang tidak pernah serik memperdayakan rakyat kononnya membela agama, bangsa dan negara ini terus ditolak majoriti rakyat. Taktik Umno yang terbaru dengan menjalankan propaganda memburukkan dua individu tokoh penting PR iaitu DS Anwar dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ternyata memakan tuan. Umno semakin hina dimata rakyat dengan caranya sedemikian.

Rakyat di Permatang Pasir meneruskan kerja-kerja rakyat untuk terus mengajar Umno supaya pemimpin mereka dapat bermuhasabah diri. Kekalahan Umno di tangan Pas dengan majoriti besar memberi tanda bahawa Umno waktu ini sepatutnya di`kuarintin'kan sepertimana mereka yang disyaki mempunyai jangkitan virus H1N1 sekarang. Umno perlu dirawat segera sebelum `Malikil Maut' tiba bila-bila waktu. Tetapi, apakah pemimpin Umno sanggup menerima kenyataan bahawa Umno kini parah? Setakat ini, kita tidak nampak mereka sanggup berubah.

Mungkin terdapat beberapa kerat ahli Umno yang benar-benar jujur dalam perjuangannya sanggup bermuhasabah dan menerima perubahan, tetapi tidak bagi pemimpin mereka. Berubah ke arah yang lebih baik bererti menyekat pintu rezeki mereka. Ini lah masalah Umno di mana pemimpinnya tidak pernah jujur untuk berubah. Budaya fitnah, menghina sesama manusia, berbohong dan berbagai lagi cara serta taktik kotor mereka sudah sebati di dalam jiwa pemimpinnya. Ahli-ahli Umno patut insaf perkara ini dan mereka tidak lagi boleh terus mengharap Umno membela nasib mereka.

DS Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz menjadi mainan politik mereka yang kotor ini. DS Anwar dituduh sebagai pengkhianat negara sedangkan tiada satu bukti atau rekod pun menunjukkan DS Anwar mencuri atau merompak satu sen pun harta dan wang rakyat. Malahan, DS Anwar hampir mati di dalam memperjuangkan nasib rakyat. Inikah bukti menunjukkan DS Anwar pengkhianat? DS Anwar tidak `menjual' Singapura kepada sesiapa dan beliau juga tidak `menjual' Pulau Batu Putih kepada Singapura. Siapakah punya angkara ini?

Manakala, Tuan Guru Nik Aziz terus dicerca dan difitnah sebagai manusia yang berkuasa melebihi dari Tuhan. Sindiran oleh bekas Presiden Umno Tun Mahathir bahawa sesiapa yang ingin tahu samada akhir hayat nanti tempatnya di Syurga atau di Neraka, hendaklah berjumpa Tuan Guru Nik Aziz adalah satu sindirian dari manusia yang tidak berakal dan tidak berotak. Saya tidak yakin itu kata-kata yang datang dari mulut Tun Mahathir yang dianggap tokoh ternama itu. Tetapi, itulah yang dilaporkan maka saya percaya sudah sampai masanya Tun Mahathir menjalani rawatan mentalnya.

Allah menjanjikan Syurga dan Neraka, tetapi adakah Allah akan memberi wahyu kepada semua manusia tentang syarat-syarat untuk memasuki Syurga dan Neraka itu? Nabi dan Rasul diutuskan untuk memberitahu manusia syarat-syarat untuk memasuki Syurga dan Neraka Allah sebagaimana Allah telah wahyukan kepada para Nabi dan Rasul. Apabila tiada lagi Nabi dan Rasul diutuskan selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W, siapakah yang meneruskan kerja-kerja Nabi ini? Sudah tentulah para sahabat dan Ulamak yang sebagai pewaris Nabi (Warithatul Ambia') akan melaksanakan amanah ini. Bukan kerja para sahabat Nabi atau Ulamak untuk menentukan si anu dan si anu akan memasuki Syurga atau Neraka. Inilah yang patut difahami oleh manusia yang otaknya seperti Tun Mahathir itu.

