RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 7 September 2009

PRK BAGAN PINANG - AMARAN DS ANWAR

Anwar beri amaran awal tsunami perubahan pasti berlaku

IPOH - Datuk Seri Anwar Ibrahim melaungkan amaran awal kepada Barisan Nasional (BN) supaya bersedia menghadapi tentangan sengit Pakatan Rakyat (PR) yang yakin dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, walaupun kawasan berkenaan adalah kubu kuat UMNO, namun PR mempunyai keyakinan bahawa akan berlaku satu lagi ‘tsunami’ perubahan yang akan ditransformasikan oleh masyarakat di DUN berkenaan semasa pilihan raya kecil nanti.

“PR akan memastikan jentera pilihan raya yang akan disusun kelak bekerja keras bagi mengubah minda serta memujuk para pengundi termasuk kira-kira 5,000 undi pos untuk menawan kerusi berkenaan.

“Kita mesti menang di Bagan Pinang. Kita mesti bekerja keras dan berdoa tapi perlu berwaspada kerana sejarah lampau membuktikan undi berkenaan (pos) memihak kepada BN,” katanya ketika berceramah di Dewan Tow Boo Keong, semalam.

Anwar berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya berlaku adil dan bersih dalam pelaksanaan pilihan raya serta menetapkan satu garis panduan mengenai undi pos supaya ia lebih telus dan demokrasi.

"Memang pilihan raya kita 'bersih' sebab undi pos semuanya disapu pihak mereka," katanya.

Menurutnya, PR yakin dapat menawan semula kerusi itu jika berlandaskan senario politik sekarang serta ini dibuktikan juga penyertaan kira-kira 600 keahlian baru dalam PKR dari bekas penyokong MCA dan PPP Batu Gajah serta Gopeng./SH

2 ulasan:

  1. jangan lupa Solat Hajat.Pastikan parti pekauman UMno terkubur.

    BalasPadam
  2. HA HA HA x 1000000000000000000000000000

    BalasPadam