RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 3 Ogos 2009

DHARURAT? ZAHID HAMIDI MENTERI PENDEK AKAL

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAHID HAMIDI Menteri Pertahanan kelihatannya sudah mula untuk menggunakan kuasanya di kementerian tersebut. Beliau dilaporkan berkata, beliau tidak teragak-agak untuk berjumpa DYMM YDP Agong untuk mengistiharkan dharurat sekiranya pihak GMI atau mana-mana pertubuhan terus melakukan aktiviti demontrasi seperti yang baru berlaku Sabtu lalu. Kenyataan beliau boleh diikuti di SINI.

Amat malang bagi negara kita mempunyai seorang menteri yang pendek akal seperti Zahid ini. Jelas kelihatan bahawa Zahid terlalu takut dengan kebangkitan rakyat menuntut keadilan. Dahulunya Zahid seorang reformis sewaktu mula-mula DS Anwar dipecat dan beliau dilihat begitu bersemangat mempertahankan DS Anwar. Namun, atas jasa Akta ISA beliau terus berubah. Akta ini mampu menjadikan seorang yang lemah iman dan tidak mempunyai kekuatan diri menjadi `penikus'. Akhirnya Zahid dilihat tunduk, lesu di hadapan kaca TV membaca skrip mengistiharkan tidak lagi menyokong DS Anwar yang terlalu banyak jasa kepadanya. Itulah Zahid Hamidi. Itulah harga Zahid Hamidi dan itulah tahap keberanian yang ada pada Zahid. Entah mengapa, Kementerian Pertahanan yang memelihara seluruh pahlawan dan perajurit negara ini memiliki menteri yang bersikap `penikus' .

Apa perlunya dharurat untuk menentang hak asasi berhimpun secara aman? Berlakukah huru hara jika perhimpunan ini tidak diganggu oleh mana-mana pihak? Jika semua perhimpunan mendatangkan huru-hara, maka sudah tentu negara ini telah lama hancur. Rakyat kita berdisiplin dan mereka tahu batas-batas dan adab untuk menyuarakan bantahan. Yang jahil tentang adab sopan ini bukan peserta perhimpunan, tetapi mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal keselamatan. Zahid Hamidi bukan tidak tahu perkara ini, tetapi beliau telah dibutakan mata dan hatinya kerana sedikit kuasa. Apakah sudah tiba masanya untuk tentera pula di ajak berdepan dengan rakyat selepas PDRM dilakukan sedemikian?

Zahid diingatkan jangan cuba lagakan tentera dengan rakyat. ATM masih suci dari semua kezaliman itu. Sudah tentu seluruh warga tentera yang majoritinya terdiri dari anak-anak orang miskin di kampong tidak tergamak menzalimi rakyat, meskipun menteri mereka tidak mempunyai hati perut. Andainya tentera perlu juga dilibatkan di dalam isu politik kerajaan sekarang, apakah Zahid rasa rakyat akan menjadi `penikus' seperti beliau? Jika Nazri Aziz berkata, "Selagi ada Langit dan bumi, ISA akan dipertahankan", Rakyat akan menjawab, "Selagi ada Allah yang berkuasa, Akta zalim ini WAJIB ditentang". /Kembali Ke Laman Asal.

10 ulasan:

  1. salam, sila masuk ke

    http://www.justicefortt.com

    terima kasih

    BalasPadam
  2. Kalangan anak muda hari ini tidak tahu kekejaman 'komunis' terhadap melayu/Islam setelah tamat pemerintahan Jepun dan sebelum kemasukan semula kuasa British di Tanah Melayu.

    Pada masa itu 'komunis' dapat memerintah lebih kurang seminggu sahaja - tetapi tahukah anak2 muda hari ini berapa ramai 'komunis' ini telah membunuh melayu/Islam yang tidak berdosa - itu baru dapat kuasa seminggu, kalau sebulan? setahun? bagaimana.

    Yang saya tahu di Sg Manik sahaja melayu(Banjar) yang berani melawan dan berperang sabil dengan komunis ini.

    Hari ini, PAS dan PKR bersengkokol pula dengan 'anak-cucu komunis' ini.

    Sekarang ramai pula melayu/Islam yang mahu hapuskan ISA yang telah berjaya mengawal kegiatan 'komunis'.

    'Anak-cucu komunis' ini akan bersorak gembira jika ISA di gubal atau dihapuskan.

    BalasPadam
  3. POIE JAHANAM MELAYU DAN UMNO,,,,,,,,,,, hiduppppp ISLAM

    BalasPadam
  4. Kalau macam itu lah kamu berhujah....kamu kira kamu aja yang hidup dalam zaman komunis ker???
    Orang melayu dalam PAS / PKR hidup dalam zaman mahathir ker???
    Orang Melayu / Islam agamanya tidak akan bersifat perkauman...itu ajaran ISLAM...betul tak? Ya di-zaman komunis memang mereka boleh berbuat demikian...tapi di-zaman sekarang ini kenapa pula orang melayu / ISLAM nak ikut macam komunis??? Contoh...KUGAN mati di tangan POLIS , TEOH mati di-Tangan POLIS...di-Memali ustaz2 dan pengikutnya mati di-Tangan ATM....jadi bukan ker ini kekejaman sama dengan komunis...!!!
    Setahu saya yang daif lagi lemah ini , ISLAM tak pernah mengajar umat2nya untuk bersifat perkauman , sebaliknya kita di-ajar untuk bersikap jujur dan bersih hati dan budi bicara...! Kalau orang tuduh kita jahat biar kita lihat buktinya dengan berpandukan prosedur2 yang ada dalam hadith2 nabi Muhammad SAW. Bukan ikut suka orang2 dUMNO yang menerajui KERAjaan sekarang ini...dah lah gunakan semua jentera yang ada di-tangan mereka , setiap kesalahan pun tak mahu di-adilkan secara ADIL????

    Ortang Melayu yang bersifat perkauman ini lah yang akan kecundang dan akhirnya merasai akan kelemahan yang ada pada diri masing2 mahupun organisasi mereka itu...! Hancur hancur hancur!!!

    Hidup Reformasi...Allahu Akhbar...!!!

    BalasPadam
  5. PAS-PKR-DAPigs said...

    Wai tuan hambo... yang ditentang ISA kerana akta tersebut tiada perbicaraan bukannyo kita menyokong komunis.. tak paham-paham apoooo.... tak kiro lah komunis ko, penganas ko. kalau dapet tangkap bicarokan lah. wat apo simpannnnn. tak paham-paham PAS-PKR-DAPigs ni. dio kot pigss apo...

    BalasPadam
  6. LAGI SEKOR BARUA & PECACAI AKTA ISA YG LEBIH ZALIM DARI ZIONIS,HANYA KERANA NAK PERTAHANKAN KUASA ,KORUPSI & MEMFARAID KHAZANAH NEGARA SESAMA KRONI AKTA ISA DIALATKAN, MESTI JAGA KONON UNTUK KEHARMONIAN TAPI MALAUN SEMUA HANYA NAK JAGA KEPENTINGAN , KOMUNIS HANYA SATU ALASAN BASI ,ISA HANYA NAK KAWAL UMNO/BN DARI KEHILANGAN KUASA BUKAN KUASA MELAYU ! MELAYU UMNO LAGI KHIANAT & ZALIM DARI KOMUNIS SAMPAI SEKOLAH AGAMA PUN BANTUAN DISEKAT ! PADA YANG BUTA MATA & PERUT BUKALAH MINDA ! PODAAAAH PADA NANGOI PECACAI ISA !

    BalasPadam
  7. Ikut Suka Aku tidak ade kene mengene dengan komonis mau pun pengganas itu cuma rekaan UMNOngok supaya UMNO BN dapat dipertahankan sampai mampus zaman ini mana ade kominis atau penganas yg ade kronisme tipunisme dan koropsen.

    BalasPadam
  8. Pecacai tu wakil BN ke menteri Zahid tu hebat, naib presiden umno tapi pendek akal

    BalasPadam
  9. salam, sedara silap bagi fakta, pembetulan kepada...di-Memali ustaz2 dan pengikutnya mati di-Tangan ATM...yang betulnya adalah polis celaka la yang punye keje tuu bukannya tentera....yg lebih spesifik komando 69 yg dimabukkan utk menyerang musuhnya 'komunis'...
    Tentera dan polis hampir berperang pada ketika itu kerana tindakan biadap polis terhadap rakyat....moralnya; HAPUSKAN AKTA ZALIM ISA....TAHAN TANPA BICARA...ISA=TTB

    BalasPadam
  10. kapada PAS-PKR-DAPigs... Awak ni tak cerdik. ISA ini Zalim dan hukum org tanpa bicara. Bertentangan dgn hukum Islam. Awak ni islam atau.....?? Dulu ISA memang dibuat utk komunis,tapi zaman sekarang komunis tidak ada lagi,maka akta ini harus dihapuskan. ISA bukan masaalah cina,india atau melayu. Yg dituntut hanyalah kebenaran dan keadilan. Soalnya sekarang yg ditangkap dan dikurung dlm ISA hanyalah org2 yg bersuara melalui demostrasi bukan dgn mengangkat senjata. UMNO yg nak kekalkan sangat akta ini adalah utk kepentingan politik mereka yg nak lupus tu..

    BalasPadam