Malangnya otak seperti Tun Mahathir ini meresapi ke dalam jiwa dan pemikiran sebilangan besar pemimpin Umno yang ada sekarang. Dikhuatiri pemahaman sesat sebegini akan lebih banyak meresapi ke dalam jiwa umat-umat Islam yang rata-ratanya masih jahil ketika ini. Umno gagal untuk berhujah di dalam isu Syurga dan Neraka ini, lebih malang lagi terdapat para Mufti yang mengeluarkan `fatwa' hanya berlandaskan akhbar dan media pencacai yang rakyat telah lama menolak media busuk tersebut. Mengapa tiada hujah untuk mengenepikan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz? Ini adalah kerana apa yang disebut di dalam Al-Quran adalah benar dan tiada yang tidak benar. Al-Quran adalah mukjizat, maka tiada sesiapa mampu mengatasi hujah Al-Quran.

Manusia mungkin boleh menipu sekali atau dua kali, tetapi tidak mungkin untuk kali ketiga. Umno terlalu banyak menipu dan tidak mungkin rakyat tertipu lagi. Contoh terdekat, Umno kini telah menerima nasib yang semakin teruk selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Cuba fikirkan, bilakah Umno bangkit selepas pilihanraya umum yang lalu? Tidak, Umno tidak bangkit cuma sekadar punyai nyawa-nyawa ikan untuk bernafas sebelum ia dikapankan. Umno boleh lakukan apa jua untuk memburukkan pimpinan PR samada Pas, PKR atau DAP tetapi sekuat mana Umno lakukan fitnah itu, bertambah kuat bencinya rakyat pada Umno. /Kembali ke Laman Asal Di Sini.

4 ulasan:

  1. sangat tepat tuan. Makin banyak UMNO mencacai DS Anwar dan TOK Guru makin cepat UMNO nak ditalkinkan. Pemimpin UMNO langsung tak mahu berubah walaupun telah dikecewakan dalam pilihanraya kecil. Segala komen menteri UMNO rakyat yang salah dan mereka betul. Inilah yang menyebabkan rakyat muak dengan UMNO ini.

    BalasPadam
  2. Memang benar sekali sekiranya pemimpin2 UMNO masih lagi memfitnahkan DS Anwar Ibrahim dan
    Tuan Guru Nik Aziz, selagi itulah UMNO akan
    keundang dlm mana2 pilihan raya kecil.Pemimpin2
    UMNO harus sedar bahawa sokongan org2 melayu
    terhadap mereka sudah banyak merosot. Propaganda TV3 dan akbar2 arus perdana yg mengatakan UMNO masih mendapat tepat lagi pd
    org2 melayu adalah bohong semata2.Kalau mereka
    masih lagi menyokong UMNO, tentu sekali UMNO
    dapat kemenangan di ketujoh2 pilihan raya kecil
    baru2 ini. Kekuatan UMNO hanyalah kerana ada
    nya TV3 dan ahkbar2 arus perdana yg jadi tali barut mereka. Tanpa ini semua, mereka sudah
    lama ditelan zaman dan terkubor. Selagi UMNO
    dan pemimpin2nya tidak berubah, selagi itulah
    raayat akan tolak mereka semua. Bagi pandangan
    aku, perubahan tidak akan berlaku dalam UMNO
    kerana adanya pemimpin2 yg berkepentingan..

    BalasPadam
  3. Minta maaf, off-topic sikit.

    Minuman herba (resipi lengkap and percuma) bagi mencegah selesema A (H1N1)

    Sila layari

    http://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/27/minuman-herba-bagi-mencegah-selesema-a-h1n1/

    BalasPadam
  4. Yang Berhormat Sir Najib and his wife dapat penhormatan bunga anggrek dari Singapura. Bunga anggrek ada lah lambang bunga kebangsaan Singapura. Bunga anggrek cantik, bersih, suci tak payah banyak pakai air. Tak banyak coloqq.

    BalasPadam