RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 29 Oktober 2009

SERAH PITA RAKAMAN KEPADA JK DISIPLIN PAS

Thursday, October 29, 2009

Oleh : albanjari/MRK albanjari
Khamis. 29hb.Oktober. Alhamdulillah pada tepat jam 1.50am, semua yang mengharapkan butir keputusan dari Mesyuarat Khas telahpun diketahui. 4 jam mereka bermesyuarat. Hangat dan mendebarkan. Lebih 70 peratus ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk memberi 'tindakan' kepada Dr. Hassan Ali. Isu 'pita rakaman' pertemuan itu juga turut dibangkitkan di dalam mesyuarat.

Isu Pita Rakaman :

Awal pagi ini, saya dihubungi oleh seorang teman pimpinan yang meminta supaya rakaman yang saya miliki itu diserahkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat. 'pita rakaman' itu akan dijadikan sebahagian bukti siasatan. Dan satu arahan juga telah dikeluarkan kepada saya untuk bertindak 'memadam hapus' mastercopy rakaman penuh tersebut.

Pada pagi ini juga, saya telah menghubungi Dato' Tuan Ibrahim sebentar tadi untuk bercakap sendiri dengan beliau dan beliau mengesahkan arahan tersebut. Serahan segera akan dilakukan pada hari ini juga. Salinan tersebut akan dijadikan bahan bukti dalam siasatan yang akan dijalankan selepas ini. Insyaallah pada pagi ini saya akan bertolak ke Pahang untuk menyerahkan sendiri salinan tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar dan mendapatkan rakaman tersebut, selepas ini sila berhubung terus dengan Dato' Tuan Ibrahim. Terus terang saya jelaskan di sini, bahawa saya MRK albanjari dan Tuan albanjari sendiri (editor albanjari online) tidak putus dihubungi oleh individu-individu yang tidak dikenali yang mahukan rakaman tersebut sejak petang kelmarin sehingga pada pagi ini.

Wallahi ! Jika wajar dibayar dengan nyawa, saya bayar dengan nyawa saya. Ini adalah amanah parti. Maka dengan itu sesiapa jua tidak kira apa jawatannya di dalam kepimpinan, hatta Tuan Presiden sendiri mahupun Tuan Mursyidul Am PAS, saya tidak akan sekali-kali akan menyerahkan 'rakaman' ini jika pun diminta.

Hormatilah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat dan Ketua yang dilantik dari Mesyuarat Khas malam tadi yang akan mengepalai kes dan siasatan ini.

Dan pada hari ini, Insyaallah 'pita rakaman' itu akan diserahkan kepada beliau atas arahan parti. Dalam keadaan dua darurat ini, yang kami hadapi sekarang, kami memilih untuk mengambil darurat yang ringan dari terjerumus ke dalam darurat yang lebih besar implikasinya dan boleh mengeruhkan lagi keadaan di dalam jamaah dan PAS./Al-banjari online

1 ulasan: