KALI pertama saya membaca sebuah blog yang kononnya bersikap adil tetapi mempunyai kandungan yang samasekali berniat jahat, mengadakan cerita dan berunsur hasutan terhadap ahli-ahli PAS untuk menjauhi rakan mereka di dalam PR. Jika anda membaca artikel di sini, jelas menunjukkan penulisnya mahukan PAS menghindari Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim.
Lebih jahat lagi, penulis terpedaya dengan cerita dari rakannya yang bergelar Kumbang yang menyebut bahawa konspirasi untuk menggugurkan Hassan Ali, Us Nasha dan Mustafa Ali bahkan Tuan Guru Presiden sendiri adalah datangnya dari Husam Musa dan Khalid Samad dengan menggunakan pengaruh DS Anwar untuk memperdaya Mursyidul Am PAS. Oleh kerana komplot ketiga-tiga mereka ini, maka Mursyidul Am PAS telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan UGM bagi membersihkan beberapa kerat pemimpin di dalam PAS seperti yang dikehendaki oleh Husam Musa dan Khalid Samad. Alasannya, Husam dan Khalid berdendam dengan pemimpin-pemimpin tersebut. Bukankah mudah bagi penulis blog ini membuat andaian seolah-olah Mursyidul Am PAS itu terlalu murah harga akhlak dan moralnya?
Mengapa DS Anwar dilibatkan dengan permasalahan di dalam PAS? PKR tidak pernah melibatkan PAS jika mengalami sebarang permasalahan malahan DS Anwar sedikit pun tidak memberi komen yang berpihak jika PAS mengalami masalah dalamannya. Paling bijak, DS Anwar tidak sedikit pun mengkritik dan menegur pemimpin PAS seperti Hasan Ali walaupun beberapa tindakan Hasan Ali dilihat tidak mencerminkan muafakat di dalam PR. Ini kerana DS Anwar hormat kepada pemimpin tertinggi PAS yang melantik Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Bahkan, DS Anwar memainkan peranan penting untuk mendamaikan sengketa di Selangor. Begitu juga kisah, `pertemuan di dalam kelambu' di antara dua tiga orang pemimpin PAS di Selangot dengan pemimpin Umno sebaik sahaja PR memenangi majoriti Dun di Selangor. DS Anwar tidak memberikan komen kerana beliau percaya pemimpin utama PAS tentu arif untuk mendisiplinkan ahli jemaah mereka.
Malang sekali, bila masalah seperti sekarang berlaku maka tuduhan dikenakan kepada orang lain termasuk beberapa pimpinan PAS seperti Husam dan Khalid yang dilihat begitu aktif menolak kerjasama dengan Umno. Mungkin penulis blog Neutral Daily terlalu kepingin untuk melihat PAS kembali berpelukan mesra dengan Umno. Jika anggapan saya ini tersilap, saya tidak tahu mengapa nama Husam, Khalid dan DS Anwar dilibatkan untuk mencari alasan mengapa PAS berada dalam kemelut sekarang. Adakah kerana mereka ini, sebab utama PAS tewas di Bagan Pinang? PAS tewas kerana undi pos dan hilang sokongan Cina dan India. Adakah Husam, Khalid dan DS Anwar anti Cina dan India?
Tulisan dari blog berkenaan ternyata tidak masuk akal sekadar untuk melepaskan geram kepada individu-individu tertentu yang mungkin tidak disukai oleh sipenulis. Apa yang saya faham, PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno apatah lagi bila mengingatkan kejadian yang menimpa beberapa orang penyokong PAS di Bagan Pinang. Adakah ini parti yang PAS hendak cium dan peluk selepas ini?/Kembali ke laman asal di sini.

Pertermuan dalam kelambu atau luar kelambu cuma gambaran jahat puak yang tidak suka kepada pemimpin yang telah diberi mandat dalam muktamar agung yang lepas. Lepas tu dilabelkan pula dengan pro umno. Isu muzakarah dengan umno benda yang biasa dalam pas sejak penubuhannya dulu lagi, apa yang peliknya. Peliknya bila menyertai pakatan, golongan pkr yang membawa kad pas sentiasa meniup kebencian kepada orang yang ingin kepada perpaduan sesama islam.
BalasPadamgambaran jahat apanyer. Terbukti dan pemimpin itu dah pun ngaku. Mahfuz Omar sampai malu bila tahu ada pjumpaan sulit di Sgor kerana mulanya Mahfuz mati-mati kata tiada pjumpaan sulit tsb. Tapi bila Pak Lah sendiri kata mmg ada, barulah puak2 tu ngaku. Masih kata diada-adakan juga ke? Dlm Muktamar baru2 ni pun didedahkan tentang ada pjumpaan sulit ngan Umno di Perak. Itu bukan Muzakarah tapi bincang tentang kuasa. Inilah kudis PAS. Inilah yg mahu dibuang. PKR tak pernah halang PAS jika ingin berbincang ngan Umno kerana DS Anwar sendiri pun minta bincang ngan Umno tapi bukan secara sulit mcm kat Sgor dan Perak tu. Senang citer, ngaku je lah kalau dh buat silap tu.....
BalasPadamAskm sdr
BalasPadamPada pandangan saya sesiapa sesiapa sahaj yang mahu bersekongkol dengan umno layak di tentang atau di tendang , tak payah bercerita lagi tentang perpaduan. orang masuk lubang ular
sekali sahaja .umno bukan parti melayu yang tolong melayu tetapi menipu melayu. anjing pun tak minat nak berkawan dengan orang umno.saya sendiri walaupun kecil di belakang tok guru nik aziz. maaf cakap haji ahdi tak layak. pegang negeri sepengal dah hilang.tapi tengok tok guru. itu tandanya kelebihan beliau.
Perkara UG ini bukan sahaja mengguris hati bukan melayu tetapi hati pengundi melayu itu sendiri.
BalasPadamkami mengundi PAS pada PR12 lalu bukan kerana kami sukakan PAS tetapi kerana kami BENCIKAN BN/UMNO, ulang sekali lagi, BENCIKAN BN/UMNO.
tup tup lepas pilihan raya keluar berita PAS berunding dalam gelap dengan UMNO. APA CERITA NI!!!! mana tak marah....so apa yang PAS cakap sepanjang kempen pilihanraya tu nak campak kat mana?? apa ni, kata ulamak tetapi bilamasa pula ulamak dibenarkan BERBOHONG????!!!!
lepas tu, sampai la ni tak selesai-selesai lagi masalah UG ni, tenggelam timbul tenggelam timbul.
kalau macam nilah gaya kepimpinan PAS, nanti PR13 kami rakyat akan sama-sama PERLINGKUPKAN pas. biar sedar sikit depa ni, masih lagi dibuai mimpi fikir depa dah kuat.
ps- dalam pas ini ulamak yg saya hormati hanya Tuan Guru Nik Aziz & Ustaz Ahmad Awang. yang lain tu...tepuk dada tanyalah selera
Memang muzakarah benda yg biasa dlm PAS. Tapi
BalasPadammuzakarah apa, kalau pertemuan itu ditempat
sulit tanpa diketahui umun. Andai kata PAS
ingin mengadakan muzakarah dgn UMNO, apa salah
nya puak2 ini berbincang dulu dgn ahli2
jawatan kuasa pas. Ini tidak, cari jalan
belakang buat perjumpaan. Cuba kita ambil
contoh sekiranya orang yg datang karumah kita
dan memasuki rumah kita melalui tingkap, mesti
orang kampung kata mereka ini pencuri. Bukankah
begitu? Begitulah juga dgn puak2 ini. Yang
peliknya puak2 ini, apa yg mereka tidak kata
pd UMNO, Jahil, tak islamik, perasuah,zalim dan
bermacam2 lagi, dan yang saorang lagi mengeluar
kan fatwa dgn mengatakan orang yg menyokong
UMNO adalah sama dgn org2 kafir. Yang peliknya
sekarang, orang yg mengeluarkan fatwa ingin
bersama2 dgn UMNO.. hairan bin ajaib. Kenapa
bolih jadi begini. Tentu ada muslihat disebalik
UG ini dan hanya puak2 ini yg tahu.
Sebesar mana serbannya.. sepanjang mana jubah
nya tanpa keimanan, mereka akan sesat ditengah
jalan, harta dan pangkat jugak yg dicari..
Aku tetap setia dibelakan Tuan Guru Nik Aziz..
Andai kata kita menyokong PAS-UG, samalah
BalasPadamjugak kita merestui perasuah2 dan kezaliman
UMNO.
saya hairan...asyik2 DS Anwar yg terlibat...say repek siasah DS Anwar mcm penulis kata , Anwar x kritik Hassan Ali,MB Khalid pun x sergah Hassan bila bercanggah dengan dasar kerajaan negeri...jaga perasaan sesama PR..ALLAH uji kita dgn kemenangan ..ini jadinya..kalu kalah jadi x mcm ni...kerana menang...tengok semua pakat kaitkan Anwar...umno usah cerita..Anwar ejen yahudila,kristian la, amerika la....pas pun ada ke juge.... x suka Anwar jadi PM kalu perintah Malaysia ,org Pas nak Hj Hadi jadi PM, bilangan kerusi parti mana byk,realistik la sikit, tu saya kata ALLAH uji dgn menang kalut dah, PADAHAL tahun 1999,Anwar duduk dlm penjara,barisan altenatif pimpinan Ustaz Fadzil,Lim Kit Sing sepakat lantik Anwar PM..`pru 10 tu keadilan menang 5 je..boleh pulak sepakat...org dap x kemaruk nak jadi pm ,fikir2kan lah
BalasPadam