RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 5 Disember 2009

Pusat perlu hormati kontrak perjanjian petroleum-Ku Li

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kerajaan Persekutuan digesa menghormati perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran 5 peratus daripada keuntungan operasi carigali petroleum di luar pantai Kelantan kepada negeri itu.

Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dalam blognya http://razaleigh.com memberitahu, hak yang diperuntuk perlembagaan kepada rakyat kelantan untuk mendapat royalti kini sedang dinafikan Pusat.

Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan katanya bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih besar dari itu ianya akan memberi kesan dan permasalahan melaupaui negeri Kelantan.

Menurutnya, dengan menidakkan perjanjiaan antara Kelantan dengan Petronas itu, bermakna kerajaan Pusat juga menidakkan perjanjian sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat negeri tersebut.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan boleh dipersoal kerana dilihat cuba menafikan kewajipan Petronas untuk membayar 5 peratus kepada mana-mana negeri pengeluar minyak seperti termaktub dalam kontrak perjanjian.

Sedangkan katanya, Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar jumlah 5 peratus dari keuntungan mereka secara terus kepada negeri terlibat.

Tindakan tersebut katanya menimbulkan persoalan dan boleh memberi impikasi yang lebih besar kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain, khususnya Sabah dan Sarawak.

Keadaan Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah serupa dan membuat perjanjian sama dengan Petronas.

Jika Kelantan tidak diberi hak royalti persoalan timbul adakah bermakna kedua-dua negeri di borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama.

Beliau turut menyelar sikap kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap perjanjian yang dibuat antara negeri-negeri pengeluar minyak dengan Petronas.

Tindakan campurtangan itu katanya boleh mengakibatkan rakyat meragui integriti dan keihklasan kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan undang-undang.

"Saya harus menegaskan bahawa PETRONAS terikat oleh mereka dan bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan dalam pemenuhan mereka.

"Jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi, jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak," tegasnya./Harakahdaily

4 ulasan:

  1. assalamualaikum semua pembaca...macamner cara untuk kita sokong kerajaan kelantan dapat hak royalti bukan hak wang ehsan?

    BalasPadam
  2. Kpd Ad.

    Buat solat hajat beramai2 dan berdoa pd tuhan
    selepas setiap solat waktu sampai PRU 13 dan
    dekati diri kita pd tuhan, berdoa dan bezikir
    sepanjang masa agar perhubungan kita dgn tuhan
    sentiasa teguh dan rapat.
    Apabila perhubungan kita dgn tuhan semakin
    rapat dgn berzikir dan bertasbih, kemungkinan
    kita akan dikasehi tuhan. Apabila kita dikasehi,maka yg kita pohonkan,mudah2han di
    terima. Berdoalah seberapa banyak yg bolih agar
    royalti milek K'jaan Kelantan... dan dalam
    berdoa tu, jangan lupa, mintalah pd tuhan supaya UMNO yg zalim itu dihapuskan..

    BalasPadam
  3. Salam,sewaktu blog tuan dibuka terfikir untuk mencadangkan supaya blog Kickdefell dinyahkan daripada blog tuan,rupanya saya terlambat kerana Perakexpress telah mendahuluinya dan saya menjangka sebagai blog penyokong kuat TGNA (PAS-PR)tuan akan mengikut langkah yang sama terhadap blog sampah ini.Namun ia masih berada disisipan.Memberi link pada Kick sama seperti kita menghargai segala usahanya jahatnya bersama rangkaian blogger yang sewaktu dengannya..

    BalasPadam
  4. Tanda-tanda akhir zaman : Manusia akan mengambil hak orang lain.

    BalasPadam