RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 5 Mei 2010

BERSEDIAKAH SAIFUL UNTUK DISOAL BALAS ISNIN INI?

Liwat II: Air mani wujud pada calitan kapas
Hafiz Yatim
Mei 4, 10

Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

Sambil merujuk buku 'Forensic Medicine for Lawyers' dalam satu topik mengenai kesalahan homoseksual, Yusof berkata penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku.

Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki dijumpai pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku.

"Ini yang apa pendakwaan cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof.

Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospiotal Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku penetrasi di dubur atau rektum.

Selain itu, kata Karpal, tiada tanda-tanda mempertahankan diri terdapat di tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,.

"Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal.

"Kehadiran sperma mencadangkan bahawa bukti berkenaan dirancang. Secara logik, doktor berkata tiada penetrasi.

"Jika ini benar, bagaimana sperma boleh wujud?” soal Karpal lagi.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.

Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

Tiga panel hakim, tidak menerima pendapat pihak pembelaan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap Anwar perlu diketepikan berdasarkan laporan perubatan bahawa tiada sebarang tanda penetrasi atau tembusan ke dubur atau rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keputusan sebulat suara, Arifin berkata laporan perubatan oleh tiga doktor mesti dibaca secara keseluruhan.

"Dengan berbuat demikian, ia tidak menyokong dakwaan perayu agar tuduhan itu dibatalkan pada peringkat ini," katanya.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008./Malaysiakini

6 ulasan:

  1. ish..susah nak komen ni..kalau tak da tusukan , ini mesti kerja orang onani? sape tu Saipol???

    BalasPadam
  2. Kapas bersih dicalit di dubur bermani, atau kapas bermani dicalit pada dubur yang bersih?

    BalasPadam
  3. org mukminin confirm muslimin....tapi org muslimin belum tentu mukminin..analoginya..kalau ada tusukan pasti ada mani...tapi kalau ada mani bukan belum tentu tetapi sahih takde tusukan....soalbalas isnin ni..saiful tau la sedia mcmna..tapi pastinya 'referee' dah sedia...kalau lawyer dsai lebih2..'ref' akan tiup wisel or bagi kad...

    BalasPadam
  4. Bicara kat dunia ni susah...sebab jubor sialpol tak bercakap, cuma mulutnya yang bercakap. kalau kat padang mashyar taulah dia nanti...kena balun sudah pasti!!!!!!!

    BalasPadam
  5. semua keadaan memihak kepada saiful.... walau dia tak dapat jawab soalan, kalau ada pihak mahu dia memenangi kes... dengan apacara sekalipun dia akan dimenangkan. apa yang kita nampak, bukan untuk mencari kebenaran... tapi untuk mengenakan.

    BalasPadam
  6. masih tak caye ke ?

    sembahyang istikarah mohon petunjuk kat Allah;

    Kalau dapat gambaran dalam mimpi banyak maknyah, sahle Nuar ni sorang ***

    cubele

    BalasPadam