RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 7 Mei 2010

MAHU TUNJUK HEBAT KUNUN

BN juga tidak boleh terima kenyataan Azhar
Mei 7, 10


BN Pulau Pinang tidak boleh menerima kenyataan ADUNnya, Datuk Azhar Ibrahim mengenai tragedi 13 Mei di sidang DUN semalam, sehingga dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan.

Azhar yang juga ketua pembangkang BN di DUN Pulau Pinang, dilaporkan berkata bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Berucap di sesi DUN semalam - ketika mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis - Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Sehubungan itu, Azhar juga telah dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada jawatankuasa BN negeri yang bermesyuarat pagi ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata Azhar telah melahirkan kekesalannya terhadap kenyataannya itu.

Beliau juga telah menarik balik kenyataannya itu dalam DUN semalam dan telah diterima oleh Speaker.

Dr Hilmi berkata, Azhar memberitahu jawatankuasa BN bahawa beliau telah diprovokasi sejak hari pertama sidang DUN, termasuk oleh ketua menteri sendiri dengan kenyataan yang berbaur perkauman yang serius.

Katanya, ia merupakan taktik Lim Guan Eng untuk mendapatkan keuntungan politik menjelang pilihanraya kecil parlimen Sibu.

"BN Pulau Pinang ingin juga mengingatkan ketua menteri, Lim Guan Eng dan semua pihak supaya berhenti memainkan apa juga bentuk politik perkauman," kata Hilmi.Sementara itu, ADUN Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat berhimpun di Dataran Pidato hari ini bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenyataan Azhar itu yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan.

Laporan polis juga dibuat terhadap Azhar (BN-Penaga) di balai polis Lebuh Pantai hari ini, meskipun beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mungkin menyaksikan beliau digantung daripada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

Meskipun Azhar telah menarik balik kenyataannya itu setelah diminta berbuat demikian oleh speaker, Abdul Halim Hussain, namun Pemuda PKR, Syed Mikael Rizal Aidi meminta polis menyiasat kenyataan tersebut./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Apakan daya Wakil Rakyat yang tua itu saja kederat yang ada, tak terfikirkah bagaimana nak majukan rakyat di kawasan. dah berapa penggal makan gaji wakil rakyat, itu 13 MEI juga yang dikirkannya.

    Bukan hari ini perlu dipertahankan warisan MELAYU. Tetapi sepatutnya sejak dulu-dulu lagi semasa memerintah Pulau Pinang. Ini bukannya pertahankan RAKYAT PULAU PINANG. TAPI TEMBOLOK SENDIRI SAJA. LAINNYA HANYALAH SUATU LAKONAN.

    BalasPadam