RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 8 Ogos 2009

KEMATIAN BENG HOCK - KESAN DARAH TIDAK DISIASAT?

Friday, August 7, 2009

SHAH ALAM 7 Ogos: Penemuan kesan seperti darah di tangga antara tingkat 14 ke tingkat 15 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengejut koroner dan para pegawai Inkues kematian Teoh Beng Hock.

Mereka juga terkejut kerana terlihat kesan darah pada salah satu dinding bilik di tingkat 15 namun mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut.

Perkara ini dilaporkan dikesan dalam lawatan koroner Inkues dan para pegawai yang terlibat dalam membantu Inkues itu.

Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues telah ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam hari ini dan lawatan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Peguam yang juga anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim.

1 ulasan:

  1. Daripada bukti2 baru yang ditemui saperti ensel tingkap yang tak serupa dan kesan darah ditangga - ramai rakyat yakin Teoh dibunuh secara kejam dan diletakkan ditempat mayatnya dijumpai. Rakyat mahukan siasatan melalui RCI dan bukan inkues.

    BalasPadam