RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 26 April 2010

TUNTUT PILIHANRAYA YANG BEBAS DAN BERSIH - ZAID IBRAHIM

Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S'gor
Jimadie Shah Othman
Apr 25, 10


Walaupun tewas dalam pilihan raya kecil parlimen Selangor, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini.

Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 200 penyokong tegar mereka.

Sebelum itu, lebih 1,000 penyokong PKR berkumpul di padang stadium berkenaan ketika mengikuti perkembangan proses pengiraan undi.

Majlis tersebut dihadiri ramai tokoh utama Pakatan hadir, termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Ucapan pemimpin- pemimpin tersebut diselangseli dengan laungan 'takbir', 'lawan tetap lawan', 'reformasi' dan 'hidup rakyat' oleh penyokong yang hadir.

Wajah pemimpim Pakatan itu jelas kelihatan sugul dan sedih. Malah Zaid sendiri kelihatan sebak, ketika pengarah strategik PKR Tian Chua memberi ucapan.

Manakala anak gadis Zaid - yang turut hadir bersama ibunya - turut kelihtan menangis di pentas sambil ditenangkan oleh seorang pemimpin Wanita PKR.

Sementara itu, Zaid dalam ucapannya berkata: "Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini".

Dalam nada yang keadaan tenang dan kelihatan reda, Zaid mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya.

Beliau berkata, politik Machiavelli yang diajar oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 23 tahun, telah terhenti sebentar.

Zaid turut memuji pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya cuba memberikan kebebasan dan reformasi yang menyebabkan keputusan pilihan raya 2008 memihak kepada rakyat.

"Walaupun terhad tetapi dia mencuba," katanya sambil meminta penyokongnya terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi."/Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan