RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 7 Mei 2010

ALFATIHAH - AKTIVIS PAS JELEBU MENINGGAL DUNIA

Oleh: WFAUZDIN NS

AL FATIHAH. PAS Jelebu, Negeri Sembilan kehilangan seorang aktivis PAS dengan kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Syed Alias bin Syed Asmara seorang penggiat parti yang menetap di Kampung Jerang, Durian Tipus, Jelebu, N.Sembilan. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir tengahari tadi sebelum Solat Jumaat (07 Mei 2010) akibat terjatuh dari motosikalnya sewaktu beliau menyeberangi jembatan yang amat uzur ke rumahnya.

Difahamkan beliau sudah beberapa kali sebelum ini memohon agar pihak berkuasa untuk membaiki jambatan yang teramat uzur tersebut tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya. Adakah kerana beliau adalah penyokong kuat PAS di kampung berkenaan maka permintaannya tidak diberi perhatian?

Pada pagi sebelum kejadian, bapa saya sempat berbual bersama Allahyarham di sebuah kedai kopi di Pekan Simpang Durian, Jelebu. Bapa saya berkata, tiada apa-apa perubahan ketara dilihat pada kelakuan beliau cuma beliau dilihat seperti kurang bercakap dan tergesa-gesa untuk pulang atas alasan ingin ke pasar pula. Berita kematian Allahyarham diketahui sewaktu bapa saya berada di Masjid Jame' Simpang Durian dan ketika Jemaah sedang bersolat Jumaat, jenazah beliau masih berada di Klinik Simpang Durian.

Allahyarham terlibat sepenuh masa berkempen di Hulu Selangor bersama jentera PAS Jelebu dan berkampung di sana sehingga selesai Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Beliau komited terhadap perjuangan PAS dan sentiasa membantu parti di dalam mana-mana pilihanraya samada jauh atau dekat.

Pemergian beliau di pagi Jumaat hari yang penuh keberkatan merupakan satu kerugian besar bagi perjuangan PAS Jelebu khususnya. Mudah-mudahan Allah menempatkan beliau di sisi orang-orang yang Soleh. AL FATIHAH. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan