Hazayani Zakaria, Dzulfikar Mashoor, Syukri Mohamad |
5.00 pm : Proses pengundian tamat. Semua pusat pembuangan undi ditutup. 4.30 pm : Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan. Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian. 4.20 pm : Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah selesai menunaikan tanggungjawab keluar mengundi. 4.15 pm : Jam terakhir waktu pengundian, beberapa pengundi kaum Cina dilihat masuk ke tempat pengundian di Sek Ren. JK (C) Khing Ming 4.00 pm : Di Sek Ren. JK (C) Khing Ming, FRU menyekat laluan utama masuk ke tempat mengundi namun dibantah petugas PKR. FRU kemudiaanya membuka kembali laluan. 3.40 pm : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN. Kini masih di balai polis serendah. Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya. 3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera. SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang. SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus. Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah. Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut./Malaysiakini |
Ahad, 25 April 2010
MASA MENGUNDI TAMAT - ADA BERITA POSITIF, TETAPI BERSERAHLAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan