Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Setakat pukul 2 30 pagi 2hb Ogos 2009, masih terdapat 56 orang yang ditahan bersabit dengan Himpunan Mansuh ISA. 53 orang tahanan lelaki dan wanita ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil manakala 3 orang tahanan juvana berusia 13, 16 dan 17 tahun ditahan di IPD Petaling. Rakyat Malaysia yang prihatin diseru memberi sokongan dengan menghadirkan diri di Balai Polis Bukit Jalil pada pukul 8 – 10 pagi ini dimana mereka dijangka akan dikenakan perintah tahanan reman. Bagi 14 orang yang ditahan lebih awal pada suboh 1 Ogos, 2009 ( 13 dari Unit Amal Perak dan 1 Melaka ) telah pun direman selama 4 hari sehingga Rabu ini. Oleh kerana balai ini masih baru, saya lampirkan peta kepada yang memerlukan. Sebarkan./Melalui email
Blogger - Ini email yg saya terima daripada jali_1702@yahoo.com, yang menulis berita di atas.
Aduh... aku cuma seorang insan kerdil yang tak punya apa-apa pun tapi aku tetap menyokong perjuangan pejuang-pejuang yang bencikan akta giler ISA.
BalasPadam